February 25, 2012

~Kau Define Title Ikut Faham Kau Sendiri~

Tak semua kita ada ? Ada apa ? Beza mana aku dan kau ? Tinggi mana kau dan rendah mana aku ? Lebih mana kau dan kurang mana aku ?

Bukan kita ini secara basisnya samakah ?

Kita memang sama apa !

Kau ada hidung untuk bau aku pun ada hidung yang berlandas fungsi sama macam kau. .

Mata ? Bagi yang celik macam kau dan aku kita guna untuk kita melihat . Melihat kebaikkan lebih daripada keburukan . Mentafsir apa yang dilihat menggunakan akal seoptimum mungkin .

Mulut kau ? Aku kira sikit tak kurang beza dari aku . Kita guna mulut untuk makan . Kau bisu ke kau waras ke, mulut tetap guna untuk makan dan bukan dengar . Betul ?

Bagi aku...

Hidung - Bau haruman-haruman dunia yang origin dari Allah s.w.t .. 
Mata - Lihat betapa kebesaran Allah s.w.t di muka bumi terbentang luas ini ..
Mulut - Berzikir memuji-muji Allah kebesara Allah s.w.t dan mengucap kata syukur dengan apa yang dilimpahkan ..

Tapi, aku rasa bagi kau..

Hidung - Bau haruman-haruman kekhilafan oleh masyarakat sekeliling kau ..
Mata - Melihat segala kebaikan sebagai tanda aras keburukan dan melihat keburukan sebagai sesuatu yang patut kau siniskan...
Mulut - Menghebahkan segala apa saja kebaikan mahupun keburukan itu sendiri supaya label baik pada kau dan label buruk pada aku ..

Aku tak salahkan kau dalam hal ini tapi aku rasa mungkin hidayah daripadaNya itu kau masih tak tahu macam mana nak utilize...

Terlalu asyik dengan dunia memang akan buat kau lupa diri sekejap..Aku pernah rasa kebahagian dunia itu sama seperti kau...

Tidak mengapa di situ .. Aku bukan siapa-siapa untuk menghukum kau .. I just live my life the way it is ... And you just live like yours .. Like what you're doing now .. Even its concerns me, its okay... I don't even mind ...

Sebab apa ?

ALLAH MAHA KAYA . ALLAH MAHA MENGETAHUI . 

Aku rasa tidak perlulah aku untuk pergi berhadap dengan kau untuk sekadar menjernihkan keadaan yang belum pasti sejernih mana ianya nanti..

Aku tak suka pakai assume-assume..

Kau sendiri jaga diri kau dan aku rasa aku mampu jaga diri aku...

Tidak mengapa kau nama aku sedikit tercalar di mata kau sebab aku tahu di belakang aku ada ramai lagi yang menyokong aku dan tahu siapa aku...

Kau hiduplah dengan dunia judgemental kau dan aku hidup dengan dunia aku...

Kau tidak kenal siapa aku dan aku rasa kau bebas untuk buat diri kau kenal aku...

Tidak mengapa kalau tafsiran kau silap sebab mata yang kau gunakan untuk mentafsir diri aku itu agak sedikit tersasar..salah aku sendiri mungkin dalam mempersembahkan diri aku di mata kau...

Jadi, biarlah mereka yang kenal aku terus kenal aku dan biarlah mereka yang tidak kenal aku terus tidak kenal aku...I'm fine with it..

Sungguhpun kata hati aku ni amatlah tidak selesa dengan pandangan-pandangan sinikal kau pada aku, aku cuba buat se'relax' mungkin dan cuba untuk tidak burst out kerana aku sedang cuba memengang satu qoute klise yang berbunyi ...

SABAR ITU SEPARUH DARIPADA IMAN ..

Besar ganjarannya orang yang bersabar itu sehingga disamakan dengan separuh daripada iman..Aku rasa lebih selesa mengejar pahala di dunia dari mencari dosa yang sudah pasti neraka tempat aku kelak..

Kita manusia ini hidup cuma sekali dan yang sekali itu amatlah singkat periodnya...

Maka, amatlah sayang kalau masa yang singkat yang kita manusia sesama manusia ini ada kalau kau guna untuk berhasad dengki sesama kau...

Akhir kata dari aku...kalau kau rasa entry ini untuk kau, maka untuk kau lah...

Kalau kau rasa bukan untuk kau maka bukanlah...

Simple .


*Entry ini entry random untuk ingatkan diri aku sendiri daripada apa yang dipersembahkan di mata aku ..
**Aku nak share ape aku share kat FB aku --->> Takpelah kalau kau rasa kau dah bagus dan kau rasa aku tak sebagus kau . Aku cuba untuk jadi sebagus kau lah ni . Aku harap kalau aku dah bagus macam kau nanti aku tak jadi macam kau .
***Sesungguhnya yang baik datangnya dari Allah s.w.t dan yang tak baik itu datangnya dari insan yang hina lagi dina yang bernama Anis binti Siswadi ini..

February 17, 2012

~Jebakkan Aku~

Okey ...

Basically kali ni aku takde topik husus untuk aku bincangkan..jiwa aku pun banyak takde kat sini..since bandwidth broadband aku dah limit jadi memang aku takde mood sangat la nak ber'blog' apetah lagi meng'online'kan diri menggunakan broadband kan...

So, aku berdampingan dengan lappy sejak kebelakangan ini hanya untuk melihat cerita-cerita veriety show korea dan currently dalam proses melihat movie Harry Potter dari yang awal-awal dulu ni sebab nak dapat clear picture ...heheh

Jebakkan 1 :: Harry Potter



FINALLY, I'VE MANAGE TO GET ALL HARRY POTTER'S STORIES !! 

Ada 7 bahagian semuanya ---->> okey mcam dejavu sebut dragon ball ! hahaha

Haha...

Actually, Harry Potter ni aku tak minat sangat macam aku tengok Twilight or Pirates of Carribean (sapa tak minat cerita i pulak kan??) ... Seriously, aku takde keinginan wahima sebesar zarah sekalipun untuk megikuti cerita ini walaupun it is considered as World Phenomenon la I guess...

However, Cik Affifah Fadhlullah lah yang bertanggungjawab menjebakkan aku...hahaha...Siapa Afifah Fadhlullah?? Akan aku ceritakan siapa dia kelak...entry masih dalam peringkat draft..hehehe

So, ape yang "Cik" ini buat ?

Dia adalah manusia yang sangat suka cerita-cerita wicked ni, vampire segaka mak nenek ni semua dia suka la..

Aku pulak suka cerita yang ringan-ringan je..it's not 'ringan-ringan' as in dalam kepala korang ok..ringan-ringan here bermaksud cerita yang tak perlu nak fikir banyak..yang tak de sekual-sekual segala mak nenek tu..yang kait-kait dengan fakta-fakta sejarah Yunani la, Greek la ape la...

Contoh cerita yang kalau aku masih kepompong dulu yang aku suka adalah macam, No String Attached, Knight And Day, The Backup Plan, Tooth Fairy dan cerita-cerita yang seangkatan dengannya....

Namun...

"Cik" tadi ni telah melakukan satu anjakkan paradigma dalam kehidupan jiwa penontonan filem dalam hidup aku...dia mula menjebakkan aku dengan perkara-perkara yag lebih serius...

Antaranya, genre filem yang aku tengok...

Aku mula minat cerita seperti, Immortals, Clash of the Titans, Angels and Demons, Twilight Saga, Buried dan sebagainya lagi even kami layan jugak cerita ringan-ringan yang lain...

"Budget tak tengok cerita Melayu letteewww"

Eh, kitorang tengok gak cerita Syurga Cinta, Khurafat and Penunggu Istana hokaayyyy !!!

Hmm.....elok aku berbalik kepada Harry Potter...

By the way, aku memang kurang gemar tengok cerita sambung-sambung ni..(exceptional Pirates of Carribean)..

Haruslah aku geram bila aku nak tahu what will happen next then it will end up like .....

Kalau aku dalam mentalility dulu ni, dah sah-sah masa cerita Twilight - Breaking Dawn Part 1 habis tu, aku dan-dan pi mantak duit tiket kat kaunter balik...gila apa nak tunggu bulan November ni sambung balik ??!!

Harry Ptter craving ni pulak terjadi apabila Ifa ni nak sangat tengok ending what will happen dekat Harry Potter dengan You-Know-Who (Voldremot) tu...So, dia ajak aku tegok cerita tu sebab masa tu ending part dah..Part 7 pulak...Kalau tak silap aku masa tu ada dilemma nak tengok movie lain jugak..tapi, tak ingat movie ape..Hmm...Paranormal Activity 3 kot kalau tak silap aku..

So, dengan relax dan tak kisahnya, aku punn layan la cerita yang tak pernah memberi aku secebis kenikmatan pun untuk menunggu setiap sekualnya...

But, it end up like aku pijak je tangga keluar tu, aku cakap kat Ifa " Im so gonna find all the Harry Potter's movies!"

Seriously, cerita ini memang best...aku sangat berasa rugi tak ikut cerita ini..seriously...

Jebakan 2 :: Korean Variety Shows

actually, aku tidak terlalu mengikut sangat variety shows korea ni..aku nak ikut pun aku tak tahu sangat..aku bukan gila korea yang tersangat2 pun...

So, all time favourite variety shows aku tetaop Oh, My School! even ianya dah lama..it's just everytime aku tengok cerita tu aku akan happy...hehe

And currently aku tengah tengok 'We Got Married - TeukSo Couple"...actually ada banyak coupe dalam cerita ni..tak silap aku ada 3 mai couple kot...TeukSo ni bukan main couple pun..tapi aku suka tengok sebab aku suka Super Junior...hehehe

Kang Sora and Leeteuk (Super Junior)

Okay, maybe itu saja update kali ini sebab aku memang tidak ada niat pun untuk memanjangkan bebelan aku kali ini..mungkin next entry lebih serius dengan pengisian-pengisian berfaedah sebab banyak yang dok terbengkalai di tengan jalan dekat draft tu...

Until then...

Good Night..

*Nak tengok We Got Married before tidur...
**Esok habiska Harry Potter..
***Kalau typo aku sorry sebab aku tak check balik pun...