January 21, 2014

~Ini Definisi Indah Bagi Aku~

Assalamualaikum..

Nak ambil gambar semua macam ni agak susah. But, we've made it! 


Kali ini aku menulis atas tiket untuk tatapan adik-adik KBM 220 Kumpulan 5A. Jadi sewajarnya kalau aku gantikan diri aku dengan Kak Anis. Lebih sopan didengar. Tapi, tak applicable untuk Mustaqiem, Kalap and Shafiq sebab depa tak pernah "Kak Anis"kan aku. Kahkahkahkah

Kena prepare sikit. Entri ini entri panjang berjela. ^_______^

Alright. Alright. Back to the mood. Actually. Mood sebak ni masa tulis ni. Sangat-sangat sebak.

I don't have any skills nak kait-kait love kaler pink kaler biru semua untuk korang. Duit pun takde lah banyak mana nak beli rumah kat korang sorang satu. Kata-kata pun tak power macam Shafiq untuk gambarkan betapa appriciatenya Kak Anis to each of korang yang berada dalam kehidupan Kak Anis sepanjang 2 tahun setengah ni.

Kak Anis sayang sangat kat korang. Sangat-sangat sayang dan sangat-sangat sedih sebab dah tak dapat jumpa. I mean, we can still meet but moment pergi kelas hari-hari tu dah takde. Moment Kak Anis mintak air and mintak food kat korang tu dah takde. Moment duduk sama-sama dah takde. Moment menggila dalam kelas camwhore pun dah takde. Banyak kalau nak list.

Moment pergi Ketapang. Moment pergi Ulu Legong. Moment main tuju kasut kat Padang Kota. Moment main kad dekat Mc Donalds Gurney. Moment trekking sesama. Moment makan sama-sama kat macam-macam tempat. De Pauh la. Apa benda Mutiara tu lah. Semua segala tu.

Moment-moment ni yang Kak Anis rasa akan rindu. Dan yang paling rindu sekali. Yang ni yang paling ingat dan paling terkesan dalam hati.

Moment pergi hantar korang semua naik bas balik kampung. Benda simple. Tapi, Kak Anis sangat ingat sampai hari ini. Dan akan terus ingat sampai bila-bila.

Lagi satu kenangan event menenrobos terobos tu semua. Kita berjaya kerja under pressure walaupun pelbagai masalah yang timbul. Peribadi, tak peribadi. Rasmi atau tidak rasmi. Masalah dalaman mahupun luaran tapi oleh kerana sisi kematangan oleh semua dari kita, kita boleh face it. Alhamdulillah.

So, Kak Anis rasa nak appreciate setiap dari korang yang datang dan warnai hidup Kak Anis dan mengajar erti kematangan, erti sebuah persahabatan, erti usaha tangga kejayaan, erti jerih perih usaha, bantu dari segi pelajaran dan kehidupan dan segala benda dalam hidup.

Shafiq Nasaruddin

Seorang sahabat yang sangat-sangat baik. Sangat membantu dari segala segi bentuk pelajaran. Terima kasih atas semua ilmu yang you pernah bagi kat I secara langsung mahupun tidak langsung. Baideway, nama you paling atas sebab you mantan YDP. Haha. Yes, I rasa lost sikit ke semua kot I rasa masa you jadi MPP sebab you takdak masa sangat untuk kami-kami ni semua. Yelah. Busy kan? Paham. Tapi, masa part 5 you banyak sangat masa untuk kita-kita semua. Dan, masih tidak berubah kemasukan air dalam diri tu. Baguslah abang MPP. Kihkihkih... But, seriously. You bring bright colour into my life. Thanks for everything. And you antara kawan-kawan first yang I dapat masa jejak kaki kat sini. Thanks for being a good friend and all your kind help ok Shapit! All the best!

Yess. I look "gemuk" dalam ni, but who cares..? Kan?

Aidil Amaruddin

Tak tau macam mana nak describe awak ni. Tapi, semoga kahwin cepat dengan Shah 'Amira tu. Sebut betul-betul tau nama dia. Nanti tak sah nikah tu. Hehe.. But, all in all Aidil ni sangat bagus. Sangat lembut perwatakan. Lembut bukan lembut as in "nyah" tu. Tapi, sangat gentle. Sesuai la dengan Kechik yang firm tu. Eh? Still. Stay intelligent. Stay bright! Stay Lee Minho! Stay Lee Gwang Soo! Stay stylish! Stay sweet! Tak tau macam mana nak cakap, tapi Aidil ni sangat baik. Thanks for any help that you gave. I am truly appriciate it all. Serious. 

Ashraf Kalaff

Salah seorang bapak ayam yang bertanggungjawab dalam most of "trip" yang melibatkan kita semua. Dia tak bersama kita since part 1 pun but still he's very close to us. Kesian dia masa time exam tu ajak pi merata tak dapat sambutan sangat. Tapi, berjaya la jugak pi Ketapang and one other place. Kenal Kalap ni first nampak baik handsome. Masa kat Sosec especially. But, semua tu penipuan. Sudah la masuk ayaq, mulut longkang, suka berscandal dengan Shapit and Aidil pulak tu. Huh! Sekali ja aku tengok hang senyap Kalap. Ada satu time hang kena bahan dengan Ozir. Time lain hang punya mulut macam keluaq volcano! Haha... Still, aku nak wish hang semoga bahagia dengan Fira dan cepat menikah. Buat bagi grand noh... And, I wanna thank you for any kind of help yang hang pernah bagi sama ada secara langsung mahupun tidak. Thank you Kalap. 

Siti Shah 'Amira

Taktau kenapa, awak saya rasa paling senang bercerita semua benda. You're fun to be with. As fun as Aidil. Serious talk. Haha. Thanks atas semua ngomelan tak matang saya yang awak pernah dengar. Semua notes yang pernah bagi pinjam. Semua ilmu yang pernah bagi. Thank you. Serious bila saya ingat balik, banyak gila cerita kurang matang dari hati diluahkan kepada awak. Dan awak pun kemain tabah lagi mendengar. I thank you for that. Seriously. And, stop being too fragile. Or else masa nikah dengan Aidil nanti Biro Fasiliti nak kena prepare sekotak tisu pulak kan. Haha. And once again. Thanks for the Kamala colour that you have bring into my life. That was so colourful.. Rasa macam nak menari sangat. Thank you ok Kechik bin Besaq! :)

Gugurnya air mata pengorbanan seorang Kamala untuk event menerobos terobos! 

Nurazah Hamidon

First of all, kita nak jealous sebab awak dapat boyfriend handsome yang masuk air. Serious jealous. Macam mana boleh mengorat manusia handsome dan gemuk tu...? Eh? Haha... Anyway, anyhow. Stay cute. Stay loud. Stay cool. Seriously baru tau yang Kunyit Nyit Nyit ni sebenarnya sangat cool gila. Thanks untuk semua plan get together kita yang awak pernah initiate. Terima kasih sangat sebab without you kita semua takkan ada event menyatukan silaturahim sesama kita. Thanks sebab penah belanja kite-kite makan seafood. Thanks sebab memberi warna indah dalam KBM 220 Group A terutamanya. Walaupun behaviour Shapit ada and Shapit takda awak jadi lain but, you're still cute anyway. Haha.. Again. Sorry for everything and thanks to any help you gave secara langsung mahupun tidak. Terima kasih banyak-banyak.


Saya nampak kurus dalam gambar ni. Hehe


Dalila Dee Dee

Apa-apa pun Lee Minho masih tetap handsome dari Lee Hyun Joong. Seriously. Haha.. Baru saya tahu rupanya pelakon air mata jugak. Tak lebih tak kurang nak dibandingkan dengan Kechik bin Besaq tu. Haha.. Anyway, selamat melansungkan perkahwinan dengan Amir ok. Ingat biro-biro dan ahli jawatankuasa semua ada untuk membantu. Jangan risau tu semua. Nak saya jemput Diana Amir datang pun kita boleh usahakan. Kahkahkah... Baideway, thank for every korean thoughts yang kita pernah share. Thanks jugak untuk ilmu-ilmu bermanfaat yang pernah diberikan. Terima kasih sangat-sangat. 

Again. Saya nampak kurus dalam ni. Hehe

Hidayah Subri

Sesungguhnya, diriku teramat jeles dengan kegebuan yang dirimu miliki. Buat lagumana yang boleh putih sangat taktau? Serious puji ni sebab nak mintak tolong suruh kirim salam. Kahkahkah... Anyway, terima kasih la sebab menjadi manusia yang tak pernah and tak reti marah orang langsung walaupun personaliti agak berbeza di dalam laman sosial twitter. Haha. Terima kasih kerana menjadi sangat fun. Serious cakap, bebudak rumah korang memang sangat fun. Walaupun sem ni Kak Anis jarang lepak rumah korang macam sem-sem lepas tapi, korang tetap fun. Dan Dayah. Ya Allah. Still jealous oi dengan gebu beliau. Terima kasih kerana mewarnai mata Kak Anis dengan kegebuan mu itu. Haha. Okay. I kirim salam dekat anak menakan I okay. Anyway, terima kasih untuk semua sekali tau. And, terima kasih sebab penah bagi pinjam casing Blackberry okay. Casing tu sangat memikat hati. Hehe

Aimi Liver

Stay loud! Seriously, stay loud! Stay Liver! I am Man U supporter but I don't have any info about Man U like you have about Liverpool. But please. Mohon lebihkan sikit lagi hormon perempuan dalam diri tu. Sem ni dah nampaklah jugak sikit-sikit perempuan tu. Tapi, kalau boleh banyakkan lagi tu lagilah bagus. Seriously, nampak cantik pakai baju kurung. Brooch bunga-bunga tu. Seriously tak tipu. So, kalau tambah keayuan tu pakai heels ke, jalan lebih tersusun ke, makanya akan lebih bertambah ayu di situ. Make sikit je muka tu. Letak bedak, eyeliner plus lipstick sikit. Just basic one. No harm trying. Baru boleh mengorat pakwe Liverpool. Hehehe

Hamidah

Stay comel okay. But, please. Aggressive sikit. Lembut sangat ni. Macam mana la nak lemah lembut macam Midah? Kak Anis sangat admire kelembutan Midah. Lepas tu macam mana Midah stay lembut dengan rakan serumah yang subhanallah punya havoc kalau letak kat satu tempat. Bising dan riuh kemain. Apa-apapun Midah. Terima kasih for the colours you bring okay. Kak Anis akan simpan your sweet smile inside my heart. Stay sweet! All the best okay Midah! ^______^

Ku Mustaqiem

Seorang bapak ayam lagi selepas Kalap. Mulut longkang. Tapi, dia sangat memainkan peranan as hangpa punya abang long kawasan. Sabaq ja melayan hampa (kot). Sentiasa aware dengan "Datin". Tapi, still bawak hampa semua naik Unser kalau pi mana-mana. Dia ni saja manusia yang panjat pagar rumah sendir sebab nak masuk rumah and nak keluar rumah. Mulut longkang tu jantan habeh. Tengok ke hobi suka mengait tu jadi hairan laki ke perempuan dia ni. Hahaha.. But, anyway thanks for the lovely gift. Sangat terima kasih because the thoughts that count. Terima kasih jugak untuk bantuan yang you pernah bagi kat I sama ada secara langsung mahupun tidak secara langsung. Even you dah tak selalu dan sekerap dulu with us, but you tinggalkan banyak jugak kenangan-kenangan indah buat kami and I am sincerely thank you for that, Mustaqiem. All the best. Till we meet again. Stay Abang Long for us! :)

Ni gambaq paling cool Mustaqiem penah pose. Kahkahkahkah

Amali a.k.a Emily

Baik budaknya. Admire dia punya knowledge pasal agama. Sangat admire. Teringin nak jadi seperti dia satu hari nanti. Terima kasih Amali sebab membuka perspektif Kak Anis dalam aspek keagamaan dengan lebih luas. Dengan lebih terbuka. Dan menjelaskan betapa Islam itu satu agama yang mudah. Thank untuk semua pendapat dan knowledge yang kita pernah share. Terima kasih banyak okay Amali. Kahwin jangan lupa jemput. Nak duduk meja VIP tau. Hehe

Rindu pulak kat Abang Farid. Hehe

Liyana Masrom a.k.a Nana

Hai Nana. Entah bila la nak boleh naik kereta baru awak tu kan? Well, kahwin jangan lupa jemput. Ingat biro-biro sedia ada. Baideway, saya nak terima kasih kat awak atas segala jasa bakti yang pernah awak bagi sepanjang persahabatan 2 tahun setengah ni. Terima kasih jugak atas semua kenangan-kenangan indah yang pernah kita kongsi bersama. Semoga stay cute okay Nana. Stay fun. Stay havoc yang penting! Kahkahkahkah. Selamat bakal bertunang okay! :)

Cool kan gambar ni? Suka tengok sebab saya nampak kurus. Hehe

Ismi Ct a.k.a Hajar

Budak ni manja bebenor. Kak Anis ingat lagi betapa fragilenya budak ni masa Banana Boat kat Feringhi dengan naik Tarzan Swing tu. Sampai menangis. Haha. Lawak bebenor nampaknya beliau. Dalam kelas diam je tak banyak cakapa sangat. Tapi, dalam diam manje sangat lahai budak ni. Mungkin dengan pakwe lebih manja kita taktau kan? Haha... Anyway, terima kasih okay Hajar kalau ada membantu Kak Anis dari segala segi mahupun secara langsung ataupun tidak langsung. Kak Anis appriciate semua tu dan akan selalu dikenang dalam hidup. Hehe

Cuba cari mana Hajar? Hehehe

Rohana Ana ke Ana Rohana

Nampak macam lampi tapi sebenarnya tak. First time tengok nangis is on 20 Januari 2014. Masih berperasaan walaupun suka tengok cerita hantu. Masih ada jiwa perempuan dalam hati. Masih wanita dalam diri. Tak lari dari beremosi. Tak banyak Kak Anis nak cakap pasal Ana sebab Ana macam reserve sikit. Sama maca Midah. Tapi, Midah lagi cute okay. Haha. Tapi, apa-apapun awak pun cute jugak. Thanks tau untuk semua kenangan manis yang penah bagi. Kenangan pahit masam busuk takde rasanya. Indah-indah je dengan korang ni. Hahaha. Thank you again. And again, you look cute when you're not wearing tudung. But, pakai tudung nampak lebih sopan. Seriously, a compliment deep inside my heart. Hehe.. 

Ain Z

Seganas-ganas Aimi, takde sapa boleh lawan brutalnya Ain Z. Hehe. Terima kasih kerana mewarnai kebrutalan KBM 220 Kumpulan A okay cik kak. Entahlah. But, there something in you di sebalik brutal awak tu. Dalam bebudak tu semua dok nangis awak riang gembira je saya tengok. Tapi, saya pun tak nangis semalam. So, kita sama-sama hati kental okay. Hahaha... Terima kasih okay sebab jadi sebahagian dari kenangan paling indah dalam hidup Kak Anis. Thanks a lot tau Ain Z.. Kak Anis sangat appriciate. Hehe

BM 220 5A - BBA (Hons) (Marketing)

Terima kasih semuanya atas kenangan paling indah ini. Kak Anis akan simpan teguh dan kejap dalam hati. 2 tahun setengah yang penuh halangan dan rintangan tapi bahagia dengan kehadiran awak-awak semua. Thank you again. This song dedicated for you guys. 



You raised me up, so I can stand on mountains
You raise me up, to walk on stormy seas
I am strong when I am on your shoulders
You raise me up .. 
To more than I can be ..


TERIMA KASIH SEMUA SAHABAT. TERIMA KASIH UNTUK SEMUANYA..

I LOVE YOU GUYS. I LOVE YOU GUYS SO MUCH...

p/s : Kenapa semua gambar ada gambar saya? Tertanya-tanya kan? Sebab.. Ini blog saya. Haha

August 28, 2013

~Being Hated and Disliked~

Macam ni..

I've always have the ideas to update my blog. But, sometimes it's just an idea. Aku malas pulak nak melisankan idea aku ni.. So, end up the idea di bawa angin lalu. Tapi, kali ni aku bertekad nak merealisasikan idea aku dalam bentulk tulisan.

Actually, aku nak blog ni since two or three days before lagi. On the day I watched Bella. Yes. I've got an idea to write on a talk show. So, what?

And seriously, aku dapat idea nak mengembangkan tajuk yang sama discussed on Bella bila aku mandi on that day. I was saying out loud what I'm going to write and that's it. Here I am.

So, what I'm going to share.. ? Let's begin..

Being hated? Being disliked..? Sapa tak pernah face this.. ? Sapa tak pernah do this? Semua dari kita pernah.

Tapi, ada satu je beza. It's either kita sedar ataupun tak. Itu sahaja beza dia...

Guess what? I'm not going to give the tips on how to be likeable. Sebab aku sendiri pun diri aku sendiri pun rasa banyak je orang dislike. Well, I don't know why but I'm just fine with it sebab among those haters I have the people who loves me. So, that's fine.

Anyway, anyhow memang la kita akan sedikit down bila kita tahu ada orang tak suka kita. But, chill lah. That's hows life gonna work and it's normal. Being hated and disliked is normal.

So, the most valuable info that I've got from the talk show is A-L-L ..

So, what is it?

A - Acknowledge
L - Learn from it
L - Let it go

Well. You see...? Takde pun cakap suruh please orang ke ape. So, takpayah nak pretend tipu diri sendiri sangat buat benda yang orang akan acknowledge. Buat je ikut sedap sendiri. Tapi, jangan la sampai melampau and orang annoyed pulak kan...

You see... people gonna dislike you for numbers of reasons. First is they dislike you because you did something that they don't like. It's normal. Aku pun kalau orang buat benda yang aku tak suka aku menyampah. Tak salah pun. Macam kau tak suka orang cakap gebang nak budget bagus dengan kau. Sape suka kan? Cakap nak up aje. Menyampah jugak kekadang tu. Tapi, dah nak buat macam mana. Manusia macam ni memang wujud. But, don't be surprised because kekadang kita pun akan end up that way tanpa sedar. So, tepuk dada tanya selera lah kan. Ingat! Selagi tak buat orang annoyed then it's fine. LOL

Second, people disliked you because you are better than them. Yang ni masih normal ni. Biasalah kita tak suka kat bos kita sedangkan kita kuli je. Biasalah kita tak suka lecturer kita sebab kite student dia. Biasalah kita tak suka kat dia sebab dia engineer sedangkan kita clerk bodoh je. Biasalah tu. Hasad dengki tu kena ada dalam rencah kehidupan. Kalau takde then boring pulak kan. Tapi, tulah. Macam mana punya hasad dengki. Setakat dengki-dengki gitu je takpe kot. Tapi, kalau mendengki sampai nak santau tu baik pegi mengaji sekolah pondok la. Bebawak la bertaubat kan. Otak panjang sejengkal betul manusia macam ni.

Third is disliked people for just no reason. Orang macam ni sakit aku rasa. Jenis tak memasal nak tak suka orang. Sakit teruk tak tau nak cakap apa. Yang dua contoh kat atas tu tahap dia takat dislike jelah. Yang kategori ni boleh sampai tahap hate. Sebab tu orang ni sakit. Sakit otak. So, aku nasihatkan orang macam ni pegi Darul Syifa lah. Pergi ubat hati. Pathetic orang macam ni. Satu je nasihat aku orang macam ni. Bukan Habluminallah je kena jaga. Habluminannas pun nak kena balance jugak. Fikir lah kan...

So, cukup lah bebebel kat sini kan. Satu pesanan ringkas dan padat dari aku..


Assalamualaikum....

May 05, 2013

~Undi Adalah Rahsia~

General Election 13 - May 5th, 2013


Macam ni.

Aku didorong rasa meluat baca social network. Skip tweet pun still ada serpihan-serpihan masyarakat yang berfikir dangkal. Still ada.

Aku sendiri mengharap pemimpin berwibawa mentadbir negara. Tahu hal selok belok mentadbir. Bukan isu perkauman yang nak aku debatkan. Tapi, ketrampilan pemimpin itu sendiri dalam mengurus tadbir apa yang di namakan Malaysia.

Sentimen perkauman agak menjadi isu berat aku lihat di laman sosial sekarang. Tak adil. Banyak perkara lain lebih elok untuk kita debatkan.

Aku tinggalkan isu perkauman di situ. Aku nak berkongsi secebis dua perkara yang aku lihat berlaku di hadapan mata aku sendiri. Ruang lingkup social media yang dekat dengan aku.

Situasi 1

A - Kau sokong PAS ? Kau bukan kawan aku lagi mulai detik ini saat ini...! Persahabatann kita sampai sini sahaja lah....! Kita tak sama pemikiran... Kita tak boleh jadi sahabat... Kau dan orang-orang kau guna agama untuk tutup agenda tersembunyi kau...! Kau pergi....!

B - Kau macai BN ...! Kau nak negara kita dipimpin tak mengikut kaedah Islam...! Kau dah kafir...! Kau dah sesat....! Kembalilah ke pangkal jalan....! Subhanallah....

Sayanglah, kalau agama itu dipolitikkan begini. Kita berbeza fahaman sekalipun tapi kita tetap saudara dalam Islam. Dangkal orang berfikiran begini. Dangkal. Jangan taksub dengan hal dunia. Kau claim kau Islam tapi kau tunjuk middle finger kau, kau maki cursing words dalam FB dalam twitter kau, kau cari aib orang dan kau share dalam FB ? Islam praktisnya bukan begitu. Islam praktisnya sentiasa menjaga keperibadian dan menutup keaiban sesama umatnya kerana kita adalah bersaudara. Apapun fahamannya, apapun buah fikirannya, itu adalah hak dia tapi kita wajib percaya pada Yang Satu, Yang Esa. Itu yang betulnya.

Situasi 2

A - Aku tak kisah kalau PAS ke BN tapi aku kisah kat DAP ni... Cina tak bodoh la ! Cina tak bodoh....!

B - Kau tak duduk negeri DAP perintah. Kau duduk dulu baru kau tahu...

Siapapun yang memerintah semua tu dipilih. Sistem voting itu sistem demokrasi. Jadi, siapa yang memeritah itu dipilih melalui sistem majoriti. Bukan minoriti. Kenapa dipertikaikan siapa yang memerintah kalau penyatuan dari golongan majoriti itu tiada? Salah siapa golongan minoriti dipilih menjadi pemimpin? Malaysian memang selalu mengomel. Bertindaknya tidak jugak. Di situ jugak.

Situasi 3

A - Tunjukkkan sokongan anda kepada PKR dengan menekan hon 2x

B - Hon 1x = 1 undi Pas

Aku selalu dengar di dalam media perdana yang undi itu adalah rahsia. Jadi mengapa perlu di war-warkan dengan memicit hon di kenderaan masing-masing ? Lagi pula, yang memegang banner hon sana hon sini itu, mengapa di tutup wajahnya? Undi adalah rahsia. Undi adalah hak peribadi setiap wargaegara Malaysia yang berdaftar. Berkempen ? Ada banyak cara lain yang lebih efektif pada hemat aku.

Sekianlah ruang pandang aku. Banyak lagi sebenaranya telatah karenah rakyat Malaysia ni. Kawan-kawan aku sendiri pun ada jugak cakap serupa orang tak ada limitasi dalam percakapan. Apa-apa pun la fahaman atau orientasi kau tapi bahasa kau nak jugak kena jaga. Kita agama Islam. Dalam agama kita tak suruh kita curse orang tu curse orang ni.

Medium meluahkan ketidak puasan hati itu banyak lagi. Kita semua golongan berpendidikan. Tipulah kalau kata kita orang yang hidup di zaman 2013 ini tiada pendidikan. Jadi, oleh itu bicaralah seperti orang yang ada pendidikan. Adab bercakap, adab menulis tu tolonglah jaga. Macam-macam aku dengar. Macam-macam aku baca.

Duduk sejenak untuk berfikir apa telah kita buat, apa telah kita cakap. berfikir paksi yang benar maka benarlah jadinnya. Dan vice versa.


April 12, 2013

~Mind Your Own Business~

Macam ni..

Kali ni aku nak start dengan print screen.





Post aku di wall Facebook aku pada March 29, 2013. 

Aku tak mahu bercakap pasal pandangan peribadi aku tentang isu di atas. Sebab aku rasa sudah ada pandangan peribadi aku di dalam post jawapan aku di atas dalam setiap print screen. Jawapan dari seorang kenalan "Add Friend" aku pun sependapat dengan aku. Jadi, penjelasan aku berkenaan isu yang di utarakan oleh seorang rakan "Add Friend" aku juga aku kira telah di jawab dengan jelas dan disudahkan dengan aman bagi pihak aku. Pihak mereka aku tak tahulah pulak. :)

Cuma aku nak cakap kat sini. Nak jelaskan di sini. Kita mungkin boleh cuba untuk membuka sedikit minda kita untuk melihat sesuatu benda dan mula berfikir secara out of the box. Aku tak kata pandangan kawan "Add Friend" aku tu salah. Di atas ni aku claimed cakap dia tak salah. Sebab in real life, there's no right or wrong. Dah memang cara kita interpret things tu pun berbeza.

Dan, pada aku cara kita interpret things yang berbeza itu menunjukkan sisi mana kita berada. Mentality bagaimana kita represent. Setakat mana kita utilized akal fikiran yang kita ada. 

Kadang-kadang, kita kena buka minda kita untuk menerima sisi lain yang mungkin kita sendiri tak nampak atau kita sendiri buat-buat tak nampak. 

Tak salah pun menerima pendapat orang lain. Belajar dari pengalaman orang lain yang kita sendiri tak pernah tahu. Setiap hari kita dalam dunia ada proses pembelajaran. Macam mana, dengan siapa, apa yang kita belajar tu kita sendiri yang tentukan. 

Bagi aku, aku suka belajar dengan orang yang aku rasa lebih banyak merasa rencah hidup dari aku. Mungkin dalam kehidupan mereka pengalaman itu monochrome tapi mana tahu dalam life aku benda itu warna-warni colourful meriah? Mana tahu kan ?

ASSALAMUALAIKUM

April 06, 2013

~Pak Cik Pengutip Sampah~

Macam ni..

Semalam aku pergi ke rumah kawan. Hampir pukul 10. Malam. Rumah lelaki. Jadi, kena bersidai di luar. Tak boleh masuk. A total no no okay. Tujuan? Mengambil Running Man. Routine setiap minggu. Ehehehehe....

Ada menariknya rumah kawan aku yang satu ini. Apa? Rumahnya sangat dekat dengan tempat buang sampah. Alaaaa.. Bukan yang besar tu. Kecik aje tempatnya. Boleh imagine kot ?

Setiap minggu aku pergi aku dapat la lihat orang punya perangai nak buang sampah. Macam-macam ok. Ada yang main letak kat tepi tong tu. Ada yang turun moto letak elok-elok dalam tong. Ada yang letak atas bumbung keta then dah sampai tak turun keta apa main tarik je sampah turun. Masuk tak masuk dalam tong itu belakang kira. Macam-macam.

Dulu aku tengok aje. Sebab selalunya selepas aku dapat cerita Running Man tu aku ada sesi bersembang.

Tapi semalam, lain sikit. Masa aku nak tunggu kawan keluar rumah aku tunggu di luar. Di luar pagar. Macam biasa. Tempat pembuangan sampah "mini" semalam capture perhatian aku. Pandangan kali ini berbeza sedikit.

Apa lainnya ?

Dekat tempat buang sampah itu, disebelah tong itu, ada sebuah motosikal bawak barang. Yang ada macam tempat letak barang dekat tepi tu. Dan aku lihat ada satu tubuh lelaki tua berjalan-jalan di sekeliling tong sampah itu mencari sesuatu yang aku sendiri tidak pasti apa. Bila bertemu apa yang dicari, di letak cermat dalam plastik di dalam motosikal tua dan usang itu.

Lama dia mundar mandir kat situ. 5 ke 10 minit jugak. Malah sebelum aku datang lagi dia sudah ada. Tak pasti berapa lama. Aku kebetulan menunggu seorang diri. Jadi aku lihat dia penuh minat. Tiap tingkah laku pak cik yang seorang ini. Lagak jalannya. Cara dia melihat barang. Aku tak dapat lihat mimik mukanya. Aku sedikit rabun. Ditambah pula cahaya lampu jalan. Membataskan sedikit penglihatan aku. Tapi, aku pasti. Dia adalah seorang pak cik tua. Pak cik yang sudah lanjut usianya.

Bila selesai mencari barang, dia perlahan-lahan naik motosikal tua dia. Menghidupkan enjin. Dan berlalu pergi perlahan dari situ. Aku sempat melontar senyuman. Aku tak pasti dia nampak atau tidak. Sebab, sekali lagi cahaya lampu jalan jadi penghalang.

Jadi, kenapa aku kongsi ini ?

Sebab semalam aku sempat berfikir. Usia pak cik itu adalah usia duduk di rumah. Main bersama anak cucu. Rehatkan diri. Beribadat.

Tapi, kenapa dia berada di luar, pada waktu malam dan di tempat pembuangan sampah ? Kenapa ?

Aku terfikir.. Apakah anaknya tiada atau tidak peduli? Tergamak seorang anak membuat tubuh tua seorang ayah yang dulu tangannya bekerja untuk kelansungan anak menyentuh jijik sampah? Dan, yang paling menyentuh aku adalah pada waktu malam. Hampir pukul 10 waktu itu.

Macam-macam aku fikir. Macam-macam sangat.

Aku sebak. Sangat sebak. Aku teringat arwah Wan. Kalau Wan masih ada, dia akan tengok Gerak Khas dengan Tok waktu itu. Atau mungkin gaduh manja bertikam lidah sesama mereka. Tok dengan Wan memang selalu begitu. Even Wan dah pergi menghadap illahi, tapi Wan sentiasa ada dalam diri kami semua Pak Shariff Clan. Al Fatihah.

Tapi, pak cik itu? Kenapa sampah tempat pilihannya? Kenapa bukan di rumah saja? Kenapa bukan bergurau senda bersama isteri? Kenapa tidak duduk saja di rumah? Beribadat kepada yang Maha Esa? Banyak lagi boleh dibuat.

Bukan. Aku tidak mahu bicara tentang tanggungjawab anak atau apa saja yang berkaitan. Aku nak biar semua soalan di atas ni kita jawab sendiri. Kisah pak cik itu hanya pak cik itu saja yang tahu. Assumption yang kita buat biarlah hanya tinggal assumption sahaja harapnya aku.

Tapi, aku nak kita semua fikir satu benda. Soalan ini mungkin susah nak jawab. Perkara yang mungkin tak mustahil akan terjadi.

Bagaimana kalau satu hari nanti kita di tempat Pak Cik Pengutip Sampah itu ?


Kita tak tahu apa cerita mereka. Tapi, kita kena tahu yang kita boleh membantu mereka even tak banyak tapi sedikit. Tak bermakna bagi kita tapi amat berharga bagi mereka. God bless.

March 27, 2013

~Benang Basah ke Tak Basah~


Benang banyak warna. Manusia pun.

Macam ni...

Manusia suka bercakap. Seriously sangat suka bercakap. Dari sebaik-baik benda sampai seburuk-buruk benda.

Aku sendiri suka bercakap. Aku rasa kepuasan sangat bila dapat bercakap. Tidak lengkap hidup aku kalau tiada petah bicara. Hilang pedoman tu. Hilang. Sungguh!

Tapi, bila bercakap itu kena tengok isi dalam cakap jugak. Membina atau sekadar menegakkan benang yang basah. Nah! Ini satu perbuatan malu sendiri. Malu pada orang. Dan kalau ada harga diri mungkin malu kepada diri sendiri jugak. Kalau ada harga diri lah. Kalau tak ada? Tak tahu apa yang nak kata lagi.

Cakap itu boleh. Tapi, nak cakap apa. Nak sampaikan maksud apa. Nak guna medium apa. Nak cakap untuk siapa.

Kena fikir. Banyak kena fikir. Tak banyak, sikit pun kena fikir. Sebab, kita tak mahu kita menyesal 7 keturunan sebab apa satu perkataan yang kita cakap tak fikir hari ini.

Kalau salah cakap, mengaku salah. Kita manusia semua belajar dari silap. Kita semua buat salah. Kita tak maksum. Maksum itu bukan peribadi lahiriah kita sebagai manusia.

ASSALAMUALAIKUM


March 13, 2013

~Terima Kasih Atas Nama Sahabat~



Macam ni ...

Aku nak bercakap pasal cinta sebenarnya. Baru lepas tengok Mohabbatein pulak. Tapi, tu lah. Malas pulak sebab for sure akan jadi entry panjang nanti. Malas pulak nak tulis panjang-panjang. Letih mata. Letih tangan. Letih otak.

So, entry ini lebih kepada entry terima kasih. Kenapa terima kasih? Saja-saja. Tak salah nak berterima kasih.

Serious aku ingat selama ni aku alone. Tapi, ada banyak support team rupanya. Bila aku breakdown aku tak sangka banyak bagi aku moral support kat aku.

Aku tak mintak selesaikan masalah aku. Aku mintak bahu untuk bersandar. Alhamdulillah aku ada bahu untuk aku sandarkan. Alhamdulillah.

Tidak untuk berlagak suci. Aku manusia yang banyak khilaf. Cacat hubungan dengan Allah maka cacatlah hubungan dengan manusia. Aku masih belajar.

Aku sedang cari satu yang nama "hala tuju". Sesiapa yang dah jumpa mohon jaga hati. Sebab, bila jaga hati semua akan jaga. Hati itu yang penting.

By the way, mereka yang aku bbm malam ini terima kasih. Masa kalian yang saya curi sangat berharga untuk saya. Bila saya dah mula jatuh, tangan-tangan yang kalian hulurkan bawak saya bukan lagi berjalan tapi berlari tanpa sedikit menoleh ke belakang.

Terima kasih. Sangat terima kasih. Jujur dari hati. Bila air mata mula menitik, kalian ada untuk menyapu buang air mata itu dari terus mengalir. Terima kasih. Ini dari hati.


*Entry ini entry ekspress tentang ekspresi dari dalam hati.
**Yaya, Manje Anak Mail and Kunyit. Thank you very much. This is for you guys.