July 08, 2011

~Perihal Tentang Kepantasan~

Kepantasan...dalam kepala aku hanya muncul dua nama tatkala ni...

lari macam mana taktau buleh dok pi jadi below 10 seconds...huh!

aku taktau la kalau ada lagi laju dari dia...setakat yang aku tau dia ja...:)

Ya...betul tu...kepantasan sangat berkait intim dengan sukan..sukan mengkehendakan komitmen kepantasan yang bukan sedikit..penah tak tgk kat olimpik pastu dia crown yang last place tu dengan gold medal...?xpenah kan..?jadi kepantasan ini amatlah penting dalam keperluan harian...hatta dalam alam pekerjaan sekalipun, kne buat kerja dengan pantas...kalau lembab2 sgt anti memang selamatlah kne buang keja kan...?;)

NAMUN !

Cita2 aku bukanlah untuk menjadi pengulas sukan dalam entry kali ini..tapi, tujuan utama sebenar aku adalah untuk menyatakan kekaguman aku tentang perihal 'kepantasan' yang wujud sejak zaman Hang Tuah lagi dalam diri kita masyarakat Melayu ni..aku takmau cakap pasal obesi sana sebab ruang yang aku berada hanya dalam Malaysia ni saja...dan aku juga takmahu mengaitkan perkara ini dengan masyarakat Cina dan India bagi mengelakkan unsur2 racist dalam entry ni...xmau masuk ISA ok! :P

Okay...ape je yang ingin aku kongsi tentang perihal kepantasan dalam masyarakat Melayu ni...? 

"The ability to find other people's mistake.." 

learn to accept the mistakes especially other people's mistake...

Tidakkah kita sedar yang kesilapan itu sebenarnya adalah satu pelajaran yang paling berharga dalam hidup...?bagi aku sendiri, aku ambil kesilapan tu sebagai satu learning process yang sangat berharga kerana dari kesilapan yang kita buat kita akan dapat tau tentang kekurangan dan kelebihan yang ada daam diri kita sekaligus kita akan menxari jalan untuk melakukan dengan lebih baik supaya kesilapan tu tak berulang lagi...siapa yang tak pernah buat silap..?siapa yang tak pernah tersalah langkah..?siapa yang sempurna...?kita takboleh nak expect sorang tu perfect everything dan takkan lakukan sekelumit kesilapan pun sebab nature manusia tu macam mana pun dia akan buat kesilapan...kalau dia takbuat mistakes maknanya dia bukan manusia...mesti dia alien dari planet Zuhrah punya la..xyah tnya lebih ok...memang sah dh ! :P

Hakikatnya, apa saja creation dari Allah s.w.t adalah creation yang serba kekurangan dan terdedah kepada melakukan kesilapan..bukan Tipah je buat silap..kadang2 kita pun buat silap sama macam Tipah buat..jadi kenapa nak menghukum Tipah dengan buat page kat Facebook 'Semoga Tipah Cepat2 Bertaubat'..? upload video kat youtube 'Benci Tipah Sangat2'...?tidakkah perkara ini terlalu childish untuk kita buat..?memang analoginya kita menggunakkan medium maya yang kononnya lebih up todate dan intellectual sebagai perantara tapi fitrahnya tetap sama jugak dengan kes budak2 tadika gaduh berebut pemadam...cuba kita down memory lane sat sama2...betul ke tak konsepnya sama...?

In stead of kita cari kesalahan orang lain and create havoc kat fb dan twitter (artis pun buat ok), baik kita tgk diri kita sendiri, muhasabah diri kita sendiri..fikir sejenak...sempurnakah kita untuk bercakap tak baik...?jangan terlalu mengambil berat tentang perihal orang lain yang akhirnya kelak akan memudaratkan kita...jangan terlalu judgemental dengan apa yang kita nampak sebab looks can be deceiving..jangan kita terlalu buang masa buat perkara2 yang tak berfaedah ni...

Pasaipa nak jadi isu dia pakai tudung ka x, dia speaking english even dia mai dr Kokdiang ke, Amir Maharaja Lawak tu tak lawak ke, dia pakai BMW sebab sugar daday dia bagi ke, dia handsome sangat mesti sebab dia gay ke ape ke jangan la nak rancak sangat condemn...OK! criticism tu tak salah..memang ada baiknya....tapi jangan sampai menyinggung perasaan...kan kita orang Melayu..?penuh dengan adab sopan dan bertatasusila...?nak tegur orang mesti la ada adab kan..?dok pi buat keja sia2 create fan page, group segala bagai for the sake nak suruh dia sedar pasaipa??? ada akai dak..?? 

Pasaipa tak ambil pendekatan approach je orang yang konon buat salah sampai sakit mata nak tgk tu then cakap kat dia elok2...first tu cakap kat dia apa yang dia buat korang sakit mata sangat then counter balik apa yang dia boleh buat untuk jadikan diri dia lebih baik...macam ni..

Timah :: Ko tau tak yang aku takboleh nak tgk sikit kalau ko pakai baju macam ni...yelah..ko tu kan berisi sikit..kalau pakai baju ketat2 ni kan nanti nampak ko lagi berisi tau...---->> jangan cakap gemuk sebab perkataan ni terlalu sensitif bagi sesetengah orang..

Senah :: Yelah...aku tahu tu...tapi aku pun nak jadi fashionista jugak..?aku pun nak gak jadi cam Tyra Banks...huhuhuhu

Timah :: Yelah..aku tahu tu...tapi, body ko tak sesuai la...ape kata ko pakai baju macam Oprah selalu pakai tu...?kan aku tgk ko lebih kurang je badan macam dia...lagi style beb...kan?

Senah :: Ha'ah kan..?xperlu la orang nak pandang2 jeling2 sambil melemparkan senyuman sinis kat aku dah pasni kan..?terima kasih Timah..ko la kawan aku terbaik sedunia...jom aku belanja ko Kenny Rogers..heheheh

Timah :: Jyyeeaaahhh !!! weehuuuuu !!!

Tu kalau sakit mata sangat la..dan tak sanggup nak tgk kawan korang tu jadi bahan orang lain kan...tak sa;ah kita nak cakap apa yang dia buat tu salah...tapi cara kita nak bagitahu tu kena betul la...jangan sampai memalukan dia pulak...tak baik la macam tu...cakap elok2 apa yang tak kena kat dalam diri dia dan counter balik...orang pun takde la sampai nak terasa sangat dengan kita kan...?masyarakat pun lebih harmoni...untung2 nanti kalau kita buat silap ada gak orang datang tegur kita kan...:)

Bukan aku nak cakap aku ni tak pernah buat silap..in fact aku rasa aku banyak buat silap..hatta umur da 23 tahun ni pun still kena tegur dengan my parents lagi...semua benda aku buat pun still mak dengan bapak kena monitor lagi...sebab aku tak sempurna...aku memerlukan orang2 sekeling aku untuk membantu aku supayajadi lebih baik..bukan jadi lebih buruk...:)

Nah, apakata kita sama2 gunakan kepantasan kita mencari kesalahan orang lain tu kepada kepantasan untuk sama2 membetulkan sesama kita...bukan ke lebih baik...?hidup bermasyarakat...xd hasad dengki..kan lebih aman damai dan makmur hendaknya nanti..

Okaylah...fb chat dok berbunyi2 meriah membuatkan aku hilang tumpuan ni...makanya...renungkanlah pendapat aku ni..gambar memang tak banyak sangat sebab dun feel like putting any...:p

p/s :: aku tau aku ngada letak gamba usain bolt n iaan thorpe yang xd kena mengena tu...ahahahahahah

No comments:

Post a Comment