November 08, 2011

~Dia Bukan Untuk Aku Lah Tu~

Dari title di atas ni macam obvious sangat tak apa yang aku nak cerita hari ni...?? Agak-agaknya semua boleh agak tak ape yang aku nak cerita ni...?? Dan daripada agak-agakan semua orang tu rasanya klise tak ape yang aku nak tulis ni...??

Hurrrmmmm...klise tak klise...aku nak cerita jugak...so, apa aku nak cerita hari ni...?? apa benda klise yang aku nak cerita ni...??

Obviously LOVE la kan...:)..ke tak obvious sangat..?hmmmm

Tapi aku bukan nak bercerita tentang keindahan cinta tu walau kita semua dah tahu yang perasaan cinta itu adalah satu perasaan yang amat indah..ada jugak yang tak indah tu...jadi, aku nak bercerita tentang cinta yang tak berapa nak indah sangat tu....

Cinta kita sesama manusia bernama lelaki dan perempuan yang menemui titik kegagalan..

Okay, mukadimahnya begini ye...

Cinta itu satu kurniaan perasaan yang terindah rasanya bagi aku...dan semua orang yang pernah bercinta akan agree dengan aku...

Perasaan di mana seseorang mengambil berat pasal kita...

Perasaan di mana ada orang risaukan kita..

Perasaan di mana bila tiap-tiap kali tengok message or even miscall pun terus rasa nak senyum sampai telinga...

Perasaan di mana terus rasa nak dressup cantik-cantik setiap kali nak dating dengan dia...

Perasaan di mana bila kita sedih ada orang akan comfort kita..

Perasaan di mana bila kita ada girls fight akan ada orang backup kita...

Bla...bla..bla..bla...bla....

TAPI ...


Tak semua benda kat dunia ni indah-indah belaka...life kita ni reality..ada benda yang kita suka dan ada benda yang kita tak berapa nak suka..kalau nak 'happily ever after' sangat boleh masuk pi masuk dalam Fairytopia...sebab kat sana semua love story ending dia 'happily ever after'...

Waktu-waktu kita keseorangan ditinggalkan atau meninggalkan inilah selalunya kita akan rasa satu perasaan yang semua benda kita nak shift the blame untuk pihak yang lagi satu itu..even air milo tumpah atas notes Law pun nak salahkan that particular someone jugak...ish..ish..ish...

Benda ni salah actually...even aku pun selalu buat benda-benda ni tapi bila aku dah kembali kepada kewarasan norma pemikiran aku fikir yang sebenarnya aku agak bodoh bila buat macam tu...yelah...sepatutnya aku lebih matang dalam menerima segala apa yang Allah dah tentukan...mungkin dia bukan untuk aku lah tu yang sampai situ je relationship aku tu...

Tak kiralah kau bercinta sepuluh tahun pun kalau dah dia bukan untuk kau so bukan untuk kau lah jugak..tak payah kau nak ber'emo' bagai lah...benda bukannya end of everything pun...

Bagi aku, there's a huge different between stupid and ability to face the fact..seriously..so, sama-sama la kita fikir apa rasionalnya aku cakap macam tu kan..

Sebelum kita jumpa yang betul kita kena experience benda-benda yang salah dulu..take on a bright side la...yang mana jumpa yang dah betul tu alhamdulillah...yang aku nak cerita ni yag jumpa salah sebelum bertemu yang betul...

Jadi, dari sudut kematangan dan pengalaman, sudah terang lagi bersuluh la mereka yang pernah mengalami kegagalan dalam perhubungan itu dapat merasai perkara itu...tak rugi pun lah...boleh enhance diri supaya lebih tahu macam mana nak handle diri lagi..there's always a reason in everything...:)

Aku ini dulunya seorang yang amat suka buat teruk dalam semua benda...sebab itulah sekarang ini pun ada kalanya kadang-kadang aku terbuai oleh emosi dan menjadi over sensitive...macam masa aku tengah taip entry inilah ni...but, sekarang ini, waktu ini, most of the time aku rasa aku perlu relax dan chill sahaja...semua benda mesti ada cara macam mana nak handle... 

Regarding perihal cinta tak sampai ini, hujan di tengah hari ini, kasih terhalang ini, dan semua-semua yang ada kaitan dengan ini aku rasa semua orang pun janganlah terlalu frust sangat kalau benda ini jadi...lebih baik clash sekarang dari clash nanti-nanti ni...nanti ni lagi banyak buang masa...

So, nak buat macam mana...?

Take a deep breath and move on...percayalah...kalau benda-benda macam ini terjadi...tenangkan fikiran dan cakap pada diri sendiri..."Dia bukan untuk aku lah tu..I deserve someone better...definitely !" (nak lagi best, cakap sambil terlompat-lompat..for sure effect dia lagi best kot...;P)

And you will smile all way through...seriously ! :D

*Relationship kat sini aku refer kepada relationship yang korang dah plan future semua tapi hubungan tu tak panjang...

*Relationship kat sini aku refer kepada relatinship normal antara lelaki dan perempuan...tak masuk hubungan-hubungan terlarang dalam konteks islamiah...

*Ada mixed feeling when I wrote about this...teringat kenangan lama maybe..:"(

No comments:

Post a Comment