May 05, 2013

~Undi Adalah Rahsia~

General Election 13 - May 5th, 2013


Macam ni.

Aku didorong rasa meluat baca social network. Skip tweet pun still ada serpihan-serpihan masyarakat yang berfikir dangkal. Still ada.

Aku sendiri mengharap pemimpin berwibawa mentadbir negara. Tahu hal selok belok mentadbir. Bukan isu perkauman yang nak aku debatkan. Tapi, ketrampilan pemimpin itu sendiri dalam mengurus tadbir apa yang di namakan Malaysia.

Sentimen perkauman agak menjadi isu berat aku lihat di laman sosial sekarang. Tak adil. Banyak perkara lain lebih elok untuk kita debatkan.

Aku tinggalkan isu perkauman di situ. Aku nak berkongsi secebis dua perkara yang aku lihat berlaku di hadapan mata aku sendiri. Ruang lingkup social media yang dekat dengan aku.

Situasi 1

A - Kau sokong PAS ? Kau bukan kawan aku lagi mulai detik ini saat ini...! Persahabatann kita sampai sini sahaja lah....! Kita tak sama pemikiran... Kita tak boleh jadi sahabat... Kau dan orang-orang kau guna agama untuk tutup agenda tersembunyi kau...! Kau pergi....!

B - Kau macai BN ...! Kau nak negara kita dipimpin tak mengikut kaedah Islam...! Kau dah kafir...! Kau dah sesat....! Kembalilah ke pangkal jalan....! Subhanallah....

Sayanglah, kalau agama itu dipolitikkan begini. Kita berbeza fahaman sekalipun tapi kita tetap saudara dalam Islam. Dangkal orang berfikiran begini. Dangkal. Jangan taksub dengan hal dunia. Kau claim kau Islam tapi kau tunjuk middle finger kau, kau maki cursing words dalam FB dalam twitter kau, kau cari aib orang dan kau share dalam FB ? Islam praktisnya bukan begitu. Islam praktisnya sentiasa menjaga keperibadian dan menutup keaiban sesama umatnya kerana kita adalah bersaudara. Apapun fahamannya, apapun buah fikirannya, itu adalah hak dia tapi kita wajib percaya pada Yang Satu, Yang Esa. Itu yang betulnya.

Situasi 2

A - Aku tak kisah kalau PAS ke BN tapi aku kisah kat DAP ni... Cina tak bodoh la ! Cina tak bodoh....!

B - Kau tak duduk negeri DAP perintah. Kau duduk dulu baru kau tahu...

Siapapun yang memerintah semua tu dipilih. Sistem voting itu sistem demokrasi. Jadi, siapa yang memeritah itu dipilih melalui sistem majoriti. Bukan minoriti. Kenapa dipertikaikan siapa yang memerintah kalau penyatuan dari golongan majoriti itu tiada? Salah siapa golongan minoriti dipilih menjadi pemimpin? Malaysian memang selalu mengomel. Bertindaknya tidak jugak. Di situ jugak.

Situasi 3

A - Tunjukkkan sokongan anda kepada PKR dengan menekan hon 2x

B - Hon 1x = 1 undi Pas

Aku selalu dengar di dalam media perdana yang undi itu adalah rahsia. Jadi mengapa perlu di war-warkan dengan memicit hon di kenderaan masing-masing ? Lagi pula, yang memegang banner hon sana hon sini itu, mengapa di tutup wajahnya? Undi adalah rahsia. Undi adalah hak peribadi setiap wargaegara Malaysia yang berdaftar. Berkempen ? Ada banyak cara lain yang lebih efektif pada hemat aku.

Sekianlah ruang pandang aku. Banyak lagi sebenaranya telatah karenah rakyat Malaysia ni. Kawan-kawan aku sendiri pun ada jugak cakap serupa orang tak ada limitasi dalam percakapan. Apa-apa pun la fahaman atau orientasi kau tapi bahasa kau nak jugak kena jaga. Kita agama Islam. Dalam agama kita tak suruh kita curse orang tu curse orang ni.

Medium meluahkan ketidak puasan hati itu banyak lagi. Kita semua golongan berpendidikan. Tipulah kalau kata kita orang yang hidup di zaman 2013 ini tiada pendidikan. Jadi, oleh itu bicaralah seperti orang yang ada pendidikan. Adab bercakap, adab menulis tu tolonglah jaga. Macam-macam aku dengar. Macam-macam aku baca.

Duduk sejenak untuk berfikir apa telah kita buat, apa telah kita cakap. berfikir paksi yang benar maka benarlah jadinnya. Dan vice versa.


No comments:

Post a Comment