Bukan kita ini secara basisnya samakah ?
Kita memang sama apa !
Kau ada hidung untuk bau aku pun ada hidung yang berlandas fungsi sama macam kau. .
Mata ? Bagi yang celik macam kau dan aku kita guna untuk kita melihat . Melihat kebaikkan lebih daripada keburukan . Mentafsir apa yang dilihat menggunakan akal seoptimum mungkin .
Mulut kau ? Aku kira sikit tak kurang beza dari aku . Kita guna mulut untuk makan . Kau bisu ke kau waras ke, mulut tetap guna untuk makan dan bukan dengar . Betul ?
Bagi aku...
Hidung - Bau haruman-haruman dunia yang origin dari Allah s.w.t ..
Mata - Lihat betapa kebesaran Allah s.w.t di muka bumi terbentang luas ini ..
Mulut - Berzikir memuji-muji Allah kebesara Allah s.w.t dan mengucap kata syukur dengan apa yang dilimpahkan ..
Tapi, aku rasa bagi kau..
Hidung - Bau haruman-haruman kekhilafan oleh masyarakat sekeliling kau ..
Mata - Melihat segala kebaikan sebagai tanda aras keburukan dan melihat keburukan sebagai sesuatu yang patut kau siniskan...
Mulut - Menghebahkan segala apa saja kebaikan mahupun keburukan itu sendiri supaya label baik pada kau dan label buruk pada aku ..
Aku tak salahkan kau dalam hal ini tapi aku rasa mungkin hidayah daripadaNya itu kau masih tak tahu macam mana nak utilize...
Terlalu asyik dengan dunia memang akan buat kau lupa diri sekejap..Aku pernah rasa kebahagian dunia itu sama seperti kau...
Tidak mengapa di situ .. Aku bukan siapa-siapa untuk menghukum kau .. I just live my life the way it is ... And you just live like yours .. Like what you're doing now .. Even its concerns me, its okay... I don't even mind ...
Sebab apa ?
ALLAH MAHA KAYA . ALLAH MAHA MENGETAHUI .
Aku rasa tidak perlulah aku untuk pergi berhadap dengan kau untuk sekadar menjernihkan keadaan yang belum pasti sejernih mana ianya nanti..
Aku tak suka pakai assume-assume..
Kau sendiri jaga diri kau dan aku rasa aku mampu jaga diri aku...
Tidak mengapa kau nama aku sedikit tercalar di mata kau sebab aku tahu di belakang aku ada ramai lagi yang menyokong aku dan tahu siapa aku...
Kau hiduplah dengan dunia judgemental kau dan aku hidup dengan dunia aku...
Kau tidak kenal siapa aku dan aku rasa kau bebas untuk buat diri kau kenal aku...
Tidak mengapa kalau tafsiran kau silap sebab mata yang kau gunakan untuk mentafsir diri aku itu agak sedikit tersasar..salah aku sendiri mungkin dalam mempersembahkan diri aku di mata kau...
Jadi, biarlah mereka yang kenal aku terus kenal aku dan biarlah mereka yang tidak kenal aku terus tidak kenal aku...I'm fine with it..
Sungguhpun kata hati aku ni amatlah tidak selesa dengan pandangan-pandangan sinikal kau pada aku, aku cuba buat se'relax' mungkin dan cuba untuk tidak burst out kerana aku sedang cuba memengang satu qoute klise yang berbunyi ...
SABAR ITU SEPARUH DARIPADA IMAN ..
Besar ganjarannya orang yang bersabar itu sehingga disamakan dengan separuh daripada iman..Aku rasa lebih selesa mengejar pahala di dunia dari mencari dosa yang sudah pasti neraka tempat aku kelak..
Kita manusia ini hidup cuma sekali dan yang sekali itu amatlah singkat periodnya...
Maka, amatlah sayang kalau masa yang singkat yang kita manusia sesama manusia ini ada kalau kau guna untuk berhasad dengki sesama kau...
Akhir kata dari aku...kalau kau rasa entry ini untuk kau, maka untuk kau lah...
Kalau kau rasa bukan untuk kau maka bukanlah...
Simple .
*Entry ini entry random untuk ingatkan diri aku sendiri daripada apa yang dipersembahkan di mata aku ..
**Aku nak share ape aku share kat FB aku --->> Takpelah kalau kau rasa kau dah bagus dan kau rasa aku tak sebagus kau . Aku cuba untuk jadi sebagus kau lah ni . Aku harap kalau aku dah bagus macam kau nanti aku tak jadi macam kau .
***Sesungguhnya yang baik datangnya dari Allah s.w.t dan yang tak baik itu datangnya dari insan yang hina lagi dina yang bernama Anis binti Siswadi ini..

nice blog :)
ReplyDeletethanx . :)
Delete