Suatu malam tu, aku berbicara tentang masa lalu dengan seseorang dari masa lalu aku..sebetulnya sudah banyak kali perkara-perkara itu dibincangkan oleh kami berdua...entah sama ada aku buat-buat takpaham atau aku memang takpaham aku pun tak berapa pasti..katanya diri aku masa dulu dan masa kini amatlah berbeza ketara...
Semalaman aku berfikir-fikir tentang perkara itu...benarkah..?begitukah..?
Sehingga terkadang aku menjadi sedikit blur..sebenarnya agak normal aku menjadi blur pada malam hari...tapi entah mengapa malam itu aku menjadi terlampau pulak..lalu aku terfikir dan terfikir..hatta ketika bercakap dengan seorang sahabat ketika malam itu juga membuatkan aku terfikir tentang perkara yang satu ini..
Sememangnya seseorang dari masa lalu aku itu sungguh pandai membuat aku berfikir-fikir..lalu setelah mata aku hampir terlelap aku berjaya merungkai mengapa seseorang dari masa lalu itu membuat staement yang sedemikian rupa..sekaligus aku membuka mata yang nak tutup tak tutup tu...
AKU INI MANUSIA BIASA..
Itu adalah jawapannya...bila kita menjadi manusia biasa maka kita akan sering berubah-rubah kerana itu adalah fitrah manusia...ada kala kita inginkan begitu dan ada kalanya kita inginkan begini...dah manusia begitu..nak buat macam mana lagi !
Jadi aku nak bincangkan tentang inilah...tentang perubahan...tentang kita manusia ini takkan pernah lari dari perubahan...perubahan in a terms to be better..kita perlu berubah..
Perubahan dari baby menjadi tennagers...
Perubahan dari anak dara menjadi mak budak...
Perubahan dari seorang student menjadi seorang yang ada kerjaya..
Perubahan dari seorang childish menjadi yang lebih matured...
Perubahan dari suka makan McD menjadi suka makan KFC dan bagai-bagai lagi...
Kalau kita tak berubah dan stay macam tu je maknanya kita takkan grow up la...eh hello ! tubuh badan ni pun berubah mengikut peningkatan usia ye....bayangkan lah kalau korang tak ubah-ubah dari korang masa kecik-kecik dulu...masa tu korang mesti suka gila-gila makan gula-gula kapas yang jual kat cashier Shell tu kan..?takpun kat tepi-tepi highway mahupun R&R di seluruh Malaysia ini..:)
So..bila korang dah besar gajah ni takkan nak makan gula-gula kapas kanak-kanak riang tu lagi kan...?paling tak pun mesti korang hadap marshmallow (ntah betol entah tidak aku spell menatang kejadah ni) kan...?baru la urban siket...ade ke nk makan gula-gula kapas dah besar remaja ni...ye2 pakai Blacberry Torch 9800 tapi tanya feveret food --->> gula-gula kapas...speaking meaking bagai tapi suka gula-gula kapas ! LAME !
Perlu ke satu perubahan itu...?
Bagi aku perlu..sebab bila kita berubah kita takkan duduk statik kat situ je..memang la sebelum ni kita dah okay...complete semua..tapi tak menjadi kesalahan untuk kita menjadi lebih baik...kita boleh motivate orang lain supaya beat kita...tapi dalam terms PERSAINGAN SIHAT la...kalau semua ambil pendekatan macam tu aku rasa semua orang boleh jadi macam Albert Einstein (sila ketepikan penyakit Dyslexia beliau)..genius genius belaka dan dapat menambahkan innovation innovation yang lebih padu dan jitu...haa...amek ! padu dan jitu la SGT ! :p
mesti Donald Trump tiru rambut dia ni kan...?
Kalau tak berubah boleh mati ke...?
Memang la kalau tak berubah tu tak mati..TAPI, takkan nak duduk kat situ je..?tak mau jadi manusia yang berguna atau lebih berguna...?bukannya kena masuk MLM AC Mizal pun untuk satu perubahan yang minor..ye..MINOR! tak perlu nak rancak rancak sangat berubah sebab yang MINOR itu pasti akan jadi MAJOR satu hari nanti kelak..sedikit-sedikit lama-lama jadi bukit..percayalah...so..jom kita berubah ! kalau dulu gosok gigi satu hari sekali apa kata hari ini kita gosok gigi 3 kali sehari !!! yay !
Dalam hidup ni sekali je ke kena berubah...?
Depends jugak la...kalau berkali-kali berubah untuk menjadi lebih baik apa salahnya..tak dak jadi masalah apa-apa pun lah...yang dok jadi salahnya, berubah dari baik jadi tak baik kemudian baik sekejap dan jadi tak baik balik and benda tu dok rotate sampai la korang tua esok ni..haa..macam tu kalau, bagi aku salah la..tak dak value pun la perubahan itu kalau kita tak learn from mistakes..
Kalau berubah banyak-banyak kali orang tak annoyed ke dengan kita..?
Aku selalu berpegang kepada qoute ini yang entah dari mana aku dapat tak tau.."Kita tak hidup sebab orang suka kita dan kita tak mati sebab orang suka kita.." Jadi, kadang-kadang kalau aku teringat pasal qoute ini bila aku buat something, aku akan proceed je dengan apa yang aku nak buat..sebab kalau kita nak fikir apa yang orang akan fikir tentang kita mesti kita takkan kemana-mana dan akan statik kat situ dan tak mampu nak lakukan satu anjakan paradigma dalam hidup...hamboiii ayat ! tak macam panjang sangat pulak kan...:)..so berbalik kepada apa yang kita dok cakap tadi ni...kita buat je apa kita nak buat...orang nak annoyed ke tak tu masalah diaorang..kalau diaorang kritik okay..kalau dorg condemn then remove diorang dari life korang...hahahaha (gelak evil)..:D
*kritik bagi aku benda-benda yang positif dan yang negative tu aku panggil condemn..sekian..
So, sampai sini sahaja...aku dah sakit kepala..nak makan Pringles Original Flavour sebab semalam mimpi dok makan...boleh ?? hhahahaha
p/s :: emotion semakin boleh di'neutralize' selagi tidak memijak lantai Rumah Jitra...hehehehe
p/s :: harap-harap kali ni takdelah typo...fuh ! fuh ! fuh !
No comments:
Post a Comment