March 03, 2013

~Mula Menuju Satu Kejayaan~

Macam ni..

Aku di Semester 4 pengajian aku sekarang. Di Universiti Teknologi Mara. Di UiTM. Tinggal 2 semester lagi rakan-rakan dan aku akan belajar di sini. Tempat mula kami melangkah satu kejayaan. Inshaallah.

Okay. Aku dulu ada satu stigma yang Universiti Teknologi Mara ini adalah universiti kelas dua. Universiti subsidi kerajaan. Dan macam-macam lagi. Langsung aku tidak teruja bergelar mahasiswa label UiTM. Tidak setaraf USM mahupun UKM. Tidak sama duduknya dengan mahasiswa-mahasiswa elit yang lain.

Tapi, bila aku fikir aku tidak patut ada pemikiran serendah itu. Sekolot itu. Aku belajar di sini. Aku mencari ilmu di sini. Aku selangkah mencapai cita-cita aku di sini. Universiti Teknologi Mara. UiTM

Aku bergelar graduan diploma atas tiket UiTM. Aku mampu menjadi seorang graduan dan menghabiskan pengajian peringkat tertiary atas tiket UiTM. Makanya, tidak wajar aku menjadi manusia yang kurang bersyukur dengan stigma itu.


Tidak terlalu bangga dan tidak terlalu tidak berpuas hati. Cuma mensyukuri nikmat belajar di unversiti yang membantu aku selangkah mencapai cita-cita. Itu sahaja. Alhamdulillah. 

*Universiti Teknologi Mara, Kampus Lendu, Melaka - Diploma Pengajian Perniagaan (Insurans).
**Universiti Teknologi Mara, Kampus Merbok, Kedah - Ijazah Sarjana Muda Pengajian Perniagaan (Kepujian) (Pemasaran).



Wawasan Setia Pelajar. 

No comments:

Post a Comment