July 06, 2011

~Pilihan Yang Dipilih~

the art of choosing....berbeza2 antara semua...

Okay...

kita xboleh kata apa2 la kalu sorang tu suka minum Milo daripada minum kopi...suka makan ketam dari makan udang..suka main The Sim dari Diner Dash...suka Blackberry dari iPhone..suka HP dari Acer..suka makan chocolate banana dari chocolate indulgence..suka makan McD dari KFC..suka Facebook dari suka Twitter...suka cerita korea dari cerita Tamil...suka Transformers dari suka Pirates of the Carribean...suka CSI : Miami dari Hawaii Five 0..suka Tiz Zaqyah dari Fasha Sandha..suka Manchester United dari suka Liverpool..lagi suka Domino's Pizza dari Pizza Hut...bla bla bla bla bla bla.....

aku pilih untuk suka Manchester United...:)

Kita semua ada hak individu sendiri untuk suka apa yang kita nak suka..untuk xsuka apa yang kita taksuka...untuk terima apa yang kita suka dan untuk decline apa yang kita taksuka..setiap individu di muka bumi yang hidup di dunia yang serba indah  ni ada keseukaan dan ketaksukaan masing2..kita takboleh paksa orang tu tgk Criminal Minds kalau dia lagi suka tgk Desperate Housewife...kita tak boleh la nak paksa dia main Angry Birds jugak2 kalau dia lagi prefer main Dota...semua tu hak masing2 la...kalau kita paksa dia suka apa yang dia taksuka maknanya dia dah tak bebas la...kita kena sedar la sama2 benda ni...biaq kat dia la nak suka apa pun..pasaipa nak p condemn dia and kata soh dia try main Dinner Dash dlu baru dia tau syok ka tak...?kalau dah dia suka main FarmVille...biaq la dia main sorang2..dok p kacau pasaipa..?kalau dia nk try xyah tgu orang suggest pun dia dah try la...btw...aku suka main Dinner Dash sebab aku xpenah main FarmVille...hehehhee

tak duit nak beli iPad main kat google chrome je lah yang mampu pun..currently tgh struggle stage 4.:P

Okay..
Ni lagi satu yang aku kurang gemar...kita sebagai manusia amnya ataupun melayu khususnya mempunyai nilai2 estetika yang tinggi iaitu adab menjaga hati...adab menjaga hati ni kira sama la macam teori white lies yang aku cakap kat sini..analoginya begini...ada satu kawan aku offer aku join satu benda yang agak similar dengan MLM..honest cakap la...aku memang kurang gemar sikit dengan benda2 yang berkait dengan MLM ni..memang skeptical sikit..tapi bagi aku yang banyak berfikir dan lihat sekarang ni MLM ni tak berapa membuatkan aku eksaited sangat..rotate2 duit ni memang buat aku jadi takpaham...jadi aku taksuka buat benda yang aku takpaham..memang la diorang akan cakap 'aku tak paksa hang join' but at the same time dorg akan cakap 'aku nak tolong hang jadi kaya ja..hang pilih la nk kaya ka nak kayap'....jadi aku pilih nk jadi kayap la kalau ikut pada pilihan yang ada...so, memandangkan aku yang pilih, jadi aku yang akan tanggung risiko dia..aku paham dia nak tolong aku..tapi aku pilih jalan ni...tapi yang buat aku sakit hati sikit la...sebab aku reason dia aku nak pakai duit untuk aku masuk degree nanti...yelah..apa2 kalau baru nak masuk ni memang la pakai duit banyak kan...sum more sekarang adik aku kat Melaka tu pulak...lagi la banyak bapak aku nak guna...Tok aku pun bapak aku sponsor..sewa rumah lagi..ni bapak aku nak beli motor baru pulak..takkan la aku buta perut nak pi mintak kat bapak aku lagi kot..so..aku cakap la kat hamba allah yang berniat nak bantu ni bahawasanya aku nak sambung degree dan nak pakai duit..boleh dia kata kat aku degree ni tak penting...dia reason aku cakap lecturer dia yang ada Master tu pun tak cukup makan...memang la degree ni tak baguih mana pun..ye..aku tau yang degree ni ciput je pun..tapi aku pilih untuk sambung degree sebab masa ni aku rasa degree ni priority aku dan aku rasa boleh menjamin masa depan aku lebih dari MLM yang aku masih takpasti mana arah tujunya..sekurang2nya kalau aku ada degree aku boleh sambung ke Master dan seterusnya PhD...kita hidup ni kena buat pilihan berdasarkan priority..bukan buat pilihan ikut hawa nafsu...memang la ada degree ni takboleh nak pakai Bentley macam Edry KRU...tapi xdelah sampai merempat di tepi jalan kan..?kalaupun nanti lepas aku habis degree aku takde keja pun, goverment stil provide loan untuk buat bisnes kecik2 untuk usahawan bumiputera ni...aku memilih untuk cari duit macam tu dari cari duit dengan cara merotate duit..mungkin betulah dia cakap yang melayu memang macam ni..suka beralasan dan takmahu majukan diri..tapi aku rasa kalau aku memilih untuk macam ni aku rasa diri aku bukanlah ke belakang sangat pun...mungkin dia dah maju bertapak2 dan aku melangkah setapak demi setapak dengan perlahannya...biarlah...orang kata kalau kita lambat naik maknanya lambatlah kita turun..tapi kalau cepat naik tu, fikirlah sendiri...

Ya...aku puji cara dia untuk majukan diri dia...memang nampak dia banyak berubah dari dulu dengan sekarang ni...makin cantik makin berjaya..tapi tu cara yang dia pilih untuk majukan hidup dia dan dia takboleh expect aku untuk pilih jalan yang sama macam dia..aku ada jalan aku sendiri dan cara berfikir aku sendiri...dan dia pulak ada jan dan cara fikir dia sendiri...kita manusia ada jalan hidup yang berbeza dan kita sendiri akan pilih jalan hidup kita sendiri yang kita rasa betul..memang la sometime kita pilih jalan yang salah, tapi jadikan itu sebagai salah satu cara uintuk kita belajar mencorakkan hidup kita untuk menjadi lebih baik...sebab bila kita takbuat salah kita tak tahu apa rasa masa kita buat salah tu..taksama tgk dari kesalahan orang lain dan kita merasa sendiri..dua perkara yang amat berbeza...biar la aku slow2 fikir cara untuk majukan diri aku..aku memilih untuk naik slow2...aku memilih untuk xmaju (seperti kata dia)...biarlah aku memilih cara ni sebab aku bahagia dengan pilihan aku ni so far...mak bapak aku pun proud of me...sape2 yang pandang aku ni takleh maju pun dh da perception yang lain dari sebelum ni..

So..pilihan yang boleh kita buat bukan bergantung pada orang lain...tapi diri sendiri..percaya pada diri sendiri tu yang penting....aku ambil contoh yang maybe semua orang boleh nampak ok...Dalam cite 'Slumdog Millianaire' (sape xpenah tgk g je hadap HBO cen..beribu kali dok ulang)...ada satu scene tu, masa tanya soalan pasal cricket player kot xsalah aku...the answer shud be D i guess...then masa commercial break, Anil Kapoor bg jawapan kat budak tu yang mana jawapan yang diberi ialah B...budak tu boleh buat pilihan untuk trust Anil Kapoor or untuk x trust Anil Kapoor...And, at the end of the day. dia choose untuk x percaya kat Anil Kapoor dan percaya pada diri dia sendiri...eventually, dengan percaya pada diri dia sendiri he can move to the next round..see..?dia bebas buat pilihan dan alhamdulillah pilihan yang dia buat tu betul...

aku suke dengar budak tu speaking...:)

So, pilihan tu ada kat tangan kita...jangan kita nak terpengaruh sangat memilih perkara yang kelak akan membuatkan kita menyesal serta menambahkan burden kat kita..buat apa...?kita susah orang takkan pilih untuk tolong kita...jadi kita tanggung sendiri...harapnya kita bakal membuat pilihan yang terbaik dan melangkah ke arah yang lebih baik...

p/s :: mungkin entry agak ego sebab memang tgh emo...lalalalalalala

No comments:

Post a Comment