July 28, 2011

~Red Now Red Forever~

Sepertinya agak lama aku tidak meluahkan gelodak rasa, getaran jiwa, coretan hidup dan sehubungan dengannya di dalam ruangan blogspot ni bukan....?aku ni sebetul betulnya agak sibuk dengan rutin rutin kehidupan yang common sekaligusnya lah menyebabkan aku terdorong untuk malas mengupdate wahima membuka tab baru untuk 'A Piece Of Me' ni....setelah aku tilik tilik tadi ada banyak jugak draft2 yang tak dapat aku habiskan di kala kemalasan melanda diri dan juga mengantuk untuk meneruskan penulisan...jadi apa yang aku nak tulis hari ni...?YA !! tepat sekali !! berbekalkan title yang comel di atas sudah semestinya ia melibatkan MANCHESTER UNITED !...kenapa Manchester United..?kenapa bukan LiverFOOL atau ChealSHIT...?paling takpun ArSENGAL...?




aku sayang Manchester United..:)

Ye..aku tahu...ntah sayang ke tak manchester tu dengan aku...tapi whatever it is, aku tetap sayang gila2 kat Manchester United ni even aku tak kenal sape player dia...tapi, kalau aku tgk match yang ada Manchester United ni I was hoping that dorang akan perform gila2 punya...okay...fine...memang aku tak tengok semua 38 match dorg so wat..?ada aku kesah ke...?aku suka so aku suka la...DAN..aku suka Manchester United bukan sebab player dia OK !!! geram sungguh aku tatkala dilemparkan tuduhan sedemikian rupa...huh ! aku takpernah berganjak dari menyukai Manchester United ok...jadi...bila Manchester United memenagi EPL aku antara insan paling gembira saentero ini even takdapat menghadirinya di Old Trafford sana...

Bagaimana aku suka Manchester United dan bukan team EPL yang lain...?first thing first, memang la aku suka sebab diorang ni terror nak mati kot !! bukan macam yang lain lain dalam EPL yang tidak perlulah untuk aku senaraikan satu satu dalam ni...apa2 ape pun manusia sekalian alam nak cakap kat Manchester United namun aku masih tetap takkan berganjak daripada terus mengagumi dengan kehandalan dan kehebatan yang ada pada semua list pemain Manchester United...Even Steven Gerard yang dah tua tu pun tetap maha hebat pada mata aku...haaa....sampai begitu sekali...:)..sebenar yang benarnya aku begitu admire dengan mereka mereka ini adalah pada pandangan pertama aku adalah aku amat menyukai jersey mereka...terlalu amat suka...makanya aku pun terus menyukainya sampailah sekarang...entah mengapa walaupun aku akan berkata design masa mula2 keluar tu teruk nak mampus tapi aku akan end up beli gak that jersey...maybe that's what we called LOVE....eccehhhh...nk cintan cintun gan MU lak...tapi ok what...dah takpayah nak frust2 lagi dah...ahahahah...but guess what...?sampai sekarang aku takpernah beli jersey MU yang home punya...selalu aku akan beli yang away...sebab..?sebab aku taksuka RED...hehehe...ada la satu tu yang merah...tp mak yang belikan...tapi, aku dok tengok diorang dok sibuk2 promote jersey MU season baru punya takde pulak aku tgk kaler merah...haa...bagus ni...nanti aku akan dengan senang hatinya membeli pakej home dengan away sekali...memang TERBAIK...:)

Okay...setiap manusia yang jadi fan EPL ni mesti akan ada all time favourite player kan...?aku juga tak berkecuali...aku punya all time favourite ni dah tak main dengan MU dah..taksilap aku all time favorite aku ni dah join Newcastle United ke ape sekarang ni (u free to correct me if im wrong...)..aku pun tak sure sebab banyak sangat dia berpindah randah...tapi ape2 pun aku tetap suka dia ever since dia masih di Leeds United dulu...SIAPAKAH BELIAU ???

meraikan gol yang pastinya membuatkan beliau gembira....:p

this is him !! ALAN SMITH !! @_@

Yes ! aku memang suka dia ni..in fact suka sangat !! suka gila2 babi punya...kalau dia ni yang datang meminang aku dengan berbesar hatinya menerima dengan tangan terbuka !! hik3...Even dia dah 30 pun sekarang ni aku takkesah...beliau amatlah menawan hati aku...kalau tak kenal siapakah gerangannya pemilik nama Alan Smith ni, boleh baca kat SINI YE...mesti first impression korang ingat aku suka kat David Beckam kan...?atau paling tak pun Cristiano Ronaldo kan...?yay! sangkaan itu meleset...hahaha...

Walau ape ape pun aku tetap akan menyokong Manchester United sampai bila...jangan sapa2 nak argue benda ni..aku tetap akan menyukai dan menyayangi Manchester United sampai bila bila (macam ye2 sangat pulak kan...?)

Okaylah...sampai di sini saja...diharap harapkan Manchester United akan buat tour kat Malaysia balik tahun depan sebab aku pasti akan menghadirinya...ahahaha

p/s :: Team Malaysia takdapat masuk World Cup sebab dah kalah dengan SingaPURAPURA....huh !!


July 09, 2011

~Pasal Cinta~

cinta itu milik semua orang...^_^

Cinta itu membawa pengertian yang banyak...Cinta kepada Pencipta...Cinta pada ibu bapa...Cinta pada keluarga...Cinta kepada rakan2...dan Cinta sesama manusia....kali ni aku nak bercakap pasal cinta sesama manusia dari SUDUT PANDANGAN AKU SENDIRI..(orang malaysia ni pantas nk cari mistake orang..jadi kne highlight pape yang patut...:p)

Kenapa pasal cinta kali ni...?sebab jiwa aku yang fragile  ni makin hari makin tersentuh melihat cerita2 korea yang tipikal di mana involvement cinta bersegi2 tu semakin berleluasa dalam diri..tak kira la cerita zaman dinasti dulu2 ni ke, zaman millennium yang serba moden mak nenek ke, hatta combine dua2 zaman pun boleh dok jadi sati cerita jugak...asal boleh kan...?terlalu tipikal cerita korea tentang perasaan lelaki yang fragile bila kehilagan sesuatu yang dinamakan cinta...senang2 boleh nangis sampai kuar2 hingus semua...alangkah bagusnya kalau aku memiliki lelaki2 dari korea yang begitu menghargai kesucian perasaan CINTA itu sendiri...mari aku kongsikan beberapa cerita korea yang mengangkat cinta itu pada tahap tertinggi...

Winter Sonata...sape2 follower cerita korea memang x hardcore mana la kalau x tgk cerita ni...:)

Stairway To Heaven..aku langsung takpernah tgk cerita ni...tapi yang aku tau, cerita ni sedih gile....:'(

Wedding....my fav of all time....:))

Cerita2 ni semua kadang2 mempengaruhi aku jgk dalam mencari calon teman hidup yang kekal abadi...bukan aku nak cari perangai yang sebijik macam hero tu dah potrait tapi aku nak hero tu sendiri jadi soulmate aku ! boleh ??!! harapan sangat kan ! ahahahaha

Memang aku akan otometik berhalusinasi sejenak tentang character yang dipersembahkan oleh pemain2 cerita di dalam sesebuah cerita korea ni....Naluri kewanitaan yang inginkan protection dari kaum Adam membuatkan perasaan ni bercambah secara sendirinya dalam diri aku...keinginan ni setahu aku la boleh diklafisikasikan normal dan tak bercanggah dengan ajaran Islam dan norma masyarakat melayu itu..:)

Berbalik kepada character yang di portrait dalam cerita2 korea ni (yang semakin aku gilai kembali ni)...Sepanjang aku menjadi penonton setia kembali cerita korea pukul 12 tgh hari NTV7, Isnin hingga Khamis ni, aku dapati yang kesemua lelaki di dalam cerita ini amat memenuhi kriteria2 lelaki yang I want to spend my whole life with...GILA KAU XNK AMIK RAIN JADI LAKI KAU...???!! okay..secara tipikalnya characracter yang dipersembahkan dalam cerita2 korea ni memang la huge different dengan character dalam cite hindustan kan...normally, dalam cite2 korea ni through my personal observation la sebab aku ni memilih sangat nak tgk cite korea ni..so, aku tgk dia mesti akan ada 4 orang...2 lelaki dan 2 perempuan and they will fall in love which each other...hero akan fall in love dengan supporting actress while heroin akan fall in love dengan supporting actor...but as the story grows untuk menjadi sebuah cerita semua ni akan end up with hero with heroin Korea sana...tapi aku heran kenapa each and every time aku akan fall in love with the supporting character despite from main character...sebab supporting tu akan selalu lagi handsome dari main punya la kot...EXCEPTION UNTUK RAIN ok!

Jadi kawan2 sekalian, aku rasa agak mustahillah untuk kita mengaplikasi genre cerita ni dalam kehiidupan realiti yang penuh dengan pancaroba ini....sungguh tidak relavan dan terkeluar terus dari norma2 logik akal ye...jadi, imiginasi akan terus menjadi imiginasi while reality tu yang kita harus alami bersama sama....

NAMUN....

Cerita cinta aku tidaklah terlalu indah jika nak dibandingkan dengan semua orang...aku menemui titik nokhtah dalam kesemua hubungan sebelum ini yang dibina atas dasar cinta dan suka sama suka...kesemua mengalami masalah keserasian dan chemistry yang kirang disamping sifat tolak ansur yang amat kuraang antara kedua2 belah pihak disamping kepercayaan yang menjadi akar kepada kesemua segala permasalahan yang timbul...mungkin kerana itu aku selalu berhalusinasi dengan perasaan cinta yang wujud dalam cerita2 korea ni...biar ada impian jangan kita hidup dalam kekosongan kan...?sungguhpun begitu, aku tidaklah membenci kesemua mereka...depa benci aku lagi ada la..hidup aku bukan untuk membenci sebab kesemua kita manusia membuat kesilapan dalam pilihan...(wah,macam join venture entry ini dan ini. jek...:p)...ironinya, aku salah membuat pilihan sebelum ni...maka aku harus muhasabah diri dalam membuat setiap pilihan jadi kesilapan yang sama i'allah takkan berulang lagi...

Aku ini hanya manusia biasa yang juga perlukan cinta dalam kehidupan yang serba indah ni..nak ada orang teman aku berkongsi saat2 indah dalam hidup, berkongsi secebis rasa hati aku yang amatlah fragile ni, berkongsi rasa tentang secebis perancangan masa depan, merancang sesuatu yang membahagiakan bersama, ada penyokong yang kuat untuk menghadapi kritikan2 dari masyarakat sekeliling seperti keluarga khususnya serta penguat semangat untuk melakukan sesuatu dengan lebih baik hendaknya...

Aku hanya perlukan itu sebab benda2 lain aku boleh handle sendiri..xpayah la nak teman2 p beli jeans kat MNG, teman pi beli perfum kat SOGO ke, jalan cari selendang kat Jalan TAR ke, window shopping kat MidValley ke, tgk Transformers same2 ke...TAK !! aku tak perlu itu..AKU HANYA PERLU TEMAN, RAKAN, DAN KAWAN....hehehehehe...*aku bukan tgh jual diri ye..cuma berkongsi rasa hati yang tiba2 sunyi ni..:)

Its normal for you sometimes to feel lonely as long as you know how to get over it...we cant be with someone who left us but we can live with the memories we had together..

Baiklah....aku nak tidur dah..nak dekat pukul 5 dah ni kot...yang tak mengantuk tadi ni dah jadi mengantuk dh...

Huuurrrmmmm.....aku langsung tak berminat untuk menulis tentang BERSIH 2.0...terima kasih...

p/s :: yang sementara itu indah tetap indah bagi aku sebab yang sementara itu pernah membuat aku merasa kebahagian yang maha hebat...:)

July 08, 2011

~Perihal Tentang Kepantasan~

Kepantasan...dalam kepala aku hanya muncul dua nama tatkala ni...

lari macam mana taktau buleh dok pi jadi below 10 seconds...huh!

aku taktau la kalau ada lagi laju dari dia...setakat yang aku tau dia ja...:)

Ya...betul tu...kepantasan sangat berkait intim dengan sukan..sukan mengkehendakan komitmen kepantasan yang bukan sedikit..penah tak tgk kat olimpik pastu dia crown yang last place tu dengan gold medal...?xpenah kan..?jadi kepantasan ini amatlah penting dalam keperluan harian...hatta dalam alam pekerjaan sekalipun, kne buat kerja dengan pantas...kalau lembab2 sgt anti memang selamatlah kne buang keja kan...?;)

NAMUN !

Cita2 aku bukanlah untuk menjadi pengulas sukan dalam entry kali ini..tapi, tujuan utama sebenar aku adalah untuk menyatakan kekaguman aku tentang perihal 'kepantasan' yang wujud sejak zaman Hang Tuah lagi dalam diri kita masyarakat Melayu ni..aku takmau cakap pasal obesi sana sebab ruang yang aku berada hanya dalam Malaysia ni saja...dan aku juga takmahu mengaitkan perkara ini dengan masyarakat Cina dan India bagi mengelakkan unsur2 racist dalam entry ni...xmau masuk ISA ok! :P

Okay...ape je yang ingin aku kongsi tentang perihal kepantasan dalam masyarakat Melayu ni...? 

"The ability to find other people's mistake.." 

learn to accept the mistakes especially other people's mistake...

Tidakkah kita sedar yang kesilapan itu sebenarnya adalah satu pelajaran yang paling berharga dalam hidup...?bagi aku sendiri, aku ambil kesilapan tu sebagai satu learning process yang sangat berharga kerana dari kesilapan yang kita buat kita akan dapat tau tentang kekurangan dan kelebihan yang ada daam diri kita sekaligus kita akan menxari jalan untuk melakukan dengan lebih baik supaya kesilapan tu tak berulang lagi...siapa yang tak pernah buat silap..?siapa yang tak pernah tersalah langkah..?siapa yang sempurna...?kita takboleh nak expect sorang tu perfect everything dan takkan lakukan sekelumit kesilapan pun sebab nature manusia tu macam mana pun dia akan buat kesilapan...kalau dia takbuat mistakes maknanya dia bukan manusia...mesti dia alien dari planet Zuhrah punya la..xyah tnya lebih ok...memang sah dh ! :P

Hakikatnya, apa saja creation dari Allah s.w.t adalah creation yang serba kekurangan dan terdedah kepada melakukan kesilapan..bukan Tipah je buat silap..kadang2 kita pun buat silap sama macam Tipah buat..jadi kenapa nak menghukum Tipah dengan buat page kat Facebook 'Semoga Tipah Cepat2 Bertaubat'..? upload video kat youtube 'Benci Tipah Sangat2'...?tidakkah perkara ini terlalu childish untuk kita buat..?memang analoginya kita menggunakkan medium maya yang kononnya lebih up todate dan intellectual sebagai perantara tapi fitrahnya tetap sama jugak dengan kes budak2 tadika gaduh berebut pemadam...cuba kita down memory lane sat sama2...betul ke tak konsepnya sama...?

In stead of kita cari kesalahan orang lain and create havoc kat fb dan twitter (artis pun buat ok), baik kita tgk diri kita sendiri, muhasabah diri kita sendiri..fikir sejenak...sempurnakah kita untuk bercakap tak baik...?jangan terlalu mengambil berat tentang perihal orang lain yang akhirnya kelak akan memudaratkan kita...jangan terlalu judgemental dengan apa yang kita nampak sebab looks can be deceiving..jangan kita terlalu buang masa buat perkara2 yang tak berfaedah ni...

Pasaipa nak jadi isu dia pakai tudung ka x, dia speaking english even dia mai dr Kokdiang ke, Amir Maharaja Lawak tu tak lawak ke, dia pakai BMW sebab sugar daday dia bagi ke, dia handsome sangat mesti sebab dia gay ke ape ke jangan la nak rancak sangat condemn...OK! criticism tu tak salah..memang ada baiknya....tapi jangan sampai menyinggung perasaan...kan kita orang Melayu..?penuh dengan adab sopan dan bertatasusila...?nak tegur orang mesti la ada adab kan..?dok pi buat keja sia2 create fan page, group segala bagai for the sake nak suruh dia sedar pasaipa??? ada akai dak..?? 

Pasaipa tak ambil pendekatan approach je orang yang konon buat salah sampai sakit mata nak tgk tu then cakap kat dia elok2...first tu cakap kat dia apa yang dia buat korang sakit mata sangat then counter balik apa yang dia boleh buat untuk jadikan diri dia lebih baik...macam ni..

Timah :: Ko tau tak yang aku takboleh nak tgk sikit kalau ko pakai baju macam ni...yelah..ko tu kan berisi sikit..kalau pakai baju ketat2 ni kan nanti nampak ko lagi berisi tau...---->> jangan cakap gemuk sebab perkataan ni terlalu sensitif bagi sesetengah orang..

Senah :: Yelah...aku tahu tu...tapi aku pun nak jadi fashionista jugak..?aku pun nak gak jadi cam Tyra Banks...huhuhuhu

Timah :: Yelah..aku tahu tu...tapi, body ko tak sesuai la...ape kata ko pakai baju macam Oprah selalu pakai tu...?kan aku tgk ko lebih kurang je badan macam dia...lagi style beb...kan?

Senah :: Ha'ah kan..?xperlu la orang nak pandang2 jeling2 sambil melemparkan senyuman sinis kat aku dah pasni kan..?terima kasih Timah..ko la kawan aku terbaik sedunia...jom aku belanja ko Kenny Rogers..heheheh

Timah :: Jyyeeaaahhh !!! weehuuuuu !!!

Tu kalau sakit mata sangat la..dan tak sanggup nak tgk kawan korang tu jadi bahan orang lain kan...tak sa;ah kita nak cakap apa yang dia buat tu salah...tapi cara kita nak bagitahu tu kena betul la...jangan sampai memalukan dia pulak...tak baik la macam tu...cakap elok2 apa yang tak kena kat dalam diri dia dan counter balik...orang pun takde la sampai nak terasa sangat dengan kita kan...?masyarakat pun lebih harmoni...untung2 nanti kalau kita buat silap ada gak orang datang tegur kita kan...:)

Bukan aku nak cakap aku ni tak pernah buat silap..in fact aku rasa aku banyak buat silap..hatta umur da 23 tahun ni pun still kena tegur dengan my parents lagi...semua benda aku buat pun still mak dengan bapak kena monitor lagi...sebab aku tak sempurna...aku memerlukan orang2 sekeling aku untuk membantu aku supayajadi lebih baik..bukan jadi lebih buruk...:)

Nah, apakata kita sama2 gunakan kepantasan kita mencari kesalahan orang lain tu kepada kepantasan untuk sama2 membetulkan sesama kita...bukan ke lebih baik...?hidup bermasyarakat...xd hasad dengki..kan lebih aman damai dan makmur hendaknya nanti..

Okaylah...fb chat dok berbunyi2 meriah membuatkan aku hilang tumpuan ni...makanya...renungkanlah pendapat aku ni..gambar memang tak banyak sangat sebab dun feel like putting any...:p

p/s :: aku tau aku ngada letak gamba usain bolt n iaan thorpe yang xd kena mengena tu...ahahahahahah

July 06, 2011

~Pilihan Yang Dipilih~

the art of choosing....berbeza2 antara semua...

Okay...

kita xboleh kata apa2 la kalu sorang tu suka minum Milo daripada minum kopi...suka makan ketam dari makan udang..suka main The Sim dari Diner Dash...suka Blackberry dari iPhone..suka HP dari Acer..suka makan chocolate banana dari chocolate indulgence..suka makan McD dari KFC..suka Facebook dari suka Twitter...suka cerita korea dari cerita Tamil...suka Transformers dari suka Pirates of the Carribean...suka CSI : Miami dari Hawaii Five 0..suka Tiz Zaqyah dari Fasha Sandha..suka Manchester United dari suka Liverpool..lagi suka Domino's Pizza dari Pizza Hut...bla bla bla bla bla bla.....

aku pilih untuk suka Manchester United...:)

Kita semua ada hak individu sendiri untuk suka apa yang kita nak suka..untuk xsuka apa yang kita taksuka...untuk terima apa yang kita suka dan untuk decline apa yang kita taksuka..setiap individu di muka bumi yang hidup di dunia yang serba indah  ni ada keseukaan dan ketaksukaan masing2..kita takboleh paksa orang tu tgk Criminal Minds kalau dia lagi suka tgk Desperate Housewife...kita tak boleh la nak paksa dia main Angry Birds jugak2 kalau dia lagi prefer main Dota...semua tu hak masing2 la...kalau kita paksa dia suka apa yang dia taksuka maknanya dia dah tak bebas la...kita kena sedar la sama2 benda ni...biaq kat dia la nak suka apa pun..pasaipa nak p condemn dia and kata soh dia try main Dinner Dash dlu baru dia tau syok ka tak...?kalau dah dia suka main FarmVille...biaq la dia main sorang2..dok p kacau pasaipa..?kalau dia nk try xyah tgu orang suggest pun dia dah try la...btw...aku suka main Dinner Dash sebab aku xpenah main FarmVille...hehehhee

tak duit nak beli iPad main kat google chrome je lah yang mampu pun..currently tgh struggle stage 4.:P

Okay..
Ni lagi satu yang aku kurang gemar...kita sebagai manusia amnya ataupun melayu khususnya mempunyai nilai2 estetika yang tinggi iaitu adab menjaga hati...adab menjaga hati ni kira sama la macam teori white lies yang aku cakap kat sini..analoginya begini...ada satu kawan aku offer aku join satu benda yang agak similar dengan MLM..honest cakap la...aku memang kurang gemar sikit dengan benda2 yang berkait dengan MLM ni..memang skeptical sikit..tapi bagi aku yang banyak berfikir dan lihat sekarang ni MLM ni tak berapa membuatkan aku eksaited sangat..rotate2 duit ni memang buat aku jadi takpaham...jadi aku taksuka buat benda yang aku takpaham..memang la diorang akan cakap 'aku tak paksa hang join' but at the same time dorg akan cakap 'aku nak tolong hang jadi kaya ja..hang pilih la nk kaya ka nak kayap'....jadi aku pilih nk jadi kayap la kalau ikut pada pilihan yang ada...so, memandangkan aku yang pilih, jadi aku yang akan tanggung risiko dia..aku paham dia nak tolong aku..tapi aku pilih jalan ni...tapi yang buat aku sakit hati sikit la...sebab aku reason dia aku nak pakai duit untuk aku masuk degree nanti...yelah..apa2 kalau baru nak masuk ni memang la pakai duit banyak kan...sum more sekarang adik aku kat Melaka tu pulak...lagi la banyak bapak aku nak guna...Tok aku pun bapak aku sponsor..sewa rumah lagi..ni bapak aku nak beli motor baru pulak..takkan la aku buta perut nak pi mintak kat bapak aku lagi kot..so..aku cakap la kat hamba allah yang berniat nak bantu ni bahawasanya aku nak sambung degree dan nak pakai duit..boleh dia kata kat aku degree ni tak penting...dia reason aku cakap lecturer dia yang ada Master tu pun tak cukup makan...memang la degree ni tak baguih mana pun..ye..aku tau yang degree ni ciput je pun..tapi aku pilih untuk sambung degree sebab masa ni aku rasa degree ni priority aku dan aku rasa boleh menjamin masa depan aku lebih dari MLM yang aku masih takpasti mana arah tujunya..sekurang2nya kalau aku ada degree aku boleh sambung ke Master dan seterusnya PhD...kita hidup ni kena buat pilihan berdasarkan priority..bukan buat pilihan ikut hawa nafsu...memang la ada degree ni takboleh nak pakai Bentley macam Edry KRU...tapi xdelah sampai merempat di tepi jalan kan..?kalaupun nanti lepas aku habis degree aku takde keja pun, goverment stil provide loan untuk buat bisnes kecik2 untuk usahawan bumiputera ni...aku memilih untuk cari duit macam tu dari cari duit dengan cara merotate duit..mungkin betulah dia cakap yang melayu memang macam ni..suka beralasan dan takmahu majukan diri..tapi aku rasa kalau aku memilih untuk macam ni aku rasa diri aku bukanlah ke belakang sangat pun...mungkin dia dah maju bertapak2 dan aku melangkah setapak demi setapak dengan perlahannya...biarlah...orang kata kalau kita lambat naik maknanya lambatlah kita turun..tapi kalau cepat naik tu, fikirlah sendiri...

Ya...aku puji cara dia untuk majukan diri dia...memang nampak dia banyak berubah dari dulu dengan sekarang ni...makin cantik makin berjaya..tapi tu cara yang dia pilih untuk majukan hidup dia dan dia takboleh expect aku untuk pilih jalan yang sama macam dia..aku ada jalan aku sendiri dan cara berfikir aku sendiri...dan dia pulak ada jan dan cara fikir dia sendiri...kita manusia ada jalan hidup yang berbeza dan kita sendiri akan pilih jalan hidup kita sendiri yang kita rasa betul..memang la sometime kita pilih jalan yang salah, tapi jadikan itu sebagai salah satu cara uintuk kita belajar mencorakkan hidup kita untuk menjadi lebih baik...sebab bila kita takbuat salah kita tak tahu apa rasa masa kita buat salah tu..taksama tgk dari kesalahan orang lain dan kita merasa sendiri..dua perkara yang amat berbeza...biar la aku slow2 fikir cara untuk majukan diri aku..aku memilih untuk naik slow2...aku memilih untuk xmaju (seperti kata dia)...biarlah aku memilih cara ni sebab aku bahagia dengan pilihan aku ni so far...mak bapak aku pun proud of me...sape2 yang pandang aku ni takleh maju pun dh da perception yang lain dari sebelum ni..

So..pilihan yang boleh kita buat bukan bergantung pada orang lain...tapi diri sendiri..percaya pada diri sendiri tu yang penting....aku ambil contoh yang maybe semua orang boleh nampak ok...Dalam cite 'Slumdog Millianaire' (sape xpenah tgk g je hadap HBO cen..beribu kali dok ulang)...ada satu scene tu, masa tanya soalan pasal cricket player kot xsalah aku...the answer shud be D i guess...then masa commercial break, Anil Kapoor bg jawapan kat budak tu yang mana jawapan yang diberi ialah B...budak tu boleh buat pilihan untuk trust Anil Kapoor or untuk x trust Anil Kapoor...And, at the end of the day. dia choose untuk x percaya kat Anil Kapoor dan percaya pada diri dia sendiri...eventually, dengan percaya pada diri dia sendiri he can move to the next round..see..?dia bebas buat pilihan dan alhamdulillah pilihan yang dia buat tu betul...

aku suke dengar budak tu speaking...:)

So, pilihan tu ada kat tangan kita...jangan kita nak terpengaruh sangat memilih perkara yang kelak akan membuatkan kita menyesal serta menambahkan burden kat kita..buat apa...?kita susah orang takkan pilih untuk tolong kita...jadi kita tanggung sendiri...harapnya kita bakal membuat pilihan yang terbaik dan melangkah ke arah yang lebih baik...

p/s :: mungkin entry agak ego sebab memang tgh emo...lalalalalalala

July 03, 2011

~UiTM Masih Dihatiku~

aku dh cuba cari yang lagi besar tapi yang ni ja jumpa jadi malas nk cari dh ! :p

Secara teorinya, hari ni dah masuk hari ketiga aku dapat result degree di mana aku ditawarkan kursus Sarjana Muda Pengajian Perniagaan (Kepujian) (Pemasaran) ----->> aku stil xpaham pasepa kena ada dua bracket kat situ...in stead of Sarjana Muda Pengajian Perniagaan (Kepujian) (Pemasaran) pasepa tak buleh tulis Sarjana Muda Perniagaan dengan Kepujian (Pemasaran)....?bukankah lebih mudah dan mesra menulis..?? (mesra menulis?--->>aku akan edit balik kalau dapat terms yang lagi suits)..hurmmmmm...ok2...Miss Aida dlu kata dulu memang ada perkataan 'dengan' tu...tapi skarang ni, memandangkan goal utama UiTM ada nak menjadi world class university (in ur dreams lah kan...! ) serta research university, makanya banyak gak la perkara2 mengarut yang wujud...contohnya dengan menghilangkan perkataan 'dengan' tu so course tu akan nampak lebih INTERNATIONALE la kot...(konon)...lalalalalalala....

kenapa aku merungut ni...?bukankah entry ni sepatutnya entry kegembiraan yang tiada tandingannya...?omaigad !!! aku telah mengutuk tempat aku memperoleh diploma dan bakal memperoleh segulung ijazah kelak (insyaalah)....!!!! tak mau macam ni pls..

sebetulnya entry ni di update 3 hari lepas selepas aku dapat result degree tu..tapi ntahlah...dok msuk lam folder draft je dari ari tu...so hari ni aku berazam untuk menyempurnakan entry ni hari ni..langkah2 yang aku ambil untuk menyudahkan entry ni...?hurmmm..yang pertama..hanya tab blogspot ja yang aku buka...fb,twitter,tagged,formspring dan jadah2 tu sume telah selamat di close..kang kalau tbe2 fb chat bny kang tgendala lagi pulak penyempurnaan entry ni...selain itu, aku dah draft awal2 lagi apa yang aku nk bebel hari ni sebab through my observations untuk beberapa hari ni aku dapati banyak sangat benda yang aku nk share...jadi, in stead of aku himpun and cerita satu cerita untuk satu entry baik aku compile kan je sume masuk dalam satu entry ni...memang nanti byk tajuk akan agak lari dari title tapi whatever it is pun, isi utama masih berkisar tentang title diatas...so..langkah yang ketiga which is terakhir, aku takkan membuka tab youtube dan menggunakan kuasa willpower aku yang maha hebat ni untuk menghalang diri dari buka windows baru dan search channel inianwarhadi dan matlutfi90 yang menjadi salah satu faktor utama kenapa entry kali ni tak siap2..so...jgn marah kalau entry ni akan slightly panjang siket...hehehe..

Okay...go on our first topic...

1. Sarjana Muda Pengajian Perniagaan (Kepujian) (Pemasaran)


Know what...?sampai hari ni aku masih tersenyum gembira lagi (FYI..hari ni hari ketiga aku dapat taw)...aku tersangat eksaited sekali bila dapat taw aku dapat masuk...sesungguhnya aku tak meletakkan harapan yang tinggi memandangkan prestasi akademik aku sepanjang di Lendu dulu bukanlah 'top student' mana sangat pun...jadi aku dah mentally prepare la untuk menghadapi kegagalan dalam permohonan...mintak pun for the sake of bapak aku je...TAPI !!! bila dapat masuk tu aku tersangatlah lah gembiranya..so do my mom and my dad..because they was hoping that I can at least get a Degree...and im very pleased to fulfilled their wish...I'allah..aku akan belajar dengan penuh dedikasi beserta semangat juang yang tinggi selepas ini because bapak aku kata kalau aku maintain pointer 3.5, pas habis degree he gonna buy me a car...how sweett....!!! I'allah..doakan aku supaya perkara semester 4 yang jadi kat diploma dulu tak berulang lagi..aku xnak play around dah lepas ni..aku tak mau hanky panky sangat la..aku nak mintak kerja dengan pointer yang I can be proud of...:))...pastu aku tak sia-siakan this chance sebab aku tau ramai lagi kawan-kawan aku hatta sepupu aku terpaksa menolak tawaran degree disebabkan kesempitan hidup yang dihadapi mereka..aku bersyukur mak dengan bapak aku tetap insist aku untuk sambung...kalau tak aku takkan taw how important it is...hurmmm..mesti manusia yang baca ni cakap aku budget kan..?baru degree dok buat teruk buleh..bukan dapat master ke PhD ke...takpun dapat study oversea macam anwar hadi or matlutfi ke kan..?eh...bia la aku nak eksaited pun..aku punya pasal la..aku ada, kau ada ke..?kalau xd dok diam2 suda...huh ! aku dah takmau amik port perkara2 negative yang diperdengarkan ke gegendang telinga aku lagi dh..aku hanya nk optimist sebab kalau aku optimist I'm gonna do better...even orang lain pun kalau fikir optimist, I'allah things will get better...TAPI....haruslah disertakan dengan usaha dan niat disamping berdoa dan bertawakal kepada Allah s.w.t...kalau nak harap rezeki tu turun pada langit free2 ja MEMANG TAK LA kan ! huh ! *aku xreti macam mana nak capture offer letter tu untuk di'attached' sebagai bahan bukti kat dalam ni...yesss...aku memang buta IT...nak kata apa....huhuhuu

2. Malaysian Driver/Biker

Bukan aku nak kata aku tak pernah buat benda2 yang aku nak kata lepas ni..tapi sekurang-kurangnya aku sedar apa yang aku buat dulu tu buat orang rasa annoyed dan x cool mana pun...bagus sedar even lambat dari tak sedar langsung kan..?hurmmm...first issue..kalau bawak keta ke moto ke basikal ke, bila sampai kat simpang tiga ataupun simpang empat ataupun persimpangan la senang cite...tak boleh ke korang bagi signal bila korang nak turn right or turn left...???sakit hati ok orang yang assume korang nk straight and tgu2 korang tapi at the end of da day korang end up dengan turn left (or right..ehehehe)...buat apa bawak keta Mercedes Compressor ataupun Suzuki Swift kalau x reti bg signal...?put some effort la siket untuk bg signal untuk kesenangan sejagat...memang la masa kita2 sekolah dulu takde matapelajaran sivik macam sekarang tapi kita dah big enough untuk berfikir yang mana baik yang mana buruk..its all about respect others what...?kalau kita respect orang i'allah orang akan respect kita balik...memang la ada yang skeptical akan buat bodoh je...tapi tu golongan2 yang 'sakit'...xkan nak turn out to be 'sakit' macam setengah2 orang tu kan..?biar la buat benda tak de balasan..tak luak pun kalau kita buat baik..menyenangkan hati lagi ada...buat apa la nak bagi orang menyampah dengan kita....second issue...thegeh2 nak keluar parking....yang ni memang aku takleh tolerate la..masa dengan ifa or even gan mak aku sekalipun memang aku paku kaw2 la golongan manusia macam ni...korang bayangkan ok..tgh2 cari parking kat low yatt ni...dh la panas sekarang ni..bertolak pulak macam aku ni dari melaka la (time study dlu selalu g kl..parking kat low yatt sebab dh calculate lg murah dari Imbi Plaza)..pastu dengan tak breakfast wahima lunch so sampai2 tu mesti la aku nk cepat2 parking and pi makan kat Sushi King sebab dok terbayang2 dh kan...(im not into starbucks that much..hehehe)..pastu pulak paham jelah manusia kat situ 7petala langit punya ramai kan...haruslah ramai sebab aku gan ifa selalu p hari sabtu sebab ahad kami nak rest untuk prepare diri class hari Isnin..:)...dah la kena pegi basement yang agak bawah2..selalu mesti B4 ataupun B5 la...pastu bila dah dapat parking ada la hamba allah ciptaan Allah ni...ifa dah siap bagi signal dh ni..tp dekat 15 minit la tgu dia..sat nk susun barang dalam bonet...satgi pulak nk tukar lampin anak dia kat bonet belakang...pastu dah masuk keta keluar balik pulak ambil barang dalam bonet...pastu dah masuk keta enjin x start lagi belek2 rambut kat cermin..dah start nak betul2 seat pulak ! NAUZUBILLAHIMINZALIQ !!!! memandangkan perangai aku gan ifa agak kontra...(ifa penyabar,aku kurang sabar) so memang aku maki sorang2 ja..orang2 macam ni ada mental disorder yang pelik dan mempunyai masalah untuk berfikir secara relevan...xkan dia ingat kitorang saja2 tunggu dia kat situ semata2 nak tgk dia KOT??!! perut dah la lapar...tambah lak jumpa manusia macam ni...memang silap la..tolong la..kalau la sesiapa yang terjumpa entry ini dan tergolong dalam golongan manusia seperti yang dinyatakan di atas, p la buat solat sunat taubat cepat sebab orang2 macam ni memang TAK COOL !!! huhhuhuhu...isu ketiga....aku takdak lesen kereta...jadi aku selalu bawak moto ja...sebab bapak kata xdak lesen jgn memandai2 nak bawak kereta...so, kereta memang selalu dok underdog la kalau dalam wish list aku tu...makanya..hari2 aku akan bawak moto..aku perhatikan la sekarang ni kan..tabiat dan tingkahlaku manusia di atas jalan raya macam orang tak sekolah !!! ade ka patut hang bawak Nissan X-Rail pastu aku dok menghirup angin sepoi2 dok belajh kiri hang ni buleh dok saja tiba2 mai himpit aku sebab nk belok kiri takmau bagi signal...??? ada pasai dak tu...? okay2..aku tau la aku bukan bawak Ducati pun tapi, jalan tu kan untuk kegunaan sejagat..?kerajaan buat jalan raya tu bukan untuk Nissan X-Rail ja jalan kot tu...kenderaan2 lain pun layak dan berhak sepenuhnya ke atas jalan raya tu kan..?so..considerlah...kereta mahal2 mesti dia letak signak sekali kan..?bg signal so aku pun akan tau hang nak buat apa...jadi mutual understanding tu kan bagus....hmmmmm.....

tolong bg lampu kuning tu kelip2 ok untuk orang lain paham apa yang korang nak buat...:)

3. Taiwan vs Malaysia

Tadi masa pegi beli ais kacang dekat kedai Pak Man, aku tgk ramailah manusia tengah focus tengok match Malaysia vs Taiwan kat tv...kat Restoran Delima depan ni pun ramai la jugak kot yang tgk...huurrmmm...aku taktau sangat ni match apa...tapi Fatin kata qualification untuk masuk world cup kat Brazil nanti (fatin kata OK! kalau silap p marah dia)..so mula2 tu Malaysia yang score dulu by Aidil Zaquan (yes2...hubby Rita Rudaini)..pastu aku taktau dah apa jadi tapi last score Malaysia 2 - Taiwan 3..Malaysia still qualified untuk second round sebab aggregate 4-4...yang je la yang aku faham pasal bola ni....yang lain2 aku x faham sangat...player pun xkenal mana pun...ala..standard r pompuan ! huh !

tahniah Malaysia sebab dapat masuk 2nd round...:)

4. Daripada kita tanya macam mana kita nak hidup kalau mak kita takda, baik kita fikir  macam mana mak kita akan hidup kalau kita yang takda

Hurrmmm.....di'inspired' dari vlog2 mother's day by IniAnwarHadi, matlutfi90,dan aimanazlan90..in case u did not know so i provide a link for u guys ok...nk letak video dalam ni tak reti..masih lagi dok belajar blogging..:)

http://www.youtube.com/user/IniAnwarHadi#p/u/1/f_8zWQ3K_ik   ------>> ni Anwar Hadi punya tribute untuk mak dia...which is so touched..:'(

http://www.youtube.com/user/aimanazlan90#p/u/3/yCPzm30OLl0   ------->> ni pulak Aiman Azlan punya tribute....which so relax while watching....:P

http://www.youtube.com/user/matluthfi90#p/u/2/Id7joaec8mk   ---->>> and this is matlutfi90's...which is so cute...:)

okay...first thing first aku nak minta maaf dulu kalau2 sesiapa yang terjumpa entry ni dan terbaca entry ni mak korang dah kembali kerahmatullah so aku sangat2 nak minta maaf kalau coretan ini menyinggung perasaan anda..sesungguhnya darjat ibu tu penting dan i'allah di syurga lah tempat mereka..sama2 kita sedekahkan alfatihah dekat mak korang ok..:).*al fatihah....
Okay..back to the story lah...kita selalu fikir...macam mana la kita akan hidup kalau mak kita takde disisi kita kan...??? sapa nak tolong masak bila kita lapar...sapa nak bawak p keluar shopping beli barang rumah kat pacific mall..sapa nak tolong bebel kat kita kalau x kemas rumah...sapa nak tolong kejut solat subuh pagi2..sapa nak tolong beli mee rebus kat medan selera depan Giant petang2 lepas balik kerja untuk dijadikan dinner..sapa yang nak teman tgk cerita Stanza Cinta...dan bagai2 lagi lah...tapi, pernah tak dalam benak fikiran korang semua terfikir macam mana mak kita akan rasa kalau kita pergi dulu atau dalam kata lainnya menyahut panggilan illahi lah....??? aku tak tau jawapan ni...mak aku ja yang tau jawapan untuk soalan ni..aku takleh predict apa yang mak aku rasa..mak aku bukan expressive sangat pun...selalu gak dia conceal apa yang dia rasa...jadi tadi pun saja2 gamble tanya masa dok tgk cerita Stanza Cinta tu pun jawapan yang diberikan agak lah hampeh...so..hanya mak aku ja yang tau jawapan kepada soalan aku tadi tu...mungkin aku akan tahu bila aku dah takde lagi kat dunia ni...who know's right...??tapi, apa2 pun sebelum aku menyahut panggilan illahi tu aku nak buat mak aku proud dengan aku dlu so that I can rest in peace...I mean real peace...:)...so mak !! kakak sayang mak gila2....!!! sayang bapak jugak sangat2...!!! and sayang adik jugak sangat2 !!! (erkkkk...sayang adik...?kenapa aku tiba2 cakap macam ni...huhuhuh)

I've always known my mom loves me, but will never know how much --->> matlutfi90

5. Jitra dah macam KL

Okay...I admit Jitra is a very progressive area here in Kedah currently...rapidly progressing (betulke grammar...huurrmmmm)...ada ja benda2 baru yang diperbaharukan...melihatkan perkembangan ini aku jadi suka la...besh wooo nk makan secret recipe xyah pi Alor Star dh...:)...so apa yang macam KL nya..?xd pun Pavilion kat sini kan..?lalalalalalala....yang macam KL ni adalah jammed ok...i mean kesesakan lalu lintas yang berlaku disini...as all the Jitrahan (its supposed to be residence in Jitra lah !) knows, currently mereka mereka semua telah menjalankan kerja meletakkan tar di atas area yang paling sibuk sekali here in Jitra..jalan yang menguhubungkan Pekan Jitra dan Bandar Darulaman...itu adalah tempat2 yang sibuk tak kira waktu mana pun..dan tadi masa nak pi rumah Midah pun aku stuck sekejap dalam jammed tu dan nak balik tu aku tgk side sebelah nk menghala ke Bandar Darulaman sana memang horrror...bayangkanlah kereta bersusun dari traffic light depan Masjid Tanjung Pauh tu sampai kat Petronas sana kot...!! bayangkan berapa panjang...????

Okay..I think I shall stop...last but not least, thanx untuk kawan2 yang dah wish congrats kat aku...terima kasih sgt..(takkan wish ja kot..mai la seratus dua..hehehhe)..aku sangat2 delighted dan disebabkan offer ni aku masih tersenyum dan berasa tersangat2 gembira dengan berita ini..yang menambahkan lagi kegembiraan aku adalah aku dapat dekat Kedah ja...which is sangat dekat dengan rumah kalau nak compare dengan Diploma dulu..aku akan pastikan aku tak ulang lagi perkara2 yang jadi masa dekat Diploma dulu..akan berusaha sekeras kerasnya..kalau boleh Master nak buat kat oversea...heheheheh..so aku akan berdoa dan bersemangat menghadapi saat2 dua tahun yang akan datang ni....I'allah...

p/s :: bapak,mak..kakak akan senyum ja sepanjang masa dua bulan akan datang ni OK! :)