January 26, 2012

~Aku Perempuan Fragile~

Macam ini..

Maafkan aku jika hala tuju blog ini tertalu kasar atau terlalu emo..mungkin akan sikit serius dan takda joke langsung sebab hati tengah kacau..fikiran tengah buntu..

Basically, aku nak cakap pasal cinta..sebab these past weeks, perihal cinta terlalu mengganggu gugat sikit perasaan halus aku ini..lagi aku cuba jauh lari, lagi gedik 'Cinta' itu menghambat hati kecil aku..



Bukan aku tak pernah cuba..I did try ! Cuma perasaan itu terlalu kuat sampai begitu kuat melekat dengan diri aku...aku tak pasti sampai bila..sehari ? dua hari ? sebulan ? setahun ? Tak pasti !

In stead of aku cuba lupa, baik aku simpan kemas dalam benak hati.. Tapi sampai bila ? Orang yang hidup dengan sejarah orang yang bodoh !

Ya ! Tiada sejarah tiada hari ini .

Ya ! Sejarah mengajar .

Tapi sejarah ini sejarah sial ! Sejarah ini sejarah ini sejarah bodoh ! Sejarah ini sejarah ... arrghhhh !

Kenapa ada harapan bangang ini ? Kenapa mengharap pada 'Dia' yang sia-sia ? Melihat pada jangka masa perpisahan itu, aku rasa amat sangat wajar untuk aku lebih move on sekarang...

Aku gembirakan hati..Aku riangkan wajah..Aku kosongkan fikiran..Tapi, sebenarnnya aku tipu diri aku..

Aku perempuan fragile..

Di mana aku meletakkan harapan cinta itu terlalu tinggi..itu silap aku..terlalu percaya pada cinta dunia..cinta manusia yang tak immortal..

Dah lambat aku nak menyesal rasanya...aku tak boleh kata tidak pada apa yang aku belajar dari 'Dia'.

Cinta.Bahagia.Rindu.Sayang.Kasih.

Banyak..terlalu banyak yang aku lalui..benda-benda inilah yang buat aku susah nak terima realiti..hidup dalam khayalan..hidup dalam dunia aku sendiri yang kisahnya sudah lama dapat title 'FIN' !

Lebih kepada tak boleh terima hakikat..aku tak boleh jadi tepu macam ni..Mulut aku kata aku move on tapi hati aku statik..tidak berubah..statik sahaja..hati aku tipu otak aku..otak aku tak tally dengan hati aku..

Otak kata nak lupa..

Hati kata masih rindu..

Bullshit .

Masalah sudah cukup banyak ini..masalah ini masih tak selesai..masih tergantung..? Kenapa ?

Tadi, aku bercakap dengan 'Dia'..cuba mencari titik habis hubungan yang tergantung ini walaupun sudah lama perasaan aku dan 'Dia' dikuburkan..berpisah memang berpisah..tapi, banyak hal tak sudah..terlalu banyak sampai betul-betul mengganggu fikiran..

Cuba grab attention 'Dia' untuk bercakap bukan lagi perihal hati..lebih kepada penyelesaian yang pasti..
cuba guna bahasa seindah mungkin..cuba seceria mungkin..tapi sambutan amat dingin dari pihak satu lagi..bahasa sial 'Dia" bagi aku..aku tidak ingin membalas lagi..berputus asa mencari konklusi secara pasti..pakai assume-assume sajalah aku nampakya selepas ini...

Lagipun, bukan mudah kumpul semangat mencari kekuatan untuk sekadar berkata 'Hai' dengan tona suara mahupan gesture mesra..cukup di situ..mungkin penyelesaian secara baik itu patut pergi 6 kaki bawah tanahlah saja..

Demm !! tapi, kenapa layan lagu berkisah kepada perpisahan sahaja ?? cinta kecundang sahaja ?? Hmmm...dekat di hati mungkin..

Mencari yang baru itu, pasti tidak mungkin..biar semua ada titik nokhtah dulu..lebih baik begitu..Hidup baru dengan cebisan lama akan menghala bencana..aku tak mahu itu..aku mahu satu ketetapan..aku mahu yang pasti..aku mahu commit...tidak mahu random pilih..nanti random clash..sekali lagi lalu perasaan semacam ini..huiii ! tak mau aku .

Hidup bukan sentiasa bahagia macam dalam novel..ada benda-benda palat akan jadi dalam life cycle...benda-benda yang sedikit sebanyak menghala kepada kematangan hidup yang pasti..

Love life . Love yourself . Love family . Love Allah . Inshaallah .



*Begitu ironic 'Love Allah' bila mana aku baca balik banyak bahasa 'indah' aku letak.
**Blogging does make me better.
***Masih akan terus mencuba untuk mencari konklusi sendirian.

No comments:

Post a Comment