November 10, 2011

~Persoalan Pasal Kenapa~

Okay...

Mukadimahnya macam ni...aku selalu fikir tentang pasti orang akan tertanya-tanya kenapa aku tak buat itu dan tak buat ini...ke aku je yang budget orang lain tertanya-tanya padahal takde pun orang nak tertanya-tanya...?saya memang seorang yang budget hot...kalau awak rasa saya tak hot awak punya pasal lah kan...eh..?nak emo pulak tiba-tiba kan saya ini...hahaha

Sudahlah mukadimah ini...rasa macam makin lama makin out of topic pulak kan..?marilah kita sama-sama berkongsi tentang beberapa 'kenapa' dalam hidup aku ini...:)

Kenapa 1 :: Kenapa aku tak pernah buat entry pasal current issue ?

Apa ye current issue yang tengah up sekarang ni...?Seksualiti merdeka...?AUKU...?Chef Riz tipu CV dia...?? Rain pergi Military...?isu halal haram..?tudung Yuna macam paderi perempuan...?bla..bla..bla...bla...

Hurmmm...its just I don't have any interest on that lah....aku ini manusia yang biasa yang suka berfikir pasal biasa-biasa sahaja...some more aku kalau bercakap pasal current issue ini aku tahu aku akan salah fact dengan banyaknya..aku yakin aku tak mampu untuk menghuraikan sesuatu perkara itu dengan baiknya..aku lebih suka membaca dan mendengar tentang isu-isu semasa...bukan aku tak mau ambik port tapi aku rasa kurang yakin untuk memberikan eloboration yang meyakinkan...

Aku seringkali dilabel cakap macam orang tak de agama lah, tak sensitive dengan sesuatu isu lah, tak sensitive dengan agama sendiri lah, mind aku dah corrupt lah, dan segala macam lagi yang aku rasa tak sedap aku nak dengar...

Aku cakap pakai tudung macam Yuna tu kira okaylah daripada yang tak pakai tudung sana tu...apa masalah dia kalau dia nak pakai macam tu...?Ustaz mana-mana tak dak pun kata haram segala bagai..kenapa people terlalu judgemental nak cakap dia macam-macam...?bukan sebab aku minat kat Yuna aku cakap macam ini..tapi, I just can't take it when people concern for something that's nonsence...better la buat hal sendiri and don't bother about others...

Aku makan McD sebab McD sedap....tak de kena mengena aku payung Yahudi suruh tindas Islam dan segala bagai lagi....some more, makan Spicy Chicken Mcdeluxe boleh kenyang ape...lagipun, kalau nak kira boikot tak boikot ni susahlah...kau tak payah keluar rumah langsunglah kalau macam tu...kita dah tau kita dah pakai most of those 'stated' brands from kita jadi baby lagi...or perhaps since dalam perut mak kita lagi...so, tak adillah kalau baru sekarang kau nak boikot-boikot bagai...its apart of us pulak kot..huhuhu

antara product Israel....

Seksualiti Merdeka itu pada aku nonsense....Marina Mahathir ke, Ambiga ke, apa pun ke, I DON'T GIVE A DAMN ! aku tak kisah kau dan aku berbeza fahaman politik atau ape sekalipun...bila benda itu nonsense ia akan tetap jadi nonsense...takkan ada satu benda pun boleh mengubah perkara-perkara nonsense menjadi positif..daripada orang-orang yang terbabit dengan benda-benda nonsense ini buat benda-benda nonsense ini, aku rasa lebih baik kalau diorang fikir macam mana nak bagi Malaysia ni zero poverty ke, fikir macam mana nakmembaikpulih jalan-jalan yang rosak ke, fikir macam mana nak survive kalau tsunami jadi balik ke, fikir macam mana nak save orang-orang yang berada di kawasan-kawasan yang mungkin banjir ke, kan lebih baik...?daripada buang duit, buang buah fikiran nak fikir benda-benda nonsense ni...


Banyak lagi actually benda-benda yang orang cakap aku macam-macam kalau aku buat something...aku baca banyak pasal illuminati and freemason pun terus label aku ikut ajaran sesat...aku main angry bird cakap aku tak sensitif dengan agama aku sendiri lah...aku pakai crocs cakap aku tak percaya Allah lah...macam-macam lagilah..

Aku bukan jenis yang baca and immediately nak tergedik-gedik share kat facebook...aku bukan jenis kalau baca satu article pasal satu isu terus nak budget macam tahu semua...aku tak suka begitu...aku tak suka terlalu judgemental...

Aku suka berfikir kenapa begitu dan kenapa begini...

Aku suka berfikir kenapa ada yang bersetuju dan kenapa ada yang tak bersetuju...

Aku suka berfikir kenapa dia cakap macam ini dan dia yang lain cakap begitu...

Aku suka berfikir kenapa timbulnya isu itu dan kenapa isu yang lain tidak timbul..

Tapi, aku suka berfikir semua ini secara simple...tidak perlu terlalu into it sangat....:)

Sebab itu, aku tak nak update tentang current isu..sebab aku akan mengambil masa untuk mendigest sesuatu benda...aku mengambil masa untuk mengetahui pendapat orang lain tentang isu itu...aku mangambil masa untuk compare view aku tally ke tak dengan orang lain..kalau tak tally, kenapa tak tally..kenapa dia berfikir begitu dan kenapa aku berfikir begini...

Kenapa 2 :: Kenapa aku lagi suka Facebook dari Twitter ?

Apa...??? Kau pakai FB lagi...? Tak tahu macam mana nak tweet tweet...?eh ! tak urban la kau ni...pakai tweet tweet je lah weyy....kampung kot kalau setakat dok FB lagi....mak cik cleaner nak cari kawan sekolah boleh la dok facebooking lagi weyyyy !!!

Begini ye...korang guna kebijaksanaan korang berfikir ye...

Setuju tak kalau aku katakan orang yang setiap sepanjang masa bertwitter itu sebagai orang tak dak life...?

Setuju tak kalau aku kata orang yang setiap sepanjang masa bertwitter itu sebagai manusia yang duduk dalam kingdom dia sendiri di mana kingdom itu nama dia Kingdom Burung Biru Tweet Tweet...?

Setuju tak kalau aku cakap kalau orang yang setiap sepanjang masa bertwitter ini sebagai manusia bodoh yang nak selalu update dia kata mana...buat apa....dan sebagainya setiap selang 5 minit....?

Tadi aku buka twitter...kebetulan aku memang follow Yuna...yes...aku pun ada twitter..namun aku tidaklah seaktif mana...celik mata tweet...pejam mata tweet...dalam tidur pon tweet..takde maknanya...berbalik kepada cerita Yuna...tadi siang ini lah duk jadi benda ini...boleh dia tweet mana toilet kat Bukit Jalil...? 3 4 minit lepas tu tweet lagi dah jumpa toilet...habis kes toilet update lagi tengah dok bersound check segala...padiiiaaaa.....?

Aku tak suka buat benda-benda begitu...terasa nampak benar takde ruang sosial yang lebih efektif....hanya life di laman maya sahaja nampaknya kan....:)

Aku lebih prefer Facebook sebab aku rasa Facebook lebih efektif kalau nak memberitahu tentang apa-apa...aku rasa Facebook lebih senang nak berkomunikasi...aku rasa kalau nak share tentang apa-apa issue lebih efektif di situ...aku dapat compare view aku dengan orang lain mostly dari Facebook...dan aku tak mampu buat macam itu dengan Twitter....

Mungkin rakan-rakan aku tak macam rakan-rakan kau yang 24-7 hadap twitter...lalalalalalala

aku lebih prefer Facebook....:)

Kenapa 3 :: Kenapa diploma buat lain, degree buat lain ?

Aku pemegang Diploma Pengajian Perniagaan (Insurans) dan sedang menyambung pengajian dalam kursus Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan (Kepujian) (Pemasaran)...

Banyak sudah aku dengar yang kenapa tak ambil sama dengan diploma...?kenapa ambik marketing...?kau suka sangat membaca ke...?kau bukan lagi power calculation ke...?kau yakin ke kalau kau tak buat Insurans kau akan better dengan Marketing ni..?kau tak letak insurance first choice ke masa kau apply degree...?kau rasa kau ada masa depan ke dengan Marketing ni..?

Banyak sangat la soalan-soalan yang tak serupa soalan keluar dari mulut manusia-manusia sekitar aku ini...

Jawapannya, aku yang nak belajar...jadi biarlah aku nak belajar walau apa-apa pun kan...ye...most of my friends pun memang buat degree insurance pun...salah ke kalau aku nak keluar dari circle yang aku dah bersama masa dulu ini lagi...?aku tak mau hanya life aku dalam insurance sahaja...aku suka variety...aku dah lihat how insurance was...dan aku sangat excited untuk tengok marketing itu pula bagaimana...

Tentang Marketing ini banyak membaca dan bagai-bagai lagi itu aku tak boleh nak kata apa lah...insurance dulu pun aku rasa sama saja...banyak Law lagi kau... Engineering lagi susah kot !! Architechture lagi susah kot !! Art and Design lagi susah kot !! ah !! semua susah lah...jadi sebab itulah kena belajar...nak bagi yang susah itu jadi tak susah...:)

Kenapa 4 :: Kenapa umur dah 23 tahun tapi tak de someone special lagi ?

SEBAB TAK DAK JODOH DAN JODOH AKU DULU TAK PANJANG DAN AKU LEBIH SELESA UNTUK HIDUP BERSENDIRIAN BERSAMA DENGAN KENANGAN-KENANGAN LAMA AKU.....-___________-


*letih update...entry panjang kali ini...malas nak check balik...kalau ada typo tu i'm sorry...^_^

No comments:

Post a Comment