March 07, 2013

~Kain Sendiri Koyak Mungkin Tak Perasaan Nanti~




Macam ni..

Sekarang ni nak buat entry panjang. Sebab didorong rasa sedih dan kecewa sesetengah masyarakat di sekeliling aku. Luahan rasa yang lebih kepada terkejut dengan apa yang aku dapat dari sebuah perbualan panjang bersama seorang rakan semalam.

Aku tak pasti kenapa manusia-manusia ini "terdesak" untuk membuat kelakuan yang sedemikian. Aku tak pasti. Tapi, aku tidak juga nak salahkan mereka. Aku lebih salahkan diri aku yang menjadi tidak nampak dengan "permainan" itu.

Aku tidak bersikap paranoid sebelum ini. Aku buat satu keputusan yang bila aku tiada di situ aku tidak mahu ada lagi sebarang bentuk perhubungan dengan mereka itu. Tidak mahu ada walau sedikit. Usai segala urusan untuk "keluar" dari kepompong masalah itu, harapnya habis di situ.

Memaafkan ? Sudah tentu aku memaafkan. Sejahat-jahat aku, aku fikir hukum akhirat. Kesian orang yang tak dimaafkan di dunia ni. Berat nak ditanggung nanti. Jadi, hal aku dan mereka dah dimaafkan. Jadi, harapannya aku bila aku memaafkan aku dapatlah melupakan. Harapnya aku. Tapi, untuk melupakan itu sedikit mengambil masa. Tak apalah. Aku ikhlas memafkan pun sudah aku kira baik.

TAPI...

Itu sebelum satu kisah perbualan yang merungkai banyak persoalan yang tidak ada jawapan sebelum ini. Banyak sangat. Aku sebetulnya, tidak suka mencari jawapan kepada soalan yang aku tahu akan membuatkan aku rasa sedih dan kecewa macam ni. Sedih dengan perangai segelintir manusia. Sedih dengan mereka yang aku pernah anggap jadi kawan. Sedih dengan mereka yang aku rasa begitu transparent di hadapan aku. Sedih dengan manusia yang bercakap bohong. Sedih sangat bila orang lain perceived mereka bukan dari apa mereka yang sebenar.


Aku tidak mungkin la akan mempublish nama mereka seketul-seketul bukan kerana aku takut pada kebenaran. Bukan. Aku bercakap atas pandangan peribadi aku sendiri. Aku takut nanti aku dilabel membawa mulut dan suka mencanang pasal hal orang lain pulak. Itu sekaligus menjadikan aku tidak ubah seperti mereka. Aku tidak mahu orang label aku sebegitu. Biar mereka nampak dan judge sendiri. Biarlah. Orang mungkin memandang aku di pihak yang salah dan mereka di pihak yang betul. Aku tahu apa apa aku buat. Aku dah biasa hidup dalam stigma masyarakat begini. Cuma salah aku satu. Aku anggap mereka ini berpendidikan tinggi dan tidak mengamalkan perangai masyarakat conservative. Aku salah di situ. Tabiat dan perangai ini setiasa akan ada di mana-mana. 

Prinsip aku aku tak mahu bercerita perihal mereka sangat. Banyak jugak orang bertanya perihal tindakan aku yang "satu" itu. Banyak sangat. Tapi, aku bercerita hanya pada manusia yang aku fikir ada sifat tidak megambil tahu perihal orang lain. Dan, kebanyakan manusia yang bertanya itu tidak mendapat jawapan dari aku. Tidak akan sekali. Aku takut bila aku bercerita aku akan mempunyai elemen "lauk tambah penyedap rasa" seperti yang mereka selalu buat. Tak mahu aku. Persepsi orang pada aku yang dah sedia buruk akan menjadi bertambah buruk. 

Biarlah. Aku tahu persepsi orang pada aku tidak sebaik mana. Aku tahu itu. Tak apa. Aku sudah biasa hidup begitu. Tidak ada masalah di situ. Bagus juga. Dapat aku lihat siapa talam dan siapa bukan. Sejujurnya, perangai begini aku fikir hanya berlaku zaman sekolah di mana kita semua tidak matang dalam bertindak. Ini berlaku di sini pulak. Di kalangan penuntut ijazah. Jelaslah pendidikan itu bukan satu tanda aras kematangan. Tidak sama sekali. 

Iya. Entri entri luahan rasa. Aku dapat tahu mereka membaca isi twitter dan isi blog ini. Baguslah. Sampai mesej di situ. Kalau terasa di hati ambiklah sebab memang ditujukan untuk awak pun. Tapi, kalau tak baca pun takpa. Sebab saya jadikan blog saya ini medium bercerita pasal perihal hal saya. Perihal yang akan dijadikan rujukan untuk diri saya di masa hadapan. Perihal yang menjadi rujukan untuk bertindak nanti. Bukan apa. Saya ini pelupa. Ini mungkin menjadi salah satu medium peringatan paling kuat dalam diri saya. 

Bercakaplah selagi mampu. Bercakaplah. Nanti awak penat awak berhentilah kan? Saya taknak bercakap pasal awak. Sebab saya rasa bila berzikir itu saya dapat lebih banyak pahala. Saya nak rasa masuk syurga. Sebab saya pernah terbaca "Dosa memfitnah itu lebih berat dari dosa membunuh." Itu dari apa yang saya baca lah. Tak tau lah kalau awak baca yang lain. Terpulang awak lah kan. Saya okay je. Saya nak tengok je game ni macam mana. Best jugak tengok tengok ni orang cakap. 

Bagi yang senasib dengan saya tu, yang rakan berbual saya semalam tu kita optimist saja. Tuhan ada dengan kita. Tuhan itu setia dengan kita. Dia tahu siapa betul siapa salah. Optimist sudah. Buang negativity tu. Memang mereka akan bercakap dan tidak akan berhenti bercakap. Biarlah. Penat nanti senyap lah. Kalau depa tau penat lah. Haha. Takpa. Orang nampak kita buruk pun takpa. Yang penting macam mana Tuhan nampak kita. 


So, lastly nak pesan #PrayForLahadDatu. Don't spread rumours. Don't speculate things. Keep calm and pray.

ASSALAMUALAIKUM 

No comments:

Post a Comment