Nak ambil gambar semua macam ni agak susah. But, we've made it!
Kali ini aku menulis atas tiket untuk tatapan adik-adik KBM 220 Kumpulan 5A. Jadi sewajarnya kalau aku gantikan diri aku dengan Kak Anis. Lebih sopan didengar. Tapi, tak applicable untuk Mustaqiem, Kalap and Shafiq sebab depa tak pernah "Kak Anis"kan aku. Kahkahkahkah
Kena prepare sikit. Entri ini entri panjang berjela. ^_______^
Alright. Alright. Back to the mood. Actually. Mood sebak ni masa tulis ni. Sangat-sangat sebak.
I don't have any skills nak kait-kait love kaler pink kaler biru semua untuk korang. Duit pun takde lah banyak mana nak beli rumah kat korang sorang satu. Kata-kata pun tak power macam Shafiq untuk gambarkan betapa appriciatenya Kak Anis to each of korang yang berada dalam kehidupan Kak Anis sepanjang 2 tahun setengah ni.
Kak Anis sayang sangat kat korang. Sangat-sangat sayang dan sangat-sangat sedih sebab dah tak dapat jumpa. I mean, we can still meet but moment pergi kelas hari-hari tu dah takde. Moment Kak Anis mintak air and mintak food kat korang tu dah takde. Moment duduk sama-sama dah takde. Moment menggila dalam kelas camwhore pun dah takde. Banyak kalau nak list.
Moment pergi Ketapang. Moment pergi Ulu Legong. Moment main tuju kasut kat Padang Kota. Moment main kad dekat Mc Donalds Gurney. Moment trekking sesama. Moment makan sama-sama kat macam-macam tempat. De Pauh la. Apa benda Mutiara tu lah. Semua segala tu.
Moment-moment ni yang Kak Anis rasa akan rindu. Dan yang paling rindu sekali. Yang ni yang paling ingat dan paling terkesan dalam hati.
Moment pergi hantar korang semua naik bas balik kampung. Benda simple. Tapi, Kak Anis sangat ingat sampai hari ini. Dan akan terus ingat sampai bila-bila.
Lagi satu kenangan event menenrobos terobos tu semua. Kita berjaya kerja under pressure walaupun pelbagai masalah yang timbul. Peribadi, tak peribadi. Rasmi atau tidak rasmi. Masalah dalaman mahupun luaran tapi oleh kerana sisi kematangan oleh semua dari kita, kita boleh face it. Alhamdulillah.
So, Kak Anis rasa nak appreciate setiap dari korang yang datang dan warnai hidup Kak Anis dan mengajar erti kematangan, erti sebuah persahabatan, erti usaha tangga kejayaan, erti jerih perih usaha, bantu dari segi pelajaran dan kehidupan dan segala benda dalam hidup.
Shafiq Nasaruddin
Seorang sahabat yang sangat-sangat baik. Sangat membantu dari segala segi bentuk pelajaran. Terima kasih atas semua ilmu yang you pernah bagi kat I secara langsung mahupun tidak langsung. Baideway, nama you paling atas sebab you mantan YDP. Haha. Yes, I rasa lost sikit ke semua kot I rasa masa you jadi MPP sebab you takdak masa sangat untuk kami-kami ni semua. Yelah. Busy kan? Paham. Tapi, masa part 5 you banyak sangat masa untuk kita-kita semua. Dan, masih tidak berubah kemasukan air dalam diri tu. Baguslah abang MPP. Kihkihkih... But, seriously. You bring bright colour into my life. Thanks for everything. And you antara kawan-kawan first yang I dapat masa jejak kaki kat sini. Thanks for being a good friend and all your kind help ok Shapit! All the best!
Yess. I look "gemuk" dalam ni, but who cares..? Kan?
Aidil Amaruddin
Tak tau macam mana nak describe awak ni. Tapi, semoga kahwin cepat dengan Shah 'Amira tu. Sebut betul-betul tau nama dia. Nanti tak sah nikah tu. Hehe.. But, all in all Aidil ni sangat bagus. Sangat lembut perwatakan. Lembut bukan lembut as in "nyah" tu. Tapi, sangat gentle. Sesuai la dengan Kechik yang firm tu. Eh? Still. Stay intelligent. Stay bright! Stay Lee Minho! Stay Lee Gwang Soo! Stay stylish! Stay sweet! Tak tau macam mana nak cakap, tapi Aidil ni sangat baik. Thanks for any help that you gave. I am truly appriciate it all. Serious.
Ashraf Kalaff
Salah seorang bapak ayam yang bertanggungjawab dalam most of "trip" yang melibatkan kita semua. Dia tak bersama kita since part 1 pun but still he's very close to us. Kesian dia masa time exam tu ajak pi merata tak dapat sambutan sangat. Tapi, berjaya la jugak pi Ketapang and one other place. Kenal Kalap ni first nampak baik handsome. Masa kat Sosec especially. But, semua tu penipuan. Sudah la masuk ayaq, mulut longkang, suka berscandal dengan Shapit and Aidil pulak tu. Huh! Sekali ja aku tengok hang senyap Kalap. Ada satu time hang kena bahan dengan Ozir. Time lain hang punya mulut macam keluaq volcano! Haha... Still, aku nak wish hang semoga bahagia dengan Fira dan cepat menikah. Buat bagi grand noh... And, I wanna thank you for any kind of help yang hang pernah bagi sama ada secara langsung mahupun tidak. Thank you Kalap.
Siti Shah 'Amira
Taktau kenapa, awak saya rasa paling senang bercerita semua benda. You're fun to be with. As fun as Aidil. Serious talk. Haha. Thanks atas semua ngomelan tak matang saya yang awak pernah dengar. Semua notes yang pernah bagi pinjam. Semua ilmu yang pernah bagi. Thank you. Serious bila saya ingat balik, banyak gila cerita kurang matang dari hati diluahkan kepada awak. Dan awak pun kemain tabah lagi mendengar. I thank you for that. Seriously. And, stop being too fragile. Or else masa nikah dengan Aidil nanti Biro Fasiliti nak kena prepare sekotak tisu pulak kan. Haha. And once again. Thanks for the Kamala colour that you have bring into my life. That was so colourful.. Rasa macam nak menari sangat. Thank you ok Kechik bin Besaq! :)
Gugurnya air mata pengorbanan seorang Kamala untuk event menerobos terobos!
Nurazah Hamidon
First of all, kita nak jealous sebab awak dapat boyfriend handsome yang masuk air. Serious jealous. Macam mana boleh mengorat manusia handsome dan gemuk tu...? Eh? Haha... Anyway, anyhow. Stay cute. Stay loud. Stay cool. Seriously baru tau yang Kunyit Nyit Nyit ni sebenarnya sangat cool gila. Thanks untuk semua plan get together kita yang awak pernah initiate. Terima kasih sangat sebab without you kita semua takkan ada event menyatukan silaturahim sesama kita. Thanks sebab penah belanja kite-kite makan seafood. Thanks sebab memberi warna indah dalam KBM 220 Group A terutamanya. Walaupun behaviour Shapit ada and Shapit takda awak jadi lain but, you're still cute anyway. Haha.. Again. Sorry for everything and thanks to any help you gave secara langsung mahupun tidak. Terima kasih banyak-banyak.
Saya nampak kurus dalam gambar ni. Hehe
Dalila Dee Dee
Apa-apa pun Lee Minho masih tetap handsome dari Lee Hyun Joong. Seriously. Haha.. Baru saya tahu rupanya pelakon air mata jugak. Tak lebih tak kurang nak dibandingkan dengan Kechik bin Besaq tu. Haha.. Anyway, selamat melansungkan perkahwinan dengan Amir ok. Ingat biro-biro dan ahli jawatankuasa semua ada untuk membantu. Jangan risau tu semua. Nak saya jemput Diana Amir datang pun kita boleh usahakan. Kahkahkah... Baideway, thank for every korean thoughts yang kita pernah share. Thanks jugak untuk ilmu-ilmu bermanfaat yang pernah diberikan. Terima kasih sangat-sangat.
Again. Saya nampak kurus dalam ni. Hehe
Hidayah Subri
Sesungguhnya, diriku teramat jeles dengan kegebuan yang dirimu miliki. Buat lagumana yang boleh putih sangat taktau? Serious puji ni sebab nak mintak tolong suruh kirim salam. Kahkahkah... Anyway, terima kasih la sebab menjadi manusia yang tak pernah and tak reti marah orang langsung walaupun personaliti agak berbeza di dalam laman sosial twitter. Haha. Terima kasih kerana menjadi sangat fun. Serious cakap, bebudak rumah korang memang sangat fun. Walaupun sem ni Kak Anis jarang lepak rumah korang macam sem-sem lepas tapi, korang tetap fun. Dan Dayah. Ya Allah. Still jealous oi dengan gebu beliau. Terima kasih kerana mewarnai mata Kak Anis dengan kegebuan mu itu. Haha. Okay. I kirim salam dekat anak menakan I okay. Anyway, terima kasih untuk semua sekali tau. And, terima kasih sebab penah bagi pinjam casing Blackberry okay. Casing tu sangat memikat hati. Hehe
Aimi Liver
Stay loud! Seriously, stay loud! Stay Liver! I am Man U supporter but I don't have any info about Man U like you have about Liverpool. But please. Mohon lebihkan sikit lagi hormon perempuan dalam diri tu. Sem ni dah nampaklah jugak sikit-sikit perempuan tu. Tapi, kalau boleh banyakkan lagi tu lagilah bagus. Seriously, nampak cantik pakai baju kurung. Brooch bunga-bunga tu. Seriously tak tipu. So, kalau tambah keayuan tu pakai heels ke, jalan lebih tersusun ke, makanya akan lebih bertambah ayu di situ. Make sikit je muka tu. Letak bedak, eyeliner plus lipstick sikit. Just basic one. No harm trying. Baru boleh mengorat pakwe Liverpool. Hehehe
Hamidah
Stay comel okay. But, please. Aggressive sikit. Lembut sangat ni. Macam mana la nak lemah lembut macam Midah? Kak Anis sangat admire kelembutan Midah. Lepas tu macam mana Midah stay lembut dengan rakan serumah yang subhanallah punya havoc kalau letak kat satu tempat. Bising dan riuh kemain. Apa-apapun Midah. Terima kasih for the colours you bring okay. Kak Anis akan simpan your sweet smile inside my heart. Stay sweet! All the best okay Midah! ^______^
Ku Mustaqiem
Seorang bapak ayam lagi selepas Kalap. Mulut longkang. Tapi, dia sangat memainkan peranan as hangpa punya abang long kawasan. Sabaq ja melayan hampa (kot). Sentiasa aware dengan "Datin". Tapi, still bawak hampa semua naik Unser kalau pi mana-mana. Dia ni saja manusia yang panjat pagar rumah sendir sebab nak masuk rumah and nak keluar rumah. Mulut longkang tu jantan habeh. Tengok ke hobi suka mengait tu jadi hairan laki ke perempuan dia ni. Hahaha.. But, anyway thanks for the lovely gift. Sangat terima kasih because the thoughts that count. Terima kasih jugak untuk bantuan yang you pernah bagi kat I sama ada secara langsung mahupun tidak secara langsung. Even you dah tak selalu dan sekerap dulu with us, but you tinggalkan banyak jugak kenangan-kenangan indah buat kami and I am sincerely thank you for that, Mustaqiem. All the best. Till we meet again. Stay Abang Long for us! :)
Ni gambaq paling cool Mustaqiem penah pose. Kahkahkahkah
Amali a.k.a Emily
Baik budaknya. Admire dia punya knowledge pasal agama. Sangat admire. Teringin nak jadi seperti dia satu hari nanti. Terima kasih Amali sebab membuka perspektif Kak Anis dalam aspek keagamaan dengan lebih luas. Dengan lebih terbuka. Dan menjelaskan betapa Islam itu satu agama yang mudah. Thank untuk semua pendapat dan knowledge yang kita pernah share. Terima kasih banyak okay Amali. Kahwin jangan lupa jemput. Nak duduk meja VIP tau. Hehe
Rindu pulak kat Abang Farid. Hehe
Liyana Masrom a.k.a Nana
Hai Nana. Entah bila la nak boleh naik kereta baru awak tu kan? Well, kahwin jangan lupa jemput. Ingat biro-biro sedia ada. Baideway, saya nak terima kasih kat awak atas segala jasa bakti yang pernah awak bagi sepanjang persahabatan 2 tahun setengah ni. Terima kasih jugak atas semua kenangan-kenangan indah yang pernah kita kongsi bersama. Semoga stay cute okay Nana. Stay fun. Stay havoc yang penting! Kahkahkahkah. Selamat bakal bertunang okay! :)
Cool kan gambar ni? Suka tengok sebab saya nampak kurus. Hehe
Ismi Ct a.k.a Hajar
Budak ni manja bebenor. Kak Anis ingat lagi betapa fragilenya budak ni masa Banana Boat kat Feringhi dengan naik Tarzan Swing tu. Sampai menangis. Haha. Lawak bebenor nampaknya beliau. Dalam kelas diam je tak banyak cakapa sangat. Tapi, dalam diam manje sangat lahai budak ni. Mungkin dengan pakwe lebih manja kita taktau kan? Haha... Anyway, terima kasih okay Hajar kalau ada membantu Kak Anis dari segala segi mahupun secara langsung ataupun tidak langsung. Kak Anis appriciate semua tu dan akan selalu dikenang dalam hidup. Hehe
Cuba cari mana Hajar? Hehehe
Rohana Ana ke Ana Rohana
Nampak macam lampi tapi sebenarnya tak. First time tengok nangis is on 20 Januari 2014. Masih berperasaan walaupun suka tengok cerita hantu. Masih ada jiwa perempuan dalam hati. Masih wanita dalam diri. Tak lari dari beremosi. Tak banyak Kak Anis nak cakap pasal Ana sebab Ana macam reserve sikit. Sama maca Midah. Tapi, Midah lagi cute okay. Haha. Tapi, apa-apapun awak pun cute jugak. Thanks tau untuk semua kenangan manis yang penah bagi. Kenangan pahit masam busuk takde rasanya. Indah-indah je dengan korang ni. Hahaha. Thank you again. And again, you look cute when you're not wearing tudung. But, pakai tudung nampak lebih sopan. Seriously, a compliment deep inside my heart. Hehe..
Ain Z
Seganas-ganas Aimi, takde sapa boleh lawan brutalnya Ain Z. Hehe. Terima kasih kerana mewarnai kebrutalan KBM 220 Kumpulan A okay cik kak. Entahlah. But, there something in you di sebalik brutal awak tu. Dalam bebudak tu semua dok nangis awak riang gembira je saya tengok. Tapi, saya pun tak nangis semalam. So, kita sama-sama hati kental okay. Hahaha... Terima kasih okay sebab jadi sebahagian dari kenangan paling indah dalam hidup Kak Anis. Thanks a lot tau Ain Z.. Kak Anis sangat appriciate. Hehe
BM 220 5A - BBA (Hons) (Marketing)
Terima kasih semuanya atas kenangan paling indah ini. Kak Anis akan simpan teguh dan kejap dalam hati. 2 tahun setengah yang penuh halangan dan rintangan tapi bahagia dengan kehadiran awak-awak semua. Thank you again. This song dedicated for you guys.
You raised me up, so I can stand on mountains
You raise me up, to walk on stormy seas
I am strong when I am on your shoulders
You raise me up ..
To more than I can be ..
TERIMA KASIH SEMUA SAHABAT. TERIMA KASIH UNTUK SEMUANYA..
I LOVE YOU GUYS. I LOVE YOU GUYS SO MUCH...
p/s : Kenapa semua gambar ada gambar saya? Tertanya-tanya kan? Sebab.. Ini blog saya. Haha







No comments:
Post a Comment