April 06, 2013

~Pak Cik Pengutip Sampah~

Macam ni..

Semalam aku pergi ke rumah kawan. Hampir pukul 10. Malam. Rumah lelaki. Jadi, kena bersidai di luar. Tak boleh masuk. A total no no okay. Tujuan? Mengambil Running Man. Routine setiap minggu. Ehehehehe....

Ada menariknya rumah kawan aku yang satu ini. Apa? Rumahnya sangat dekat dengan tempat buang sampah. Alaaaa.. Bukan yang besar tu. Kecik aje tempatnya. Boleh imagine kot ?

Setiap minggu aku pergi aku dapat la lihat orang punya perangai nak buang sampah. Macam-macam ok. Ada yang main letak kat tepi tong tu. Ada yang turun moto letak elok-elok dalam tong. Ada yang letak atas bumbung keta then dah sampai tak turun keta apa main tarik je sampah turun. Masuk tak masuk dalam tong itu belakang kira. Macam-macam.

Dulu aku tengok aje. Sebab selalunya selepas aku dapat cerita Running Man tu aku ada sesi bersembang.

Tapi semalam, lain sikit. Masa aku nak tunggu kawan keluar rumah aku tunggu di luar. Di luar pagar. Macam biasa. Tempat pembuangan sampah "mini" semalam capture perhatian aku. Pandangan kali ini berbeza sedikit.

Apa lainnya ?

Dekat tempat buang sampah itu, disebelah tong itu, ada sebuah motosikal bawak barang. Yang ada macam tempat letak barang dekat tepi tu. Dan aku lihat ada satu tubuh lelaki tua berjalan-jalan di sekeliling tong sampah itu mencari sesuatu yang aku sendiri tidak pasti apa. Bila bertemu apa yang dicari, di letak cermat dalam plastik di dalam motosikal tua dan usang itu.

Lama dia mundar mandir kat situ. 5 ke 10 minit jugak. Malah sebelum aku datang lagi dia sudah ada. Tak pasti berapa lama. Aku kebetulan menunggu seorang diri. Jadi aku lihat dia penuh minat. Tiap tingkah laku pak cik yang seorang ini. Lagak jalannya. Cara dia melihat barang. Aku tak dapat lihat mimik mukanya. Aku sedikit rabun. Ditambah pula cahaya lampu jalan. Membataskan sedikit penglihatan aku. Tapi, aku pasti. Dia adalah seorang pak cik tua. Pak cik yang sudah lanjut usianya.

Bila selesai mencari barang, dia perlahan-lahan naik motosikal tua dia. Menghidupkan enjin. Dan berlalu pergi perlahan dari situ. Aku sempat melontar senyuman. Aku tak pasti dia nampak atau tidak. Sebab, sekali lagi cahaya lampu jalan jadi penghalang.

Jadi, kenapa aku kongsi ini ?

Sebab semalam aku sempat berfikir. Usia pak cik itu adalah usia duduk di rumah. Main bersama anak cucu. Rehatkan diri. Beribadat.

Tapi, kenapa dia berada di luar, pada waktu malam dan di tempat pembuangan sampah ? Kenapa ?

Aku terfikir.. Apakah anaknya tiada atau tidak peduli? Tergamak seorang anak membuat tubuh tua seorang ayah yang dulu tangannya bekerja untuk kelansungan anak menyentuh jijik sampah? Dan, yang paling menyentuh aku adalah pada waktu malam. Hampir pukul 10 waktu itu.

Macam-macam aku fikir. Macam-macam sangat.

Aku sebak. Sangat sebak. Aku teringat arwah Wan. Kalau Wan masih ada, dia akan tengok Gerak Khas dengan Tok waktu itu. Atau mungkin gaduh manja bertikam lidah sesama mereka. Tok dengan Wan memang selalu begitu. Even Wan dah pergi menghadap illahi, tapi Wan sentiasa ada dalam diri kami semua Pak Shariff Clan. Al Fatihah.

Tapi, pak cik itu? Kenapa sampah tempat pilihannya? Kenapa bukan di rumah saja? Kenapa bukan bergurau senda bersama isteri? Kenapa tidak duduk saja di rumah? Beribadat kepada yang Maha Esa? Banyak lagi boleh dibuat.

Bukan. Aku tidak mahu bicara tentang tanggungjawab anak atau apa saja yang berkaitan. Aku nak biar semua soalan di atas ni kita jawab sendiri. Kisah pak cik itu hanya pak cik itu saja yang tahu. Assumption yang kita buat biarlah hanya tinggal assumption sahaja harapnya aku.

Tapi, aku nak kita semua fikir satu benda. Soalan ini mungkin susah nak jawab. Perkara yang mungkin tak mustahil akan terjadi.

Bagaimana kalau satu hari nanti kita di tempat Pak Cik Pengutip Sampah itu ?


Kita tak tahu apa cerita mereka. Tapi, kita kena tahu yang kita boleh membantu mereka even tak banyak tapi sedikit. Tak bermakna bagi kita tapi amat berharga bagi mereka. God bless.

No comments:

Post a Comment