November 03, 2011

~Tentang Beberapa Kisah~

Serasanya, aku lama lah jugak tak memberi sepatah beberapa kata dalam ruangan yang aku rasa menjadi teman setia aku masa cuti 4 bulan hari tu kan...?bukan apa...tak terdetik langsung di hati nak meminggirkan terus blog ni dari kotak fikiran aku...namun kesibukan aku dengan perkara-perkara rutin membuatkan masa aku agak terbatas untuk menaip dengan sepenuh konsentrasi..

Jadi, aku mengambil keputusan untuk compile ja cerita-cerita yang aku rasa nak cerita...so, enjoy...:)

Kisah Pertama :: Istiadat Konvokesyen UiTM Kali ke-75

Diploma Pengajian Perniagaan (Insurans)

Setelah aku berpenat lelah dan bersusah payah, pada tarikh 25/10/2011 bertempat di Dewan Agung Tuanku Canselor, Universiti Teknologi Mara, Kampus Shah Alam, aku berjaya bergelar Graduan Diploma Pengajian Perniagaan (Insurans)..sesungguhnya sangat la banyak liku-liku kehidupan yang terpaksa aku tempuhi sepanjang tempoh pengajian aku itu...sebab tu la aku tersenyum lebar tatkala pengambilan scroll (temanya dalam benda tu takdak pape pun..esoknya baru aku dapat transkrip segala) itu berlaku..

Masa kat Shah Alam tu aku terasa kerdil la sekali sebab sekali gan budak2 degree (Degree Masscomm belaka to be exact) dan kebetulan la pulak kawan baik aku masa sekolah pulak konvo hari yang sama...weyyy ! dia dah habis degree dah ! siap nak pi buat Master kat oversea lagi !! pasaipa aku baru part 1 degree !!!! aku sudah mula merasakan stress sebab sepanjang kehidupan dua puluhan aku dihabiskan dengan belajar !! macam mana nak round the world ni !! ish !

Takpe..takpe..aku tak stress pun..langsung tak...aku langsung langsung tak stress...sikit pun tak...ini serius....:)

Kisah Kedua :: Perkahwinan Akhirnya 

Johan dan Nurlyana

Ini lagi satu kisah gembira dalam keluarga...kami menerima ahli keluarga baru..tapi dia mai package 5 sekali...hik3...joking okay....hurrrmmm...setelah mengharungi liku-liku kisah percintaan terhalang akhirnya mereka bersatu juga...alhamdulillah...:)

Sekarang ni, dua-dua ketoi ni sedang sibuk mempersiapkan diri mengharungi alam perkahwinan yang bakal menjelma...semoga mereka bahagia bersama...insyaalah...

Tak senang untuk depa sama-sama mengharungi percintaan...kira teruk jugak la...tapi alhamdulillah semua berjalan lancar...

Makanya seorang lagi sepupu aku yang mana lebih muda dari aku telah mendirikan rumah tangga...diulangi...lebih muda dari aku...lebih muda dari aku...

Takpe..takpe..aku tak stress pun..langsung tak...aku langsung langsung tak stress...sikit pun tak...ini serius....:)

Kisah Ketiga :: Pertambahan Yang Aku Nanti-Nantikan

Ikwan Salleh dan Nadia Farina bersama pengapit di hari perkahwinan..

Ini lagi satu khabar gembira yang aku dapat kira-kira jam 1pagi buta 2 hari lepas...berita yang membuatkan mata aku dari nyawa-nyawa ikan terus bersinar megah kerana aku bakal lagi mendapat seorang 'anak' hasil perkongsiaan hidup dua manusia yang bernama BFF di atas ini..hehehe...

"Cepat dan tangkas sunggih depa buat kerja.." sambil ketawa besar mengilai tatkala girls talk dengan Ned...hehehe..

Ned or Nadia ni actually kawan aku since sekolah rendah lagi...dia ni nampak je macam berlagak tak berlagak...tapi kepala mau dok gila-gila macam aku jugak la...antara BFF yang aku sayang sangat la..dulu masa aku still study kat Melaka kan, tiap kali aku balik kampung mesti aku ber'girls day out' dengan dia..tak pernah miss langsung...

Tapi, semenjak dia bergelar isteri ni kami masih belum bertemu lagi...masing-masing sibuk dengan tugasan hakiki masing-masing...dia sibuk bersama suami tercinta..aku pula sibuk dengan pelajaran yang tiada perhujungnya ni...

Dia umur sama dengan aku...dia dah mendirikan rumah tangga dengan lelaki yang dia paling cinta...dan dia bakal mendapat anak...dia umur sama dengan aku...diulangi..umur sama dengan aku...

Takpe..takpe..aku tak stress pun..langsung tak...aku langsung langsung tak stress...sikit pun tak...ini serius....:)

Cukup rasanya perkongsian kali ini sebab ni pun dah agak lewat ni...esoknya ni aku nak balik rumah..apa satu tak packing lagi ni..kedengarannya seperti pagi buta esok juga mereka-mereka ini mahu bergerak....aku takut sungguh kalau-kalau tak bangun...almaklumlah...hari jumaat pula kan...marilah kita tidur..

*Aku nak berkemas dan terus tidur...tidak mahu bertelefon-telefon lagi...lagha semua itu Anis Siswadi..jangan...jangan...tak mau..tak mau... :)

*Good Night..:)

2 comments:

  1. heheh, tulisan dah ade pattern dan skill... berkembang dahh...

    takpe..takpe.. jangan stress.. jangan stress.. hang tak stress sikit pun.... :)

    ReplyDelete
  2. thanx ikar...

    still baru lagi tulis2 ni...

    takpun...cuba untuk menjadi optimist dalam semua benda..xmau stress...xmau...:)

    ReplyDelete