August 09, 2011

~Bicara Tentang Keagamaan~

Aku terpanggil untuk bercakap mengenai keagamaan ni secara tiba iba saja..sebetulnya, aku tidak mnenyukai untuk bercakap tentang perkara melibatkan agama ni..sementelah aku ni insan yang hina lagi dina apabila masuk tentang bab yang melibatkan kefahaman tentang amalan beragama ini...bukanlah nak menyatakan aku ni tidak langsung memahami perkara tentang Islam..tapi sebaiknya aku berdiam sahaja dan mengumpul sebanyak maklumat tentang agama yang indah lagi suci, Islam...

Aku rasa aku patut tekankan yang apa yang aku bincangkan atau kongsi disini adalah dari sudut pandangan mata kasar dan naluri hati aku sendiri...aku tak mahu nanti apa yang aku kongsi menimbulkan rasa kurang senang sesiapa sahaja yang terbaca entry ini...yelah...orang ni senang je nak nampak salah orang lain..pantang apa sikit tau nak  condemn jek...yang baik pon nampak takbaik...


ISU 1


Macam ni...ada segenap lapisan manusia yang aku kenali mengatakan aku agak western minded, terlampau bergantung kepada bangsa lain yang lebih menjurus kepada agama lain la pastinya...banyak juga mengatakan yang aku semakin dikuasi oleh mind control dari orang kafir...maksudnya non muslim la...ya..aku memang salute cara orang bukan Islam berfikir...tapi bukanlah aku menidakkan kebolehan dan keistimewaan yang ada pada rakan saudara seIslam aku..aku masih utuh menyanjung mereka...apa salahkah aku mengagumi seseorang itu walaupun dia bukan saudara seagama aku..?apa salahkah aku mengagumi Albert Eistein dalam setiap penemuanya yang masih diguna pakai sampai ke hari ini...?apa salahkah aku mengagumi Hitler dengan cara pemerintahan dia walaupun dia kejam....?apa salahkah untuk aku mengagumi rakyat China yang mampu menjadi negara maju sekalipun sebilangan besar dari mereka tidak tahu berbahasa Inggeris....?apa salahkah aku untuk mengagumi Jepun dengan barang barang mereka yang hi tech sekalipun mereka bukan saudara seagama aku....?kita harus berbalik kepada satu benda yang asas la kalau nk argue pun...segala kurnian, kehebatan, dan segala yang ada pada manusia ni tak kiralah dia seorang Islam, Kristian, Hindu, Buddha dan sebagainya lagi adalah milik Allah..bukankah dikala aku mengagumi dan menyanjugi kehebatan seseorang manusia yang bukan seagama dengan aku secara langsungnya aku mengagumi dengan kehebatan Allah swt...?kita dah belajar masa sekolah rendah dulu kan..segala apa saja yang dijadikan di dunia ini adalah kerana Allah SWT...kun fa ya kun..maka hebatlah Cina itu...kun fa ya kun..maka terciptalah teknologi2 Jepun itu..aku mengagumi semangat mereka untuk maju...semangat itu juga datangnya dari Tuhan kita..Allah swt..jika Dia tidak menurunkan semangat itu maka tidak berlakulah benda2 yang hebat itu..aku hanya insan yang hina dan serba daif dan sentiasa mengagumi dengan Kebesaranya dan Kenikmatanya...apa salahkah aku begitu...?

comel kan...?:)

ISU 2

Kenapa aku kadang suka pergi membeli barang di kedai2 Cina berbanding Melayu (Islam)...?Bukan sebab aku racist...bukan sebab aku nak buat taik kat bangsa aku sendiri..tapi, aku hanya manusia biasa yang sukakan kebersihan...kalau kedai cina or india tak bersih pun aku tak masuk jugak...bukan sebab aku saja2 xnak channel kan duit aku untuk pembanguna ummah sejagat..tapi, korang nak pulak masuk kat kedai tu kalau kedai tu kotor..?ulat sana sini..?tikus keluar masuk..?nak ke beli barang kat kedai macam tu..?tak nak kan....?lagipun, dalam Islam tu bukankah kita sepetutnya mengutamakan kebersihan...kenersihan itu salah satu benda yang penting dalam kehidupan seharian kita...Allah sendiri suka umatnya kalau umatnya itu bersih...kalau kedai Pak Man lagi bersih dari kedai Kam Seng kan, hari2 pun aku pi kedai Pak Man tu....kalau kedai Pak Ali tadak benda yang membuatkan aku kembang tengkuk, dengan berbesar hatinya aku pergi ke kedai Pak Ali hari2 beli sayur kangkung tau..jadi Pak Ali dan Pak Man...tolong jadi bersih sikit ye...saya suka kedai yang bersih dan teratur...saya suka masuk ke kedai yang bersih..:)

Pak Man and Pak Ali tolong contohi kedai ini ye...jgn slerak2 barang ok..:)

Itu mungkin serba sedikit yang dapat aku reason untuk orang2 yang menuduh aku yang macam2 tu..kadang2 kita perlu buka minda kita untuk menerima perkara perkara yang seiring dengan arus modenisasi selagi ianya tak melanggar hukum syarak dan larangan dalam agama kita..kita dikurniakan akal untuk berfikir dan gunakanlah sebaiknya..ini tak...kalau sorang kawan cakap satu benda tu haram terus terus tak sentuh...kadang2 kita kena berfikir dengan jelas...perkara yang dah memang jelas haram tu biarlah haram..jgn disentuh,,,perkara yang kita tak pasti tu baik kita pastikan je...memang la kalau kita was was tu tak elok untuk kita terus mengambilnya...tapi rasionalnya di sini adalah, kita guna akal dan fikiran...yang Allah kurniakan untuk kita supaya boleh membezakan yang halal dan haram....janagn kita terus jatuh hukum sedangkan kita sendiri tak pasti....

strawberry serious sedap nak mati...:P

p/s :: kita manusia sama saja...yang membezakan kita hanya cara kita berfikir yang membolehkan kita mencorakkan kehidupan kita menjadi lebih baik atau lebih kurang baik...

No comments:

Post a Comment