June 10, 2011

~Tipu Itu Perlu~


Just gonna stand there..And watch me burn...But's that all right all right because I like the way it's hurts..Just gonna stand there and hear me cry...But's that's all right because I love the way you lie...I love the way you lie...

Bibit2 ayat senikata lagu yang didendangkan bagai nak pecah anak tekak oleh Rihanna dan Eminem serta dinyanyikan secara cover version oleh Aida dalam pembukaan konsert AF9 (sumpah xsedap gila2 punya!) tidaklah melambangkan sepenuhnya apa yang aku nak kupaskan kali ni sebab apa yang aku nk cakap ni lebih kepada WHITE LIES....cumanya masa dok browse2 cari pic untuk di'attach'kan bersama entry kali ni aku terjumpa la pic atas ni dan dengan eksaitednya terus meng'upload' kerana tahap obsesi aku kepada Rihanna memang tiada tandingan di muka bumi yang serba indah ini..aku suka tahap gila2 pork pnya la kat Rihanna ni...biarlah dia nak pakai baju apa pun janji aku suka dia...seksi pi la dia macam mana pun..janji aku suka dia...biaq la dia macam mana pun janji AKU SUKA DIA....ehehehe...ermmmm.....balik ke pangkal jalan pls..:))

WHITE LIES...

Ini lebih kepada menipu yang minor2 jelah...bukannya tipu secara besar-besaran tu...amek duit mak korang RM 80 000 pastu cakap nak bayar downpayment keta tapi sebenarnya nk bayar hutang Ah Long...jgn buat macam tu ok..kesian mak korang...nak2 pulak yang pakej tolak2 mak dia tanpa belas ihsan..macam dalam cite drama2 swasta melayu masa kini..tapi aku tgk cite cina pun dah ada babak tolak menolak macam ni skank..jangan buat macam tu k...xbaik tau....tapi kan...?keta ape yang downpayment RM 80 000 ea..?Porshe kot...?abaikanlah....hehehe..

berbalik kepada tipu yang minor2 atau kata orang sekarang ni yang light2 je tu...konsep dia macam ni...korang ada seorang kawan yang badannya agak berisi (berisi di sini tak memberi maksud kepada chubby k..aku guna terms yang sopan ni)..atau mempunyai excess luggage yang terlampaulah banyaknya...tiba2 masa nk girls day out dia memakai pakaian yang agak la kurang sesuai... 
fashion disasterlah senang kata...contohnya...dia berisi bagai kan...?so..tema hari tu korang nk pakai long dress la sebab body korang bodylicious macam Tyra Banks...tinggi plus superb lagi kan...yang kawan korang lak tak nak kalah nk jugak ber'dress' segala walaupun badan dia kalah Queen Latifah..makanya korang terpaksa melakukan white lies...jgn plak korang pegi cakap kat kawan korang tu macam ni.. 'ko ni sedar diri ke tak ni...?ko tu dah la gemuk...xpayah la nk ikut macam aku ni...aku xpelah..kurus tinggi dan cantik lagi body idaman malaya ni....ko sedar2 la weyy....badan dah mngalahkan tong drum ada hati nak ikut pakai macam aku plak..??!! malu la nk ber'girls day out' gan ko ni...cermin la siket muke ko tu oiiii !' mau kawan korang tu lanyak korang cukup2..pastu paling ekstrem tu dia lompat2 atas korang yang sekeping tu ape pun xboleh...ahahaha..korang bukan je merosakkan hari korang dengan benda tak berfaedah dan tak membina minda macam ni..korang juga akan mengguriskan hati kawan korang yang selama ni sanggup bawak korang ke hulu ke hilir nek Kelisa dia..yang sanggup datang ambik korang sebab kena tinggal dengan bf kat highway tgh2 malam...yang tolong siapkan assignment korang masa korang tgh down sebab lecturer reject keje korang...dan macam2 lagi..jadi...bagi menyelesaikan isu di atas korang patut cakap macam ni..'Lisa..ko pasti ke ko nak pakai dress ni....?bukan xlawa kalau ko pakai...memang nampak sweet sgt kalau ko pakai..nak2 pulak kulit ko ni putih melepak...tapi hari ni kan kita nak pegi banyak tempat...dataran pahlawan lagi, mahkota parade lagi, uptown lagi, jonker walk lagi..ko mesti tak suka kalau nanti ko susah nk bergerak kan...?baik ko pakai baju ni..sama gak kaler gan dress ko tu...sweet tetap x lari dari ko punya lah...kan...?' kan ke lebih berhemah...memang la dia buruk gila kalau pakai dress tu sebab haruslah akan menampakkan excess luggage yang terbaik dari ladang tu dan korang pun memang tak tahan nak gelak tapi xbaik la kalau kita nak jujur sangat bab macam tu kan...?hehehehe 

jgn la buat nightmare macam ni okay??

lagi pasal white lies ni adalah masa korang terjebak dalam masalah keluarga yang maha hebat...macam apa yang aku alami sekarang lah citenya...kisahnya sepupu aku aku bercinta dengan seseorang yang tidak sama sekali direstui oleh pihak keluarga aku dengan sepakatnya sekali..tidak ada sesiapapun yang menyatakan persetujuaan tentang perkara ni..nak dijadikan ceritanya pulak speupu aku ni banyak bercerita kepada aku tentang perkara ni...maka mak dia telah menyampaikan ke seluruh saentero keluarga tentang ke'tahu'an aku mengenai perkara ni..makanya sekarang ni ramai yang bertanyakan aku tentang perkara yang wajar aku katakan sudah mencapai difficulty 10 dalam rate serius...jadi aku terpaksa melakukan white lies...bukan untuk menyelamatkan diri aku..tapi untuk tidak membuatkan sepupu aku bertambah sengsara dengan kata2 tohmahan dari pihak keluarga dan juga tidak mahu menghilangkan kepercayaan dia terhadap aku...bukan untuk mengeruhkan lagi keadaan namun aku tersepit antara keluarga dan humanity..humanity tu macam sifat pada diri kita la...dalam konteks ni aku tersepit dalam hal yang membabitkan kepercayaan...tapi aku akan memainkan peranan dengan menasihatkan sepupu aku pada tahap yang paling maksima...suruh dia membaiki hubungan kekeluargaan yang kian rapuh ni...terus men'psyco' dia sebaik mungkin..peluang masih ada selagi perkahwinan tidak berlaku dalam hubungan dia dan kekasihnya itu...maaf..paragraph ni mungkin sedikit serius tapi kalau korang tahu betapa seriousnya hal ni korang jugak pasti akan serius je muka tatkala bercerita tentang hal ni...jadi kita berinjak la ke paragraph yang lain..ehehehe

sepupu aku tu sebelah kiri..yang sebelah kanan tu pulak aku..:)

while lies seterusnya...macam masa korang nak clash la citenya..dapat idea ni masa tgh tdo tadi...ahahah..macam ni cerita dia...korang sebelum ni memang minat tahap 7petala langit la kat satu mamat tu..sebab muka dia macam Seth Tan dalam cite Nora Elena tu...jadi korang menggunakan segala kuasa menggoda yang ada (tapi bukan buat jahat macam Yvonne) untuk men'tacle'dia sebaik mungkin..dan setelah berusaha dengan sekeras-kerasnya korang berjaya jugak memiliki sang arjuna hati...jadi korang ingat pakej Seth Tan tu sepenuhnya la ada kat jejaka idaman korang tu..NAMUN...tidaklah korang sangka yang sebenarnya..beliau tidaklah se'romantic', se'sweet' dan se'charming' Seth Than itu...perangainya mengalahkan perangai ex korang yang suka mengamuk tak tentu pasal tu...imiginasi korang mengenai Seth Tan pada diri dia tu terus la berkubur dengan jayanya sekali...:)..makanya korang terpaksa melakukan sekali lagi white lies untuk break up gan dia sebab korang nk cari Seth Tan lain...korang mesti cakap macam ni kat dia taw..'i memang suka sangat kat u..sayang u teramat la sangat...tapi i rase kita dah tak boleh bersama la...i tak mungkin dapat cintakan orang lain macam i cintakan u...tapi nak buat macam mana..mama i dah cari jodoh untuk i...dah tunangkan i masa i kecik2 dulu sebab x nak nanti harta i yang juta2 tu jatuh kat tangan orang lain...i pun xsanggup nak lukakan hati u...tapi mungkin jodoh untuk kita bersama setakat ni je...i akan cintakan u sepanjang hidup i...i lep u Sood my leb2 ...'..walaupun korang rasa sangat nak nak muntah darah bila berdialog sedemikian rupa tapi elemen exaggeration perlu ada di dalam the art of white lies ni...kalau tak pihak yang lagi satu tu xkan percaya ape yang korang cakap...ok..?selamat mencuba ye...

suka sangat la aku kat seth tan ni...memang susah la nk wujud lelaki macam dia kan...:)

okay..aku rasa cukuplah setakat tu ape yang aku bualkan disini...macam terbanyak pulak hari ni kan..?OTT plak rse...igt ye..element exaggeration dalam the art of white lies haruslah seiring ye tuan2 dan puan2...jgn dipisahkan...kerana ianya akan menentukan sama ada ia real ataupun tak...jgn lari konsep tu...:)

p/s :: bukan nak menggalakkan korang dapat dosa dengan menipu tapi kadang2 tipu itu perlu bag menjaga hati orang yang dekat dengan kita...kejujuran kadang kala membunuh ! :))

No comments:

Post a Comment