August 06, 2011

~Indah Khabar Dari Rupa~

Aku rasa semenjak aku ber'korea' dan berkucing2 ni aku semakin mengabaikan tanggungjawab aku untuk berkongsi cebisan hidup aku diruangan maya ini...rata2 blogger2 kat malaysia ni mesti akan ada entry puasa sebab sekarang ni kan bulan kita berpuasa....jadi macam2 la cerita dorang tentang puasa...aku tak baca semua entry2 puasa ni...cukuplah sekadar aku tengok title jek..ntah kenapa..aku kurang gemar baca tentang ni kot...:)..wall2 kat fb pon banyak dok share pasal kentut tak kentut la...jap ag nk dekat buka puasa maka banyak la yang wish selamat berbuka segala semua..makanya...dikesempatan ni aku nak wish kat semua umat manusia supaya SELAMAT MENUNAIKAN IBADAH BERPUASA kerana ini adalah rukun yang wajib kita tunaikan..berdosa ok tak puasa...tapi..janganlah puasa saja...rukun2 wajib yang lain pun buat la sama...kot satgi puasa tu dapat lapar dan dahaga je pulak kan...:)


NAMUN...

Ini bukanlah entry parody untuk aku juga berkongsi tentang ramadhan, pengertian ramadhan, do and donts dalam ramadhan, kenangan ramadhan dan sebagainya lagi..aku rasa terlalu cliche untuk aku coretkan tentang ramadhan..aku berpendapat bila terlalu banya sangat orang bercakap tentang ramadhan lalu apabila sesiapa singgah di blog aku ni dia akan sekali lalu ja tanpa membaca apa yang aku kongsikan bersama...

Hurmmm...byk gak aku dok cerita kat atas tentang perkara yang SATU itu kan...?heee....oklah...marilah kita terus ke point utama...apa yang aku nk kongsi bersama hari ni ye...

INDAH KHABAR DARI RUPA.....???

Apakah itu...?marilah aku clarify kan benda ni mengikut kepada situasi aku yang aku dapat rasakan sudah terpanah dengan sindrom "Indah Khabar Dari Rupa" ini..

Aku ni sebenarnya tergolong dalam golongan manusia yang bila aku tengok satu benda tu dan aku suka yang amat, by hook or by crook aku kena make sure benda belong to me jugak...kalau tak mula la termimpi2 dan meracau2 di waktu malam yang hening nanti...tapi kalau aku tak mimpi tu kira takpa lah...

So..ceritanya bermula begini...

Sebelum ni, yakni beberapa bulan yang lepas aku telah mengidamkan sejenis hp touch screen yang bisa menggegarkan jantung aku namun aku tak membeli tatkala itu kerana kekangan kewangan masa tu kerana aku ingin menggunakan wang aku untuk membeli benda yang lain..makanya kenangan tinggal kenangan la kan...jadi aku pun mnguburkan niat aku untuk memilikinya....craving aku terhadap touch screen tidaklah dapat mngatasi craving aku terhadap Manchester United kan...hik3....

NAMUN...NAMUN..NAMUN...NAMUN....

mimpi2 yang datang pada hari Khamis hari tu membuatkan aku tgedik2 jugak mengajak Fatin pergi membelinya walau apa pun halangan nya...aku yakin aku tudak akan menyesal me'let go' E71 yang aku sayang sayang dan puja2 itu demi memilikinya hp yang baru ini...aku yakin yang aku akan berbahagia dengan hp baru aku yang kononnya touch screen ni...ikut perkembangan teknologi semasa la kiranya ni...sampai dh tak dan2 tgedik2 p kedai cina tu demi mendapatkan idaman hati ini...orang kata dalam sebulan tu masa perubahan hormon perempuan tu secara amnya, apa saja yang dihajati wajarlah kita tunaikan..kelak akan mengundang bencana...katanya lah ! :)

NAMUN...NAMUN..NAMUN...NAMUN...

Keindahan yang aku sangka sampai end of time hanya berlangsung sejam selepas aku membeli hp tersebut...functionnya cukup untuk membuat aku sakit hati, sakit jiwa, sakit otak, sakit tangan, sakit kaki dan segala macam sakit lagi...main angry bird kena tolak kredit....nk msg kne focus tujuh petala langit..,nk jawab call nak slide2 bagai...nk buat wallpaper kne crop2...dan segala macam benda yang aku taksuka lagi....ya allah....!! tatkala ni aku sangat2 rindukan E71 aku...sumpah !

Tapi, barang yang lepas usahlah dikenang sangat kan...sekarang ni aku dalam peringkat men'train' diri aku untuk menyukai hp baru aku ni..dan nampaknya..hari ini berjalan dengan agak lancar dan kurang masalah yang berlaku...aku akan cuba suka sambil me'usha' line hp baru yang lebih convenient penggunaannya compare gan dis one...the first n the last aku pakai fully touch screen (sebab BB Torch pun touch screen)....

my dearest blacky wacky

Sekian.....

p/s :: aku takkan sekali2 mengidamkan touch screen hatta iPhone 4 itu sangatlah best...terima kasih...


No comments:

Post a Comment