March 27, 2013

~Benang Basah ke Tak Basah~


Benang banyak warna. Manusia pun.

Macam ni...

Manusia suka bercakap. Seriously sangat suka bercakap. Dari sebaik-baik benda sampai seburuk-buruk benda.

Aku sendiri suka bercakap. Aku rasa kepuasan sangat bila dapat bercakap. Tidak lengkap hidup aku kalau tiada petah bicara. Hilang pedoman tu. Hilang. Sungguh!

Tapi, bila bercakap itu kena tengok isi dalam cakap jugak. Membina atau sekadar menegakkan benang yang basah. Nah! Ini satu perbuatan malu sendiri. Malu pada orang. Dan kalau ada harga diri mungkin malu kepada diri sendiri jugak. Kalau ada harga diri lah. Kalau tak ada? Tak tahu apa yang nak kata lagi.

Cakap itu boleh. Tapi, nak cakap apa. Nak sampaikan maksud apa. Nak guna medium apa. Nak cakap untuk siapa.

Kena fikir. Banyak kena fikir. Tak banyak, sikit pun kena fikir. Sebab, kita tak mahu kita menyesal 7 keturunan sebab apa satu perkataan yang kita cakap tak fikir hari ini.

Kalau salah cakap, mengaku salah. Kita manusia semua belajar dari silap. Kita semua buat salah. Kita tak maksum. Maksum itu bukan peribadi lahiriah kita sebagai manusia.

ASSALAMUALAIKUM


March 13, 2013

~Terima Kasih Atas Nama Sahabat~



Macam ni ...

Aku nak bercakap pasal cinta sebenarnya. Baru lepas tengok Mohabbatein pulak. Tapi, tu lah. Malas pulak sebab for sure akan jadi entry panjang nanti. Malas pulak nak tulis panjang-panjang. Letih mata. Letih tangan. Letih otak.

So, entry ini lebih kepada entry terima kasih. Kenapa terima kasih? Saja-saja. Tak salah nak berterima kasih.

Serious aku ingat selama ni aku alone. Tapi, ada banyak support team rupanya. Bila aku breakdown aku tak sangka banyak bagi aku moral support kat aku.

Aku tak mintak selesaikan masalah aku. Aku mintak bahu untuk bersandar. Alhamdulillah aku ada bahu untuk aku sandarkan. Alhamdulillah.

Tidak untuk berlagak suci. Aku manusia yang banyak khilaf. Cacat hubungan dengan Allah maka cacatlah hubungan dengan manusia. Aku masih belajar.

Aku sedang cari satu yang nama "hala tuju". Sesiapa yang dah jumpa mohon jaga hati. Sebab, bila jaga hati semua akan jaga. Hati itu yang penting.

By the way, mereka yang aku bbm malam ini terima kasih. Masa kalian yang saya curi sangat berharga untuk saya. Bila saya dah mula jatuh, tangan-tangan yang kalian hulurkan bawak saya bukan lagi berjalan tapi berlari tanpa sedikit menoleh ke belakang.

Terima kasih. Sangat terima kasih. Jujur dari hati. Bila air mata mula menitik, kalian ada untuk menyapu buang air mata itu dari terus mengalir. Terima kasih. Ini dari hati.


*Entry ini entry ekspress tentang ekspresi dari dalam hati.
**Yaya, Manje Anak Mail and Kunyit. Thank you very much. This is for you guys.

March 07, 2013

~Kain Sendiri Koyak Mungkin Tak Perasaan Nanti~




Macam ni..

Sekarang ni nak buat entry panjang. Sebab didorong rasa sedih dan kecewa sesetengah masyarakat di sekeliling aku. Luahan rasa yang lebih kepada terkejut dengan apa yang aku dapat dari sebuah perbualan panjang bersama seorang rakan semalam.

Aku tak pasti kenapa manusia-manusia ini "terdesak" untuk membuat kelakuan yang sedemikian. Aku tak pasti. Tapi, aku tidak juga nak salahkan mereka. Aku lebih salahkan diri aku yang menjadi tidak nampak dengan "permainan" itu.

Aku tidak bersikap paranoid sebelum ini. Aku buat satu keputusan yang bila aku tiada di situ aku tidak mahu ada lagi sebarang bentuk perhubungan dengan mereka itu. Tidak mahu ada walau sedikit. Usai segala urusan untuk "keluar" dari kepompong masalah itu, harapnya habis di situ.

Memaafkan ? Sudah tentu aku memaafkan. Sejahat-jahat aku, aku fikir hukum akhirat. Kesian orang yang tak dimaafkan di dunia ni. Berat nak ditanggung nanti. Jadi, hal aku dan mereka dah dimaafkan. Jadi, harapannya aku bila aku memaafkan aku dapatlah melupakan. Harapnya aku. Tapi, untuk melupakan itu sedikit mengambil masa. Tak apalah. Aku ikhlas memafkan pun sudah aku kira baik.

TAPI...

Itu sebelum satu kisah perbualan yang merungkai banyak persoalan yang tidak ada jawapan sebelum ini. Banyak sangat. Aku sebetulnya, tidak suka mencari jawapan kepada soalan yang aku tahu akan membuatkan aku rasa sedih dan kecewa macam ni. Sedih dengan perangai segelintir manusia. Sedih dengan mereka yang aku pernah anggap jadi kawan. Sedih dengan mereka yang aku rasa begitu transparent di hadapan aku. Sedih dengan manusia yang bercakap bohong. Sedih sangat bila orang lain perceived mereka bukan dari apa mereka yang sebenar.


Aku tidak mungkin la akan mempublish nama mereka seketul-seketul bukan kerana aku takut pada kebenaran. Bukan. Aku bercakap atas pandangan peribadi aku sendiri. Aku takut nanti aku dilabel membawa mulut dan suka mencanang pasal hal orang lain pulak. Itu sekaligus menjadikan aku tidak ubah seperti mereka. Aku tidak mahu orang label aku sebegitu. Biar mereka nampak dan judge sendiri. Biarlah. Orang mungkin memandang aku di pihak yang salah dan mereka di pihak yang betul. Aku tahu apa apa aku buat. Aku dah biasa hidup dalam stigma masyarakat begini. Cuma salah aku satu. Aku anggap mereka ini berpendidikan tinggi dan tidak mengamalkan perangai masyarakat conservative. Aku salah di situ. Tabiat dan perangai ini setiasa akan ada di mana-mana. 

Prinsip aku aku tak mahu bercerita perihal mereka sangat. Banyak jugak orang bertanya perihal tindakan aku yang "satu" itu. Banyak sangat. Tapi, aku bercerita hanya pada manusia yang aku fikir ada sifat tidak megambil tahu perihal orang lain. Dan, kebanyakan manusia yang bertanya itu tidak mendapat jawapan dari aku. Tidak akan sekali. Aku takut bila aku bercerita aku akan mempunyai elemen "lauk tambah penyedap rasa" seperti yang mereka selalu buat. Tak mahu aku. Persepsi orang pada aku yang dah sedia buruk akan menjadi bertambah buruk. 

Biarlah. Aku tahu persepsi orang pada aku tidak sebaik mana. Aku tahu itu. Tak apa. Aku sudah biasa hidup begitu. Tidak ada masalah di situ. Bagus juga. Dapat aku lihat siapa talam dan siapa bukan. Sejujurnya, perangai begini aku fikir hanya berlaku zaman sekolah di mana kita semua tidak matang dalam bertindak. Ini berlaku di sini pulak. Di kalangan penuntut ijazah. Jelaslah pendidikan itu bukan satu tanda aras kematangan. Tidak sama sekali. 

Iya. Entri entri luahan rasa. Aku dapat tahu mereka membaca isi twitter dan isi blog ini. Baguslah. Sampai mesej di situ. Kalau terasa di hati ambiklah sebab memang ditujukan untuk awak pun. Tapi, kalau tak baca pun takpa. Sebab saya jadikan blog saya ini medium bercerita pasal perihal hal saya. Perihal yang akan dijadikan rujukan untuk diri saya di masa hadapan. Perihal yang menjadi rujukan untuk bertindak nanti. Bukan apa. Saya ini pelupa. Ini mungkin menjadi salah satu medium peringatan paling kuat dalam diri saya. 

Bercakaplah selagi mampu. Bercakaplah. Nanti awak penat awak berhentilah kan? Saya taknak bercakap pasal awak. Sebab saya rasa bila berzikir itu saya dapat lebih banyak pahala. Saya nak rasa masuk syurga. Sebab saya pernah terbaca "Dosa memfitnah itu lebih berat dari dosa membunuh." Itu dari apa yang saya baca lah. Tak tau lah kalau awak baca yang lain. Terpulang awak lah kan. Saya okay je. Saya nak tengok je game ni macam mana. Best jugak tengok tengok ni orang cakap. 

Bagi yang senasib dengan saya tu, yang rakan berbual saya semalam tu kita optimist saja. Tuhan ada dengan kita. Tuhan itu setia dengan kita. Dia tahu siapa betul siapa salah. Optimist sudah. Buang negativity tu. Memang mereka akan bercakap dan tidak akan berhenti bercakap. Biarlah. Penat nanti senyap lah. Kalau depa tau penat lah. Haha. Takpa. Orang nampak kita buruk pun takpa. Yang penting macam mana Tuhan nampak kita. 


So, lastly nak pesan #PrayForLahadDatu. Don't spread rumours. Don't speculate things. Keep calm and pray.

ASSALAMUALAIKUM 

March 03, 2013

~Mula Menuju Satu Kejayaan~

Macam ni..

Aku di Semester 4 pengajian aku sekarang. Di Universiti Teknologi Mara. Di UiTM. Tinggal 2 semester lagi rakan-rakan dan aku akan belajar di sini. Tempat mula kami melangkah satu kejayaan. Inshaallah.

Okay. Aku dulu ada satu stigma yang Universiti Teknologi Mara ini adalah universiti kelas dua. Universiti subsidi kerajaan. Dan macam-macam lagi. Langsung aku tidak teruja bergelar mahasiswa label UiTM. Tidak setaraf USM mahupun UKM. Tidak sama duduknya dengan mahasiswa-mahasiswa elit yang lain.

Tapi, bila aku fikir aku tidak patut ada pemikiran serendah itu. Sekolot itu. Aku belajar di sini. Aku mencari ilmu di sini. Aku selangkah mencapai cita-cita aku di sini. Universiti Teknologi Mara. UiTM

Aku bergelar graduan diploma atas tiket UiTM. Aku mampu menjadi seorang graduan dan menghabiskan pengajian peringkat tertiary atas tiket UiTM. Makanya, tidak wajar aku menjadi manusia yang kurang bersyukur dengan stigma itu.


Tidak terlalu bangga dan tidak terlalu tidak berpuas hati. Cuma mensyukuri nikmat belajar di unversiti yang membantu aku selangkah mencapai cita-cita. Itu sahaja. Alhamdulillah. 

*Universiti Teknologi Mara, Kampus Lendu, Melaka - Diploma Pengajian Perniagaan (Insurans).
**Universiti Teknologi Mara, Kampus Merbok, Kedah - Ijazah Sarjana Muda Pengajian Perniagaan (Kepujian) (Pemasaran).



Wawasan Setia Pelajar.