Kenapa Justin Bieber...?
Sebab dia comel laa...
Kenapa Justin Bieber...?
Sebab Usher jumpa dia laa...
Kenapa Justin Bieber...?
Sebab lagu dia best laa...
Kenapa Justin Bieber..?
Sebab dia tak dak buat masalah apa pun dengan aku laa....
Okay..sudah dengan persoalan pasal Justin Bieber...aku menaip di sini bukan untuk mengulas tentang hubungan percintaan dia dengan Selena Gomez even rata-rata kawan aku bagitau diorang dah clash (mostly kawan aku tau aku suka Justin Bieber)...mahupun tentang kisah-kisah dia splurge duit dia dengan tak berhemah atau segala bagai lagi lah...
Aku hanya ingin menulis AKU SUKA JUSTIN BIEBER...
Itu sahaja...
Purplicious !
Jadi, kritikan-kritikan 'membina' yang aku dapat sangatlah banyak ye rakan-rakan sekalian...terlalu banyak dari terlalu ramai orang...
Bila dengar lagu 'That Should Be Me' dalam kereta mak kata "Budak ni tak baligh lagi ni..."
Bila beli kasut Nike colour purple kat Al Ikhsan, Fatin kata "Awat hang takdak colour lain dah ka...?"
Bila post kat FB 'I Love Justin Bieber', Wan akan comment "Eeeuuuuwwww..!"
Jadi kenapa aku tetap suka Justin Bieber...?
Sebab kebebasan kita nak suka apa-apa pun adalah terletak pada diri kita sendiri...kita tak perlu nak sangat-sangat suka kat Hujan semata-mata nak bagi satu gang dengan Anwar Hadi mahupun Matlutfi...
Tak perlu aku rasa semua itu...tak perlu sama sekali..
Secara peribadinya, pada awal kemunculan Justin Bieber itu sendiri aku mengaku aku agak kurang gemar dengan dia...tapi bila aku ambil masa berfikir...cari mencari sebab musabab manusia-manusia dok condemn dia..dengar-dengar lagu dia..
Aku rasa dia ni NOT BAD AT ALL....
Bukan jadi satu masalah yang besar sangat pun kalau korang cakap suara dia macam budak tak cukup umur lagi...
Album dia tetap sold out...
Dalam twitter, dia tetap dalam list Top 10 twitter trend...
Dalam Youtube, dia tetap dapat berjuta-juta viewers...
Dia tetap dapat banyak duit..
Dia tetap dapat bagi Selena Gomez macam-macam..
Dia tetap buat konsert gempak-gempak gila...
Selagi dia boleh mencari duit dengan suara dia yang macam tu biarlah dia cari duit...pandailah dia kecik-kecik dah dapat duit billion-billion...kau ada...?
Aku buat entry ni takde niat pun nak suruh korang suka dekat Justin Bieber macam aku suka...suka-suka aku pun tak delah melampau-lampau sangat..suka sekadar suka...beli kasut purple tu pun sebab purple cantik..don't you think so...?hehehe
Kita tak boleh paksa orang untuk suka apa yang kita suka...dan kita pun jangan terlampau prejudis dengan apa yang orang lain suka...sebab subjek kesukaan itu adalah subjektif..
Cumanya kita kena yakin dengan apa yang kita suka dan kita tahu apa yang kita suka...kalau kita tak tahu jangan pandai-pandai buat kepala tau pulak...tanya dekat orang yang tau...so that nanti tak delah nampak macam stupid sangat kan...
Hurmmm...so, kawan-kawan yang dengan riang gembiranya mentertawakan aku jangan la gelak dengan rancaknya lagi bila aku kata aku suka Justin Bieber...korang cuba ambil masa seminit dua try dengar lagu dia...okay je..
Mana la tahu kot-kot nanti dia jadi macam Anuar Zain ke...masa kanak-kanak riang dulu suara dia pun tak semenggah mana..at last dah besar-besar ni sedap pulak kan...*aku pun suka dengar lagu Anuar Zain jugak..:)
Aku dah ulas sampai biru mata-mata dah pasal kebebasan memilih dalam INI..so, kalau nak tahu dengan lebih detail tentang kebebasan untuk memilih ni sila la baca...
Aku taknak cerita banyak-banyak sebab aku nak bagi isi entry ni tally dengan title entry...takdelah cikgu BM aku dulu marah sebab keluar tajuk...hahahaha
Okay, kelas pagi buta besok jadi aku kena beransur la ni...kang esok tersengguk pulak dalam kelas kang..dah la kelas LAW...azab hoiii !!
So..assalamualaikum...
p/s :: aku suka Justin Bieber tapi kalau dia mai Malaysia ni tak dak makna pun aku nak pi Konsert dia...minat tu berpada-pada..bukan dia aku la nak bawak banner sambil jerit-jerit nama Justin Bieber tu..nampak benor bodohnya lah !! hahahah
p/s :: aku stress study kat sini TIAP-TIAP HARI kelas pagi buta hokayyyyy ! nyampah ! huh !

