Macam ni ...
Aku dah dapat dah sedikit kekuatan untuk menulis ni .
Dah ada momentum untuk entry panjang ni .
So, apa klise masyarakat yang aku nak bincangkan di sini ?
Beginilah ..
Tahun 2013 telah masuk bulan kedua sekarang ni . Half way dah pun . Jadi, aku selalu kena soal dengan persoalan yang sama setiap kali anggota masyarakat yang sebaya mahupun lebih berusia dari aku bertanya perihal sesuatu perkara yang cliche manusia pada umur aku lakukan .
Actually, aku dah bebel banyak kali benda ni kat Twitter . Kat Facebook ada lah kot sekali . But, most of the time kat Twitter la sebab everytime I'll get annoyed aku akan tweet .
Apa isunya ??
PERKAHWINAN ....
Yes . Perkahwinan jadi satu isu besar pulak pada aku tahun ni . Tahun lepas ada jugak tapi tahun ni macam menjadi-jadi pulak . Kurang gemar jugak aku hal berkaitan ini .
Kata mereka, umur aku ni elok ranum dah kalau nak berumah tangga .
Kata mereka, lewat-lewat nanti takde sesape nak masuk meminang pulak .
Kata mereka, nanti pregnant susah .
Kata mereka, nanti kawan-kawan lain dah sibuk nak bercucu aku baru nak hantar anak pergi sekolah .
Macam-macam lagi kata mereka . Ada yang enak . Ada yang tak kurang enak . Dan tak kurang juga yang tak enak langsung .
Okay, mungkin aku buat teruk sebab ada lagi orang yang lagi berumur dari aku tak kahwin orang tanya tapi dorg watlek je .
Actually aku pun watlek gak in the beginning . Siap senyum simpul lagi . Joke around lebih kurang . Tapi, sampai bila pulak aku nak behave macam tu ? Aku ni pulak tergolong dalam kategori manusia yang capat annoyed kalau benda yang sama dok jadi . Tapi, bila masuk kali kesepulah tiap-tiap kali hadap muka aku nak tanya benda ni, aku mana boleh nak watlek sangat kan .
Asal pergi kenduri kawan je kena jawab soalan puaka ni buat aku bengang jugak la sikit-sikit . Eh ? Banyak jugak actually . Bila aku jawab lambat lagi the syarahan pulak jadi banyak takpayah cakap la kan . Berjela-jela nauzubillah .
Tapi, despite all this aku nak berterima kasih banyak la dekat En Siswadi dan Pn Zalillah dah seluruh keluarga adik-beradik mak serta bapak aku ni . Takde pressure pun y'alls . Tak pernah dok tanya aku soalan cliche ni . Thanks to them especially my parents . Serious relax kot . The best lah mereka ini .
Okay, sudah luahan perasaan panjang berjela aku . Aku nak nyatakan beberapa elaboration pulak ni berkait isu ini .
1. Status
Sebetulnya aku masih memegang status sebagai seorang pelajar sepenuh masa . Di samping usia yang tak berapa muda ni aku masih lagi bertugkus lumus menghabiskan pengajian aku yang masih berbaki setahun setengah lagi ni . Iya, selepas berkahwin pun masih boleh belajar . Betul itu . Tapi, itu pandangan kau . Bukan aku . Aku tak suka . Hatta bercouple masa belajar pun aku rasa kekacauan yang maha hebat apatah lagi kalau berkahwin ?
Aku bukan seorang yang multi tasking . Tidak sama sekali . Aku tak boleh buat banyak benda dalam satu time frame . Nanti aku serabut . Nak pulak menggalas tanggungjawab besar lepas berkahwin tu . Takut aku . Pengalaman kawan-kawan yang aku tengok cukup buat aku ketaq lutut nak menjurus ke arah tu .
So, ada baiknya aku buat ikut flow . Belajar sampai habis . Enjoy masa bersendiri tanpa ada komitmen . Bahagiakan mak, bapak and adik aku . Have fun with friends and cousin cousin awesome aku . Then, baru la fikir semua ni KOT . ^____^
2 . Responsibility
Ini bab paling asas sekali . Aku tak mampu untuk bertanggungjawab lagi bila berkait dengan hal-hal hidup berdua tu . Yelah . Aku nak Chinese kate pun . LOL .
Okay, serious . Bila cakap pasal responsibility aku ni far beyond perfect lagi . Mak dengan bapak masih bebel lagi kat aku . Dan aku pun rasa aku tak cukup bersedia lagi untuk ada tanggungjawab tu . Jauh lagi aku rasa . Benda bukan mudah bila dah hidup berdua tu . Kahwin ni bukan boleh buat main rasa-rasa . Luar dalam kena prepare . Kahwin ni benda besar dalam hidup . Jadi sekali je . (Yang berkali-kali aku takde komen) . Jadi, banyak nak kena belajar . Aku dalam proses belajar lah lagi ni . Banyak sangat aku rasa . Aku bagi diri aku masa untuk belajar semua ni . Semua yang aku rasa tak mudah untuk aku belajar .
3. Diri sendiri
Aku tipu kalau aku kata aku tengok kawan-kawan baik aku macam Nadia and Suriaty happy with their marriage life aku tak jealous . Ada perasaan tu . Tapi, setakat tu jelah . Tak de melebih pun .
Seriously, aku bukan nak bersikap liberal dengan meletakkan perkahwinan itu sebagai perkara bukan priority . Aku masih Islam . Islam itu pulak menggalakkan perkahwinan . Aku sendiri mahu berkahwin . Cumanya aku tak begitu percaya dengan perkahwinan di usia muda . Pada aku, umur aku ni aku rasa muda lah lagi .
Iya, cinta tak kenal usia . Okay . itu pemikiran aku masa hangat-hangat tahi ayam bercinta dulu dan bukan sekarang ye . Banyak lagi nak kena ambil kira dari cinta ape benda tu . Cinta bukan boleh buat makan pun . Cinta bukan boleh tukar dengan jeans Armani pon . Cinta bukan boleh beli shades Prada pun . Cinta bukan boleh beli set tidur Gheta pon . Cinta bukan boleh tukar dengan perfume Lancome pon .
4 . Calon
Kau ingat senang ke nak cari calon Chinese ? Susah oiiii ???!!
Macam ni boleh buat aku hadap je muka dia . Haha
So, aku dah buat luahan perasaan beserta dengan sebab musabab lagi . Harap sangat cukup penjelasan aku . Kalau mak cik mak cik datang tanya aku lagi, aku bagi je link blog aku ni . Senang cerita .
*Chinese dalam gambar tu nama dia William So and umur dia 40 ++