Jadi, apa definition cantik pada aku...?
Cantik pada aku adalah seorang yang bila kita tengok muka dia aku akan tersenyum sambil dalam hati kata "cantik gila dia ni!"...cantik pada aku adalah bila betapa pleasantnya seseorang tu pada pandangan mata aku..cantik pada aku ialah bila dia asyik tersenyum kepada sesiapa yang melihat pada dia..cantik pada aku adalah betapa sederhananya dia meriaskan wajah dia...cukuplah definition tu dan korang pon rasanya dah paham kot...
dia ni pada aku cantik...
takde make up pon dia tetap cantik di mata aku...:)
Aku adalah manusia biasa yang sukakan kecantikan yang biasa-biasa saja...tak perlu terlampau memaksa diri untuk kelihatan lawa dan cantik pada pandangan mata...jangan sampai nak cucuk tang sana..cucuk tang sini...hanya untuk nampak cantik...Jadi macam Kim Kardashian baru padan muka...tidakkah ianya nampak bertambah buruk...?biar biasa-biasa saja dan biar diri kita mengalami penuaan yang normal tanpa kita mengubah apa-apa...maksud aku tanpa mengubah apa-apa tu bukanlah bermaksud orang takpayah pakai cleanser, takpayah pakai deodarant tu sume...hanya keperluan asas sahaja...jangan terlampau beria-ia hanya untuk kelihatan cantik..
'Less is more"
Aku rasa qoute tu sangat boleh untuk di'relate ' dengan perkara ini..selalunya kalau kita lihat perkara yang sederhana itu yang paling sedap mata memandang...aku lagi suka tengok Catriona Ross makeup light light je daripada make up ye2 sangat..
Kecantikan seorang isteri itu hanya untuk suaminya...
Aku bukan against benda ni tapi aku berpendapat yang sememangnya kecantikan itu untuk dilihat dan kita sebagai manusia fitrahnya amat sukakan perkara yang cantik..yang sempurna..
Metaforanya begini...kalau korang pergi Tesco...katakanlah korang nak beli barang yang ada dalam kotak la contohnya...lepas korang belek-belek barang tu korang mesti akan cari balik barang yang sama tapi dari kotak yang berlainan namun kotak itu pastinya lebih sempurna dan elok mata kita nak tengok betul tak...?korang takkan ambil barang yang kotaknya dah orang buka dan barang tu dah keluar dari kotak dia betul tak...?takpun tak payah barang dalam kotak la..barang yang tak dalam kotak pun korang akan seboleh-boleh ambik yang dia duduk kat belakang-belakang kan...?seboleh-boleh korang keluarkan yang depan-depan and ambik yang belakang punya kan..?
Sebab apa...?
Sebab mindset korang dah kata nak yang cantik elok dan sempurna...kan..?
Lain orang lain pendapatnya...dan aku berpendapat begini..
Cantik itu satu keindahan....Dan keindahan itu untuk dilihat..
Simple kan..?
Mungkin sebab rupa fizikal aku yang tak berapa cantik kot membuatkan aku berpendapat sebegini..mungkin kerana rupa fizikal aku yang tak berapa cantik kot membuat aku suka melihat benda-benda yang cantik..mungkin kerana rupa fizikal aku tidak berapa cantik membuatkan aku suka melihat kecantikan..
Itu sahaja .


No comments:
Post a Comment