Macam ni ...
Aku tak dapat momentum padu lagi untuk kembali menulis ni . Sangat lama aku sepi menyepi tersepi . Maafkan aku kalau entri sedikit terbit kebosanan . Kalau selama ini bosan maka entri ini pasti menjadi lebih bosan . Aku sarankan korang berhenti setakat ini membaca isi intipati seterusnya . Itu kalau bosan . Kalau tak bosan boleh teruskan mungkin . ^___^
May 12, 2012 . Entri akhir .
August 13, 2012 . Tarikh hari ini .
Tiga bulan mungkin, kalau tak salah perkiraan aku ini .
Aku salahkan diri aku sebenarnya tak komited dengan penulisan aku . Terlampau sibuk sampai untuk memberi sedikit masa untuk sedikit perkongsiaan dari apa yang aku lihat sehari-hari pun tidak ada masa . Mugkin sebab itu aku selalu catatkan pemerhatian aku hanya di laman sosial Twitter sahaja . Apa saja ketidak puasan hati, pandangan, pendapat sekupang dua segala semua terpahat indah di sana .
Sebetulnya, banyak sekali isu yang aku ada untuk aku kongsikan pandangan aku . Terlalu amat banyak . Cuma masa kurang ada untuk aku betul-betul memberi sepenuh masa untuk kupasan tahap maksima mungkin .
Cadang aku ingin berkongsi serba sedikit isu yang mungkin boleh aku kongsikan pendapat sekupang dua aku ini di sini . Pendapat peribadi yang tidaklah mempunyai nilai . Pendapat peribadi hanya untuk tatapan diri sendiri . Pendapat peribadi yang mungkin sama dengan sesiapa . Pendapat peribadi yang mungkin seseorang tidak sedar sebenarnya kita berfikir secara selari seiring .
Pendapat 1 :: Perempuan baru berhijrah bertudung .
Begini . Aku ada beberapa isu mengenai hal ini . Elok aku kupas satu demi satu . Biar jelas sedikit pemahamannya . Tiada salah pemahaman lagi yang berlaku nanti .
Antaranya, bila perempuan tidak bertudung menegur cara pemakaian perempuan yang bertudung . Entah mengapa aku sedikit geli hati melihat situasi ini. Ini terjadi dan berlaku sebenarnya . Rakan aku sendiri . Rakan aku yang tidak bertudung to be exact .
Begini . Ingin aku jelaskan yang di mana, perkara yang salah tetap salah dan perkara yang betul tetap betul .
Nak dijadikann cerita yang kawan aku yang tidak betudung itu . Aku namakan dia sebagai Tipah sahaja . Biar senang bunyi jalan penceritaan nanti . Dan bagi yang bertudung itu pula aku namakan sebagai Aishah . *kemain lagi nama suci Ya Allah . hahaha
Jadi, Si Tipah berkata kepada Si Aishah pakai tudung tapi tudung angkat sampai ke dada .
Tak guna jugak pakai tudung katanya .
Nampak aurat katanya .
Lebih baik tidak bertudung katanya .
Tak berguna tutup aurat katanya .
Eh ? Hairan aku sedikit di situ .
Aku baca perkataan-perkataan yang tertulis itu dengan satu kerutan dan mengeluh berat sedikit .
Aku detect benda ni di laman sosial .
Facebook .
Bukan hairan kenapa .
Kerana pemahaman aku menutup kepala itu bukanlah menutup aurat ? Dan tidak menutup kepala itu tetap tidak menutup aurat .
Dan sejak bila tidak menutup aurat rambut itu lebih baik dari menutup aurat rambut ?
Dan sejak bila pula menutup aurat itu tidak berguna .
Aku terdiam sejenak berfikir mengguna logik akal untuk menilai apa yang di tulis rakan aku itu . Sungguh aku mencari titik waras fikiran tentang perkara itu . Mencari kebenaran dalam setiap perkataan itu .
Aku tahu . Mungkin cara Aisyah menutup aurat itu tidak sesempurna mana . Masih tidak cukup haul orang kata . Tapi, bukan langsung tidak berguna . Salah pemahaman Tipah dalam hal ini . Subngguhpun Aishah begitu, sekurang-kurangnya Aishah berusah menutup salah satu aurat dia dari tatapan orang yang bukan mahramnya..Tipah pulak macam mana ?
Orang kata, kalau kita nak menegur orang biarlah kita sediri yang betul dulu . Jangan bagi ayat
"At least aku free hair aku takdelah pergi pakai baju nampak itu nampak ini."
Salah tu . Jangan terlalu cepat nampak khilaf orang . Fikir khilaf sendiri dulu baru niat betulkan orang itu boleh kita apply . Kita pun tak de nak look stupid sangat kalau macam tu .
Lagi satu bab tudung-tudung ni is perception society tentang orang yang baru berhijrah bertudung .
Banyak kata-kata sumbang di sebalik kebaikan yang di tunjukkan . Aku ambil golongan artis supaya dapat sedikit pencerahan di situ .
Dikatanya, perubahan mereka itu tidak ikhlas . nak tunggu mimpi dulu nak tunggu something bad happen dulu baru nak bertudung .
Cantik dia pakai tudung . Sangat cantik pada aku .
Begini pendapat aku .
Aku rasa kebaikan harus dibalas kebaikan . Bukan kata-kata critism yang tak membina . Jangan judgemental sangat . Apa cara dia berubah . Kenapa dia berubah . Macam mana dia nak berubah . Itu hal dia dengan Tuhan . Kita ni yang takde kena mengena ni menyokong lebih baik kot rasanya . Menyokong dia supaya jangan dia balik ke jalan lama dia . Lebih baik begitu .
Kalau semua orang berfikir berfikir begitu mungkin masalah kurang di situ . Cuba kepantasan melihat keburukan itu ditukar dengan kepantasan melihat kebaikan ? Tak salah begitu aku rasa . Lebih tenang hidup mungkin .
Aku tidak claim yang aku sentiasa optimist dalam menerima semua hal . Aku manusia biasa . Kadang-kadanng landasan hidup sedikit tersasar . Tapi, aku cuba sehabis baik betuklan landasan aku . Supaya tidak tersasar jauh . Mulut dan perkataan kita boleh control . Perbuatan pun kita boleh control . Tapi, Qada' dan Qadar taj bioleh control . boleh fikir sendiri mungkin apa aku nak sampaikan di situ . ^___^
Hurmmm.....aku tidak larat lagi untuk menulis ni . Biar aku stop di sini dulu . Pendapat seterusnya aku sambung next entri mungkin . Aku rasa terpanggil untuk berhenti sebab aku rasa entri ni macam over panjang pulak . Aku pun rasa penat nak baca balik .
So, wajar aku berhenti dulu . Sambung nanti pendapat seterusnya .
Assalamualaikum .
*Sekarang mengantuk sangat . Idea mungkin sedikit lembab .
**Aku suka bercakap apa yang aku tengok . Kemudia aku share di sini .
***Biar kita tak nampak khilaf orang janji kita sedar apa khilaf kita . Inshaaallah .


No comments:
Post a Comment