Kisahnya bermula macam ni...aku sebenarnya nak pergi beli selendang dengan sepupu aku yang baru pulang dari Langkawi...hari lain aku tak boleh pergi sebab aku sibuk dengan tugasan-tugasan seharian aku..nak dijadikan cerita aku telah terlupa colour baju aku tu jadi aku pun mengambil keputusan untuk pergi je ke rumah tailor mak aku tu untuk ambil sedikit contoh kain supaya aku boleh pi match dengan selendang mana yang aku nak beli tu supaya lebih accurate..takut nanti jadi awkward sangat pulak kalau colour selendang tak sama range dengan colour baju kan...perempuan ni kan cerewet sikit...dan aku pun taknak la jadi fashion victim OKAY ! hahahah
NAMUN....yang nak dijadikan cerita lagi adalah aku lupa pulak dah mana letaknya rumah tailor mak aku tu...aku pun tanya la jalan kat mak aku...so mak aku pun petua la jalan supaya aku lebih tahu..even aku pernah la jugak ikut mak aku pi rumah Kak Lela tu tapi aku manusia biasa..kadangkala agak terkhilaf la kan...jadi tersalah la rumah...some more rumah kat Taman Tengku Sarina tu rumah dia almost the same...colour sume nak orange je...pungkoq depa betoi dok pi cat bagi sama semua pasai apa...!!! tak pasai pasai ja !! huh !
Tapi, aku ala ala yakin la tu rumah Kak Lela sebab memang la rumah Kak Lela colour orange pun...(dan dan aku rasa nak benci dengan colour orange!)..so dengan tawadduk dan fathonahnya aku pun memberi salam la kepada sang empunya rumah...adat la datang rumah orang bagi salam kan...takkan nak main redah je...tapi, tuan punya rumah tak bukak2 jugak pintu rumah depa...jadi aku assume la yang maybe orang di dalam tak dengar ke, duduk kat dapur ke, bunyi bising tv ke...sebab rumah kat Taman Tengku Sarina ni dia agak memanjang ke belakang..so aku hanya melakukan kesimpulan yang logik...unfortunately, selangka dua aku menjejakkan kaki ke dalam kawasan rumah itu, tuan di dalam membuka pintu rumah...baru tergedik nak bukak bila nampak aku masuk...huh !
Aku :: Assalamualaikum...
Aku tunggu kakak tu jawab...tapi dia tak jawab pun..
Kakak yang tak dak budi bahasa :: Ada apa...?
Aku :: Nak tanya sikit, ni rumah Kak Lela ke...?yang buat baju tu...?
Kakak yang tak dak budi bahasa :: Takde..tak de....
Dia jawab sambil ye ye geleng kepala and tangan nak gawang..konon2 gesture nak habaq kata memang tak dak la manusia nama Kak Lela tu...sambil tutup pintu pulak tu...sunggup biadap dah tang situ....tapi, tiba2 dia bukak balik pintu rumah dia...
Kakak yang tak dak budi bahasa :: Tolong tutup pintu bagi rapat boleh tak...???
Aku :: Okay..okay..tapi kak takkan tak kenal kot Kak Lela tu..?dia sorang je yang buat baju kat sini kan....?
Kakak yang tak dak budi bahasa :: Takpaham ke orang cakap tak dak...?ni...diam boleh tak...?anak aku nak tidoq ???
Aku :: Eh..eh...aku tanya ja pun...apa masalah ang ni...?tak boleh jawab elok2 ke...?
Kakak yang tak dak budi bahasa :: Hang mai rumah orang jangan nak kurang ajaq sangat naa.....pffftttttt...
Aku :: Sapa yang kurang ajaq dulu...?hang ka aku...??
Dia tak jawab pun dan terus masuk dalam rumah sambil tutup pintu...aku pun masuk dalam kereta dan cerita la denkat sepupu aku apa yang terjadi...tapi mak aku pulak call..so, aku entertain call mak aku dulu..sambil tu aku dah nampak husband kakak yang tak berbudi bahasa tu keluar and tunjuk gesture suruh aku keluar...disebabkan aku tak keluar kerana bercakap telefon so dengan tak puas hatinya en suami yang konon sayang kat bini dia yang psyco tu pun keluar...aku tak ingat butir bicara aku, suami kakak tak berbudi bahasa, kakak tak berbudi bahasa dan sepupu aku sebab memang masa tu aku tengah panas hati orang tiba2 mai dok jerkah2 aku ! silap besar la nak cari pasal dengan aku...
Apa yang aku pasti sungguh sungguh dia kata aku bercakap kurang ajar dengan kakak tak berbudi bahasa...tapi, dia tiba yang aku rasa tak dapat melepaskan geram dia kat aku dan juga mungkin tekanan mendengar perang mulut antara aku dan kakak tak berbudi bahasa maka dia telah menepuk cermin kereta sepupu aku dengan agak kuatnya...sapa kurang ajar sekarang...?aku atau suami kakak tak berbudi bahasa...?diaorang siap tuduh aku ceroboh rumah diorang lagi dengan nak report polis bagai...?helo...?aku bagi salam kot...ceroboh ape jadah...?memang bodoh la kan Kakak tak berbudi bahasa dan Suami kakak tak berbudi bahasa....?macam sepupu aku selalu cakap la kan..bodoh tu jangan la banyak banyak sangat...sikit2 sudah la kan...heeee..kesian aku manusia macam ni..tak tau undang-undang tapi nak cakap undang-undang dengan aku...memanglah aku tak ambil Law tapi dalam course aku kami belajar kot undang-undang...dari part 4 sampai part6 ada je paper Law...
trespass = ceroboh
a wrongful interference with the possession of property (personal property as well as realty), or the action instituted to recover damages
*in case kakak tak berbudi bahasa dan suami kakak tak berbudi bahasa baca blog ni, aku provide what is the real "ceroboh" means...okay...:)
Aku sebenarnya tak suka nak cari pasal ni..nak nak pulak kita dalam bulan ramadhan yang mulia ni...lagipun pulak aku kan saudara sesama Islam...tak elok nak gaduh2 ni...si suami kakak tak berbudi bahasa tu dah semua perempuan dok tengah panas bukankah lebih baik kalau dia tone down sikit...?tak delah aku nak bertambah marah sangat...ni tidak, dengan laju dan pantasnya dia berjalan menuju ke arah aku pulak...?wajarkah aku katakan lelaki itu dayus...?tak baik kan..?mungkin dia sayang bini dia sangat sangat la kot sampai takboleh berfikir guna logik akal dia...?takpelah...sayang sangat2 kan..?untunglah dia ada suami...aku pulak tiada...so..dia ada orang backup so au takdak backup...takpelah...
Tapi, as the time passes by, aku teringat la yang dia cakap jangan bising tak nak bagi anak dia bangun konon tidur la sangat kan...yang diorang laki bini keluar bising2 tu takpe pulak...?keluar2 maki aku dengan perkataan yang tak elok sesama kita saudara seIslam ucapkan boleh pulak...?aku yang bagi salam dengan suara yang lunak merdu ni pulak boleh bagi anak diorang tu bangun..mungkin anak dia immune dengan suara yang kuat2 kot...?tak boleh2 suara slow2 bagi salam...kalau tak mesti anak dia akan bangun and nak jawab salam tu kot..?...takpelah, satu hari nanti aku akan pesan dengan sesiapa nak pergi rumah diorang bagi salam suara kuat2 okay...:)
Aku bukan nak cakap aku betul dan kakak tak berbudi bahasa dan suami kakak tak berbudi bahasa tu salah...takde isu sape salah dan sape betul...tapi, alangkah lebih baiknya kalau dia jawab elok-elok sebab in the first place aku tanya dia pun elok-elok...so..kalau Kakak tak berbudi bahasa dan Suami kakak tak berbudi bahasa tak keluar rumah marah2 mesti tak kurang pahala puasa aku..kalau diorang nak bagi pahala puasa diorang kurang biar diorang buat sama2 la...tak payah la nak ajak aku sama bagi kurang sama...aku ni nak mengejar pahala...kalaupun pahala diorang dah banyak sangat dok dalam rumah tu gaduh dua2 orang...lagi bagus...ni nak ajak2 aku pulak..
kalau ada sepuluh rumah kat situ semua nak colour ala-ala sama macam ni...
Sebenarnya kisah-kisah manusia tak berbudi bahasa ni banyak je yang berlaku kat kita dalam kehidupan sehari-hari...deal dengan pegawai ptptn, deal dengan pembantu perubatan, deal dengan budak 7E, cashier KFC, mak cik kedai kucing, kakak jual tudung kat bazar aidilfitri, mamat budget handsome jual roti john kat bazar ramadhan, kakak cashier budget hot kat mahani johari dan bagai2 lagi lah...cumanya kadang-kadang tu kita malas nak ambik port tegur yang sebenarnya tugas hakiki diorang tu tak membenarkan diorang untuk bersikap demikian...tak salah pun nak cakap kat customer dorang tu 'Terima Kasih' dengan manis muka..
So, apa kena mengena 'kurang ajar' dengan 'berbudi bahasa' ni...?bila kita belajar bagaimana nak berbudi bahasa jadi kita takkan mengalami satu perangai yang dinamakan dengan kurang ajar..bukan aku nak cakap aku tak kurang ajar..kadangkala aku pun terlepas jugak perkataan macam aku cakap kat Faizul dulu tapi kita kena la belajar dari kesilapan..jangan terlalu mengikut perasaan...pasal tadi tu memang aku mengaku aku terlalu mengikut perasaaan..cuma bagi aku, aku agak kurang senang kalau aku memulakan perbualan tu dengan berhemah tapi dibalas dengan kurang berhemah seperti itu..walau apa-apa pun kalau ada kesempatan sekali lagi aku berjumpa dengan pasangan suami isteri itu aku sama sekali tidak akan menoleh hatta untuk memandang sekali pun..kerana bagi aku apa yang Kakak tak berbudi bahasa dan Suami kakak tak berbudi bahasa lakukan is beyoond the limit and sama sekali tak wajar dilakukan oleh orang yang lebih tua dan bila seorang lelaki bertindak tanpa berfikir panjang dengan menyerang perempuan sedemikian rupa amatlah tiadak beretika..dan lagi satu..kalau kita tak belajar undang-undang janganlah kita bercakap perihal undang-undang..senang cerita kita janganlah bercakap benda yang kita tak tahu sebab kita akan menampakkan side diri kita yang kurang pandai itu...
Ini adalah ramadhan pertama aku bergaduh begitu teruk dan aku merasa amatlah tidak syok sekali..tapi, hari aku telah bertambah ceria setelah pergi berbelanja..betullah orang cakap yang shopping is the best therapy...
Hati bertambah riang gembira dengan make up baru beserta segala yang aku beli tadi..memang membolehkan niat aku bergembira dengan hanya melihatkan paper bag nya saja maka teruslah terhapus segala memory tak best yang berlaku pada awalnya tu...hehehehehe
my best ever therapy....)












