Macam ni...
Ada sesetengah antara kita yang percaya yang dengan provoke orang lain dapat menyelesaikan masalah dan sesetengah kita berpendapat silence is the best revenge.
Sebelum ini aku percaya provasi itu sebagai satu jalan penyelesaian paling optimum. Provokasi mampu membuat masalah sekelip mata sahaja selesai. Provakasi mampu menundukkan pihak lagi satu tanpa perlu kata bicara yang terlampau banyak.
Tapi, sekarang tidak lagi. Bukan sebab aku tanam dalam diri kebenaran akan timbul juga nanti. Bukan.
Aku rasa silence is the best revenge adalah kerana aku rasa rosak hati, rosak minda, rosak jiwa kalau kata caci nista terlempar setiap kali provakasi berlaku.
Jujurnya aku benci aura negative di sekeliling aku. Aku tak suka perkara tak berkesudahan. Aku tak suka.
Aku hanya perempuan yang suka pada sesuatu yang biasa-biasa saja dengan keadaan tenang dan senang tanpa ada barang sedikit sengketa. Itu saja.
"Woi ! Dia cakap kau benda kau tak buat kot ?! Takkan nak buat tak tahu je ? Kalau aku lah, dah lama aku ..."
"Tu kalau kau. Sekarang ni aku tak mahu jadi macam kau."
"Pfffftttttt....!"

No comments:
Post a Comment