Banyak dah situasi ni aku tengok...even aku kadang-kadang pun buat..tapi, bila fikir balik memang tak patut la kalau nak buat pun kan..sebab nonsense..NO GOOD ~
Apa dia situasi itu ? Kenapa no good ? Kenapa tak patut ?
Macam ni lah..
Aku tengok..aku lihat betul-betul..aku amat-amati satu persatu..aku rasa aku macam dah boleh come up with one conclusion lah aku rasa..
What is it ?
Bahawasanya, masyarakat kat Malaysia ni memang tak boleh duduk diam..terlalu amat mengambil berat..orang ni salah tegur..orang tu salah tegur..
Betul..ye...tegur tu tak salah...cuma kadang-kadang cara tegur tu yang salah..jangan tegur suka hati..tegur secara intelektual lah..inteklektual kat sini aku tak refer kepada bahasa seelok mungkin..kasar pun takpe janji kau ada point..kasar aku kat sini langsung tak bermaksud gunakan perkataan yang kurang enak telinga nak dengar..kau ada kasar yang kau boleh tolerate..
Betul..ye..sekarang ni kalau nak tegur elok-elok memang tak makan saman la..tak masuk dalam kepala langsung..tapi, ada banyak cara lain yang lebih baik in stead of kau guna bahasa-bahasa kuarang sopan tu..niat kau tu dah baik..tapi cara kau tu dah salah so semua jadi salah lah..
Kalau kau sendiri pun kau tak nak ambik port kalau orang maki kau itu ini..buat tambah panas hati kau tu lagi adalah kan ? So, apply dulu diri kau in the particular person shoes then kau tak buat lah benda-benda yang kurang cerdik itu semua.. Kan ?
Okay, dari apa yang mata kasar aku lihat sekarang ni adalah sedikit yang aku nak konsi tentang satu dua isu yang semakin hari semakin menjelajah pemikiran aku yang tak suka fikir banyak sangat ini..
Isu 1 :: Adam Adli
Pic ni time MalaysiaKini interview dia regards beberapa isu yang dah jadi .
Ya..Adam Adli lagi aku kali ini..Haruslah..sebab musabab aku tulis kali ini pun sebab aku membaca banyak wacana-wacana kurang masuk akal di alam maya ini...
Aktivis Mahasiswa katanya beliau ini..begitu berani sekali dalam setiap tindakan..malahan hujah-hujah yang disampaikan kedengarannya agak meyakinkan..sebagaimana rancak pergerakan beliau bersama rakan-rakan aktivis mahasiswa yang lainnya, rancak jugak pergerakan manusia-manusia di muka bumi Malaysia ini melemparkan kata-kata kurang enak untuk dia..
Okay, aku baca balik ayat di atas ini aku rasa macam skema sangat pulak...haha..
Aku tak nak ulas apa yang dia dah buat..apa yang jadi kat dia..mahupun pandangan peribadi aku mengenai apa yang dia dan rakan-rakan dia dah buat..semua sudah tahu mungkin..
Apa yang aku nak perkatakan adalah comment-comment kat youtube, blogger-blogger yang cakap itu ini, apa orang cakap kat twitter dia..semua lah..
Aku ada pernah baca status kawan aku kat Facebook..Muhammad Hafas bin Azmi nama dia..
Aku boleh bercakap dengan sepuluh orang bijak . Tapi aku akan kalah dengan seseorang yang bodoh sebab apa yang aku cuba sampaikan dia xkan paham . *ctrl-V dari FB betoi2 ni..:)
Apa Adam Adli dan rakan-rakan dia nak buat itu masalah dia..so, kalau kau tak suka sudahlah..dia ada kacau kau orang ke..? ada dia ajak kau orang untuk pegi buat ape dia buat ke ? takde pun kan ?
Jadi, tak payahlah terlalu marah sangat kot..kau orang yang kutuk-kutuk dia tu kata benci sangat kat dia konon-konon tu lah kan dok bagi dia dapat pahala pasai apa..?kalau dah tak suka, DIAM..bukankah diam itu lebih baik ?
Ni tidak..rajin pi baca artikel-artikel pasal dia..rajin tengok youtube video dia semata-mata nak condemn dia..kejadah..?dude, don't you have your life ?
Kita masyarakat Malaysia ni ada budi bahasa..masa sekolah dulu kan kita ada belajar Nilai-nilai Murni...?tak de pun aku rasa cikgu-cikgu BM ajar Nilai-nilai Tak Murni...so, apa kita belajar kita apply lah..
Lagipun, kau orang tak kenal pun dia personally..so, tak boleh judge dia sesuka hati...in fact, nak judge sesiapa pun sesuka hati amatlah tidak patut...
Aku follow twitter dia..so, aku nampak macam banyak sangat orang dok kata itu ini kat dia..tak masuk lagi comment-comment kat youtube..blog-blog lagi..NO GOOD MEH...
Pandangan aku dengan kau orang-kau orang ini, adalah adalah lebih baik kalau kau tak suka kau diam je..tak de masalah pun kan ?
Aku sendiri ada pandangan peribadi aku dengan semua yang dah berlaku ini...tapi, kalau aku cerita kat sini dah macam keluar tajuk pulak kan..:)..aku bagi statement backup budak ini bukan sebab aku bias nak sokong dia segala..it's just, aku percaya benda yang betul dan tak percaya benda yang tak betul..
Dan, pada firasat aku, memaki dia macam-macam itu tak betul..ok, sekali lagi aku tegaskan..niat kau orang nak tegur dia tu dah betul..cuma cara kau orang itu yang salah..fikirlah sebelum buat apa-apa..
Ada banyak cara lain lagi dari maki segala macam ni..aku rasa Adam Adli itu sendiri akan terima teguran kau orang dengan berhemah kalau kau tegur elok-elok..cara dia pun aku tengok bukan lah cepat melatah macam 'Panglima Ludah' tu..eh ? >,< ..
Aku yakin dia boleh terima an intellectual comments from an intellectual people using an intellectual approach..
Isu 2 :: Ustaz Azhar Idrus (UAI)
Background pun dah tau yang dekat ICity . ^___^
Jadi, kenapa kita ni begitu lancang mulut nak kutuk dia itu ini ?title Ustaz yang dia pegang itu dah menunjukkan dia golongan terhormat..kenapa kita perlu nak kutuk golonga terhormat ini..?
Kaedah penyampaian dia dalam setiap ceramah dia adalah cara dia.kalau tak suka refer Ustaz lain..Senang! Yes, aku admit...dalam setiap ceramah dia ada terkeluar perkataan yang kurang sedap nak dengar tapi, aku hairan kenapa crowd dia still ramai..sebab apa dia cakap ada isi..benda yang dia cakap itu ada yang boleh masuk dalam logik akal..
Macam kes Adam Adli tadi, kau orang cakap kasar ada value tak dalam comment kau orang ? takde kan ? dapat dosa kering lagi adalah .
Balik kepada UAI ni..
Aku banyak dengar ceramah dia...dan boleh aku cakap kat sini yang most of apa yang dia cakap dia refer banyak kitab dan dia bagi reason yang kita boleh terima untuk setiap apa yang keluar dari mulut dia..
So, apa perlu kau orang cari negative yang sedikit itu bila positive itu lebih banyak ?
Kalau tak selesa dengan cara dia, boleh refer Ustaz-Ustaz lain kat Malaysia ni..banyak lagi Ustaz lain kat Malaysia ini..You'll free to choose..kata Malaysia negara demokrasi (oh, demokrasi lah sgt!).
Bagi aku senang sahaja..yang betul aku ikut, yang tak betul aku tolak tepi..lebih mudah begitu rasanya..
Benda simple macam ini tak payah aku nak bagitahu kot..kau orang pun boleh fikir sendiri..
So, Tak suka, DIAM . Lebih baik begitu dari terus menerus menyalak macam hanjeng . ^___^
Happy CNY !
Tak terlambat lagi rasanya aku nak wish Happy Chinese New Year 2012 . Tahun Naga kali ini . Tak kisahlah naga air ke, naga api ke, naga laut ke, naga pasir ke or even naga gurun sekalipun ianya tetap NAGA . So, aku tahun Naga . Itu yang best itu . Hehe
*Tegur tak salah . Cara tegur pun kena bagi tak salah jugak lah .
**Nak throw comments, boleh fikir-fikir dulu kot .
***Ada otak, guna . Ada akal, pakai . Ada knowledge, apply .



No comments:
Post a Comment