March 07, 2013

~Kain Sendiri Koyak Mungkin Tak Perasaan Nanti~




Macam ni..

Sekarang ni nak buat entry panjang. Sebab didorong rasa sedih dan kecewa sesetengah masyarakat di sekeliling aku. Luahan rasa yang lebih kepada terkejut dengan apa yang aku dapat dari sebuah perbualan panjang bersama seorang rakan semalam.

Aku tak pasti kenapa manusia-manusia ini "terdesak" untuk membuat kelakuan yang sedemikian. Aku tak pasti. Tapi, aku tidak juga nak salahkan mereka. Aku lebih salahkan diri aku yang menjadi tidak nampak dengan "permainan" itu.

Aku tidak bersikap paranoid sebelum ini. Aku buat satu keputusan yang bila aku tiada di situ aku tidak mahu ada lagi sebarang bentuk perhubungan dengan mereka itu. Tidak mahu ada walau sedikit. Usai segala urusan untuk "keluar" dari kepompong masalah itu, harapnya habis di situ.

Memaafkan ? Sudah tentu aku memaafkan. Sejahat-jahat aku, aku fikir hukum akhirat. Kesian orang yang tak dimaafkan di dunia ni. Berat nak ditanggung nanti. Jadi, hal aku dan mereka dah dimaafkan. Jadi, harapannya aku bila aku memaafkan aku dapatlah melupakan. Harapnya aku. Tapi, untuk melupakan itu sedikit mengambil masa. Tak apalah. Aku ikhlas memafkan pun sudah aku kira baik.

TAPI...

Itu sebelum satu kisah perbualan yang merungkai banyak persoalan yang tidak ada jawapan sebelum ini. Banyak sangat. Aku sebetulnya, tidak suka mencari jawapan kepada soalan yang aku tahu akan membuatkan aku rasa sedih dan kecewa macam ni. Sedih dengan perangai segelintir manusia. Sedih dengan mereka yang aku pernah anggap jadi kawan. Sedih dengan mereka yang aku rasa begitu transparent di hadapan aku. Sedih dengan manusia yang bercakap bohong. Sedih sangat bila orang lain perceived mereka bukan dari apa mereka yang sebenar.


Aku tidak mungkin la akan mempublish nama mereka seketul-seketul bukan kerana aku takut pada kebenaran. Bukan. Aku bercakap atas pandangan peribadi aku sendiri. Aku takut nanti aku dilabel membawa mulut dan suka mencanang pasal hal orang lain pulak. Itu sekaligus menjadikan aku tidak ubah seperti mereka. Aku tidak mahu orang label aku sebegitu. Biar mereka nampak dan judge sendiri. Biarlah. Orang mungkin memandang aku di pihak yang salah dan mereka di pihak yang betul. Aku tahu apa apa aku buat. Aku dah biasa hidup dalam stigma masyarakat begini. Cuma salah aku satu. Aku anggap mereka ini berpendidikan tinggi dan tidak mengamalkan perangai masyarakat conservative. Aku salah di situ. Tabiat dan perangai ini setiasa akan ada di mana-mana. 

Prinsip aku aku tak mahu bercerita perihal mereka sangat. Banyak jugak orang bertanya perihal tindakan aku yang "satu" itu. Banyak sangat. Tapi, aku bercerita hanya pada manusia yang aku fikir ada sifat tidak megambil tahu perihal orang lain. Dan, kebanyakan manusia yang bertanya itu tidak mendapat jawapan dari aku. Tidak akan sekali. Aku takut bila aku bercerita aku akan mempunyai elemen "lauk tambah penyedap rasa" seperti yang mereka selalu buat. Tak mahu aku. Persepsi orang pada aku yang dah sedia buruk akan menjadi bertambah buruk. 

Biarlah. Aku tahu persepsi orang pada aku tidak sebaik mana. Aku tahu itu. Tak apa. Aku sudah biasa hidup begitu. Tidak ada masalah di situ. Bagus juga. Dapat aku lihat siapa talam dan siapa bukan. Sejujurnya, perangai begini aku fikir hanya berlaku zaman sekolah di mana kita semua tidak matang dalam bertindak. Ini berlaku di sini pulak. Di kalangan penuntut ijazah. Jelaslah pendidikan itu bukan satu tanda aras kematangan. Tidak sama sekali. 

Iya. Entri entri luahan rasa. Aku dapat tahu mereka membaca isi twitter dan isi blog ini. Baguslah. Sampai mesej di situ. Kalau terasa di hati ambiklah sebab memang ditujukan untuk awak pun. Tapi, kalau tak baca pun takpa. Sebab saya jadikan blog saya ini medium bercerita pasal perihal hal saya. Perihal yang akan dijadikan rujukan untuk diri saya di masa hadapan. Perihal yang menjadi rujukan untuk bertindak nanti. Bukan apa. Saya ini pelupa. Ini mungkin menjadi salah satu medium peringatan paling kuat dalam diri saya. 

Bercakaplah selagi mampu. Bercakaplah. Nanti awak penat awak berhentilah kan? Saya taknak bercakap pasal awak. Sebab saya rasa bila berzikir itu saya dapat lebih banyak pahala. Saya nak rasa masuk syurga. Sebab saya pernah terbaca "Dosa memfitnah itu lebih berat dari dosa membunuh." Itu dari apa yang saya baca lah. Tak tau lah kalau awak baca yang lain. Terpulang awak lah kan. Saya okay je. Saya nak tengok je game ni macam mana. Best jugak tengok tengok ni orang cakap. 

Bagi yang senasib dengan saya tu, yang rakan berbual saya semalam tu kita optimist saja. Tuhan ada dengan kita. Tuhan itu setia dengan kita. Dia tahu siapa betul siapa salah. Optimist sudah. Buang negativity tu. Memang mereka akan bercakap dan tidak akan berhenti bercakap. Biarlah. Penat nanti senyap lah. Kalau depa tau penat lah. Haha. Takpa. Orang nampak kita buruk pun takpa. Yang penting macam mana Tuhan nampak kita. 


So, lastly nak pesan #PrayForLahadDatu. Don't spread rumours. Don't speculate things. Keep calm and pray.

ASSALAMUALAIKUM 

March 03, 2013

~Mula Menuju Satu Kejayaan~

Macam ni..

Aku di Semester 4 pengajian aku sekarang. Di Universiti Teknologi Mara. Di UiTM. Tinggal 2 semester lagi rakan-rakan dan aku akan belajar di sini. Tempat mula kami melangkah satu kejayaan. Inshaallah.

Okay. Aku dulu ada satu stigma yang Universiti Teknologi Mara ini adalah universiti kelas dua. Universiti subsidi kerajaan. Dan macam-macam lagi. Langsung aku tidak teruja bergelar mahasiswa label UiTM. Tidak setaraf USM mahupun UKM. Tidak sama duduknya dengan mahasiswa-mahasiswa elit yang lain.

Tapi, bila aku fikir aku tidak patut ada pemikiran serendah itu. Sekolot itu. Aku belajar di sini. Aku mencari ilmu di sini. Aku selangkah mencapai cita-cita aku di sini. Universiti Teknologi Mara. UiTM

Aku bergelar graduan diploma atas tiket UiTM. Aku mampu menjadi seorang graduan dan menghabiskan pengajian peringkat tertiary atas tiket UiTM. Makanya, tidak wajar aku menjadi manusia yang kurang bersyukur dengan stigma itu.


Tidak terlalu bangga dan tidak terlalu tidak berpuas hati. Cuma mensyukuri nikmat belajar di unversiti yang membantu aku selangkah mencapai cita-cita. Itu sahaja. Alhamdulillah. 

*Universiti Teknologi Mara, Kampus Lendu, Melaka - Diploma Pengajian Perniagaan (Insurans).
**Universiti Teknologi Mara, Kampus Merbok, Kedah - Ijazah Sarjana Muda Pengajian Perniagaan (Kepujian) (Pemasaran).



Wawasan Setia Pelajar. 

February 26, 2013

~Provokasi Bukan Solusi~

Macam ni...



Ada sesetengah antara kita yang percaya yang dengan provoke orang lain dapat menyelesaikan masalah dan sesetengah kita berpendapat silence is the best revenge.

Sebelum ini aku percaya provasi itu sebagai satu jalan penyelesaian paling optimum. Provokasi mampu membuat masalah sekelip mata sahaja selesai. Provakasi mampu menundukkan pihak lagi satu tanpa perlu kata bicara yang terlampau banyak.

Tapi, sekarang tidak lagi. Bukan sebab aku tanam dalam diri kebenaran akan timbul juga nanti. Bukan.

Aku rasa silence is the best revenge adalah kerana aku rasa rosak hati, rosak minda, rosak jiwa kalau kata caci nista terlempar setiap kali provakasi berlaku.

Jujurnya aku benci aura negative di sekeliling aku. Aku tak suka perkara tak berkesudahan. Aku tak suka.

Aku hanya perempuan yang suka pada sesuatu yang biasa-biasa saja dengan keadaan tenang dan senang tanpa ada barang sedikit sengketa. Itu saja.

"Woi ! Dia cakap kau benda kau tak buat kot ?! Takkan nak buat tak tahu je ? Kalau aku lah, dah lama aku ..."

"Tu kalau kau. Sekarang ni aku tak mahu jadi macam kau."

"Pfffftttttt....!"


February 21, 2013

~Berpada-pada~

Macam ni ...

Aku masih nak bercakap perihal sesuatu yang namanya kawan. Sebab scope yang kita boleh bincangkan pasal kawan ni agak luas.

Banyak sebenarnya yang aku boleh perkatakan. Tapi, aku takmau cakap berdasarkan pemerhatian aku. aku nak cakap pasal pengalaman aku. Lebih senang begitu.

Favourite cerita aku masa zaman teenagers dulu.

Begini..

Dalam sepanjang hidup kau, kau mesti akan jumpa  manusia (kawan) yang macam ni. Mesti akan jumpa punya..

"Hye, nama saya Anis. Awak sama course dengan saya kan? Sebab saya nampak awak register tempat sama macam saya tadi," 

"Errr...yes...well, you sape ye?"

"Ermm...saya Anis. Your coursemate."

"Owh..ermmm...okay..." 

Pakej kawan kau bagi tu sambil dia cakap "okay" tu sambil mata dia pandang kau atas bawah atas bawah . Dan aku rasa kau tak bodoh mana nak interpret pandangan dia tu bawak maksud apa.

Kadang-kadang ada manusia akan pandang Gucci, Guess, Gap, Topman, Armani kat badan kau.

Kadang-kadang ada manusia akan pandang Nike, MNG, Esprit, Roxy, Niichi kat badan kau.

Kau pandai-pandai lah nak pilih yang mana manusia yang patut kau ajak jadi kawan.

*Takramai kawan takpe. Taksalah pun. Tapi, kalau kita ada kawan bila masa susah dan senang kira maknanya kita pandai cari kawan.
**Aku takde ramai kawan. Tapi, aku tahu kawan-kawan yang aku sayang akan ada untuk aku whenever needed. Itu lebih penting.

February 19, 2013

~Tak Sama Itu Lengkap~

Macam ni ...

Kau ada seorang kawan . Kawan yang kau kenal dari kecil sampai kau berkahwin sampai kau dapat anak segala . Tapi, kau ada satu masalah dengan dia . Masalah yang tak dapat langsung diselesaikan .

"Aku rasa handsome betul Shah Rukh Khan tu lah . Memang indah je mata aku memandang ."

"Eh, helo ? He's still Indian okay . Tak US langsung tau kau ni . Cuba la kata Edward Cullen tu handsome . Baru la turn on sikit. "

I'd prefer him as my bias . Lalala


But, still kita tetap baik dengan dia . Tetap mesra dengan dia . Tetap bersama susah dan senang . Tetap ingat dia sebagai orang yang paling dekat dengan kita selain keluarga kita . TETAP SAYANG DIA .

*Aku ada beberapa orang rakan . Tak ramai . Tapi, mereka sentiasa ada untuk aku . 
**Kawan yang baik tidak menjadikan ketidak sempurnaan kawannya sebagai sesuatu yang membuatkan dia jauh .
***Kawan susah senang tak perlu ramai . Cukup kalau ada di masa-masa memerlukan .

February 15, 2013

~Klise Masyarakat~

Macam ni ...



Aku dah dapat dah sedikit kekuatan untuk menulis ni . 

Dah ada momentum untuk entry panjang ni . 

So, apa klise masyarakat yang aku nak bincangkan di sini ?

Beginilah ..

Tahun 2013 telah masuk bulan kedua sekarang ni . Half way dah pun . Jadi, aku selalu kena soal dengan persoalan yang sama setiap kali anggota masyarakat yang sebaya mahupun lebih berusia dari aku bertanya perihal sesuatu perkara yang cliche manusia pada umur aku lakukan .

Actually, aku dah bebel banyak kali benda ni kat Twitter . Kat Facebook ada lah kot sekali . But, most of the time kat Twitter la sebab everytime I'll get annoyed aku akan tweet . 

Apa isunya ??

PERKAHWINAN ....



Yes . Perkahwinan jadi satu isu besar pulak pada aku tahun ni . Tahun lepas ada jugak tapi tahun ni macam menjadi-jadi pulak . Kurang gemar jugak aku hal berkaitan ini .

Kata mereka, umur aku ni elok ranum dah kalau nak berumah tangga . 

Kata mereka, lewat-lewat nanti takde sesape nak masuk meminang pulak .

Kata mereka, nanti pregnant susah .

Kata mereka, nanti kawan-kawan lain dah sibuk nak bercucu aku baru nak hantar anak pergi sekolah .

Macam-macam lagi kata mereka . Ada yang enak . Ada yang tak kurang enak . Dan tak kurang juga yang tak enak langsung .

Okay, mungkin aku buat teruk sebab ada lagi orang yang lagi berumur dari aku tak kahwin orang tanya tapi dorg watlek je .

Actually aku pun watlek gak in the beginning . Siap senyum simpul lagi . Joke around lebih kurang . Tapi, sampai bila pulak aku nak behave macam tu ? Aku ni pulak tergolong dalam kategori manusia yang capat annoyed kalau benda yang sama dok jadi . Tapi, bila masuk kali kesepulah tiap-tiap kali hadap muka aku nak tanya benda ni, aku mana boleh nak watlek sangat kan . 

Asal pergi kenduri kawan je kena jawab soalan puaka ni buat aku bengang jugak la sikit-sikit . Eh ? Banyak jugak actually . Bila aku jawab lambat lagi the syarahan pulak jadi banyak takpayah cakap la kan . Berjela-jela nauzubillah . 

Tapi, despite all this aku nak berterima kasih banyak la dekat En Siswadi dan Pn Zalillah dah seluruh keluarga adik-beradik mak serta bapak aku ni . Takde pressure pun y'alls . Tak pernah dok tanya aku soalan cliche ni . Thanks to them especially my parents . Serious relax kot . The best lah mereka ini .

Okay, sudah luahan perasaan panjang berjela aku . Aku nak nyatakan beberapa elaboration pulak ni berkait isu ini . 

1. Status 

Sebetulnya aku masih memegang status sebagai seorang pelajar sepenuh masa . Di samping usia yang tak berapa muda ni aku masih lagi bertugkus lumus menghabiskan pengajian aku yang masih berbaki setahun setengah lagi ni . Iya, selepas berkahwin pun masih boleh belajar . Betul itu . Tapi, itu pandangan kau . Bukan aku . Aku tak suka . Hatta bercouple masa belajar pun aku rasa kekacauan yang maha hebat apatah lagi kalau berkahwin ?

Aku bukan seorang yang multi tasking . Tidak sama sekali . Aku tak boleh buat banyak benda dalam satu time frame . Nanti aku serabut . Nak pulak menggalas tanggungjawab besar lepas berkahwin tu . Takut aku . Pengalaman kawan-kawan yang aku tengok cukup buat aku ketaq lutut nak menjurus ke arah tu . 

So, ada baiknya aku buat ikut flow . Belajar sampai habis . Enjoy masa bersendiri tanpa ada komitmen . Bahagiakan mak, bapak and adik aku . Have fun with friends and cousin cousin awesome aku . Then, baru la fikir semua ni KOT . ^____^

2 . Responsibility 

Ini bab paling asas sekali . Aku tak mampu untuk bertanggungjawab lagi bila berkait dengan hal-hal hidup berdua tu . Yelah . Aku nak Chinese kate pun . LOL . 

Okay, serious . Bila cakap pasal responsibility aku ni far beyond perfect lagi . Mak dengan bapak masih bebel lagi kat aku . Dan aku pun rasa aku tak cukup bersedia lagi untuk ada tanggungjawab tu . Jauh lagi aku rasa . Benda bukan mudah bila dah hidup berdua tu . Kahwin ni bukan boleh buat main rasa-rasa . Luar dalam kena prepare . Kahwin ni benda besar dalam hidup . Jadi sekali je . (Yang berkali-kali aku takde komen) . Jadi, banyak nak kena belajar . Aku dalam proses belajar lah lagi ni . Banyak sangat aku rasa . Aku bagi diri aku masa untuk belajar semua ni . Semua yang aku rasa tak mudah untuk aku belajar . 

3. Diri sendiri  

Aku tipu kalau aku kata aku tengok kawan-kawan baik aku macam Nadia and Suriaty happy with their marriage life aku tak jealous . Ada perasaan tu . Tapi, setakat tu jelah . Tak de melebih pun .

Seriously, aku bukan nak bersikap liberal dengan meletakkan perkahwinan itu sebagai perkara bukan priority . Aku masih Islam . Islam itu pulak menggalakkan perkahwinan . Aku sendiri mahu berkahwin . Cumanya aku tak begitu percaya dengan perkahwinan di usia muda . Pada aku, umur aku ni aku rasa muda lah lagi . 

Iya, cinta tak kenal usia . Okay . itu pemikiran aku masa hangat-hangat tahi ayam bercinta dulu dan bukan sekarang ye . Banyak lagi nak kena ambil kira dari cinta ape benda tu . Cinta bukan boleh buat makan pun . Cinta bukan boleh tukar dengan jeans Armani  pon . Cinta bukan boleh beli shades Prada pun . Cinta bukan boleh beli set tidur Gheta pon . Cinta bukan boleh tukar dengan perfume Lancome pon . 

4 . Calon 

Kau ingat senang ke nak cari calon Chinese ? Susah oiiii ???!! 

Macam ni boleh buat aku hadap je muka dia . Haha

So, aku dah buat luahan perasaan beserta dengan sebab musabab lagi . Harap sangat cukup penjelasan aku . Kalau mak cik mak cik datang tanya aku lagi, aku bagi je link blog aku ni . Senang cerita . 

*Chinese dalam gambar tu nama dia William So and umur dia 40 ++

February 14, 2013

~Money Honey~



Macam ni . 

Bapak aku akan bagi allowance dekat aku dan adik aku setiap minggu . 

Dia akan bank in dalam akaun maybank aku dan adik aku every Friday kalau kami ada di kediaman belajar masing-masing .

Dan dia akan bagi by hand kalau dua-dua orang ada kat rumah depan mata dia . Macam minggu ni .

Kenapa akaun Maybank ? Sebab akaun Bank Islam dia pegang .

Kenapa ? Tak payahlah nak tahu sangat . 

Jadi, beberapa hari lepas bapak aku baru balik dari masjid a.k.a lepak melepak adik aku telah bersuara . 

"Bapak, adik rasa hari ni dah masuk minggu baru kan ?"

*Selamat Tahun Baru Cina . Okay, tau dah lambat . Tak excited sebab tahun ini tahun ular . Bukan naga .
**Ada isu lebih serius sebenarnya nak tulis . Tapi, tunggu masa rajin la dulu .
***Aku akan cuba kurangkan entry panjang lepas ni dan banyakkan entry pendek macam ni . Thanks to Matluthfi for giving me this idea .