sebetulnya hari ni aku berhasrat untuk mengimbau kenangan aku bersama arwan Wan (Al-Fatihah) tapi aku rasa masih awal untuk aku buat tribute untuk dia..memang aku mengaku aku masih rindukan Wan dan pkara (kematian) itu seperti baru saja berlaku namun aku harus kuat kerana setiap yang hidup pasti akan mati..semoga rohnya ditempatkan bersama dengan orang-orang yang beriman hendaknya..aminnn...
disamping itu juga ramai pasti memilih untuk menceritakan tentang bapa kerana yelah kan...19 June kan Fatheer's Day...aku mengambil pendekatan untuk tidak mahu juga buat tribute kat bapak aku lagi sebab aku rasa sebaiknya aku buat masa bday dia nanti..lebih meaningful rasanya kot...some more bapak aku xd kat rumah ni aku nk ye2 wish pun...dia pun mana la nk reti blog2 bagai ni kan...ahahaha
okay...cukup merepek disitu...marilah mengkaji sesuatu dari sisi pandangan aku seperti yang aku selalu buat...danhari ni setelah aku di'inspire' dari seorang rakan fb aku makanya aku dh berjaya mendapakan tajuk untuk hari ni...
JEALOUS..
sebagai manusia yang normal aku rasa kita semua akan ada masalah ni...bezanya antara sedikit atau banyak...bagi aku sendiri ada certain time aku rasa tahap jeles aku ni lebih dari 7petala langit dan adakalanya pulak macam tak de je..tapi sepanjang aku 22 tahun 11 bulan 19 hari (pada masa entry ini ditulis..) ni aku dapat la conclude yang aku ni sebenarnya jealous person..kenapa...?
hal yang paling dekat adalah kes2 yang melibatkan adik beradik la...dan nk dijadikan cerita dalam dunia ni aku ada sorang jelah adik..kenapa aku jeles kat dia..?mungkin agak 'lame' untuk aku nyatakan kat sini tapi kadang2 aku rasa macam mak gan bapak aku lebih sayangkan dia daripada sayangkan aku...adik aku beruntung sebab dia dilahirkan pandai daripada aku...fast learner plak tu..rajin belajar..aku ni lain...aku belajar memang la belajar tapi x sekonsisten dia...dan perkara tu menyebabkan isu selalu berlaku pada aku bila mak dengan bapak start bebel2..nk bandingkan aku gan adik aku la...nak2 pulak pakej gan aku study kat Polimas dulu tak habis lagi rancak la peluru2 berpandu keluar..okay..kalau dah start banding2 tu nanti kuar la ayat2 yang berbunyi 'anak kawan mak tu dh grad dh pun..master lagi tau', 'siti tu dia ambik engineering kat UiTM Seri Iskandar', 'abg mie dah dapat dh keja government' dan macam2 lagi la perkara2 yang menyakitkan telinga aku...TAPI...aku rasa minda aku masa menerima segala kritikan waktu tu kurang matang kot...sebab tu aku terus terusan condemn mak gan bapak (dalam hati) aku dengan jayanya tanpa gagal...dan kini aku rasa pemikiran aku mungkin lebih matang dari sebelumnya..dapat nampak benda beyond the box so aku rasa macam nak p cium kaki depa mntak ampun sebab kutuk macam2 dulu..:)
gambar aku dengan adik aku masa ida (sepupu) bertunang ! :)
selain itu (skema lak tetibe..hehe) aku juga rasa teramat la jealous kepada mostly kawan2 aku yang tgh berbahagia bersama tunang masing2, suami masing2 dan anak masing2...tak mau merujuk kepada bf atau gf kawan2 kerana mode akan bertukar kepada super jealous yang melampau2 lak nanti...hahaha...jgn kata kawan2 la...sepupu aku yang yang lagi muda dari aku tu pun dh kahwin kot...aku ni ha lagi yang dok terkapai2 mencari apa yang dinamakan cinta..wah2..melampau pulak..ehehehehe...tapi memang sebetulnya aku jealous gan hubungan halal bersetubuh rakan2 aku..yang xberapa halal bersetubuh tu aku jealous la jugak namun x la maha hebat sangat..ehehehe..tapi xpe..jodoh diorang mungkin cepat dan jodoh aku mungkin lambat sikit..xpe2..aku sabar menanti..jealous kat dorang tu sume kejap2 je sebab at the end of da day dorg akan produce zuriat2 yang comel dan secara otometiknya akan jadi flower girl dan flower boy aku secara FOC bila aku kawen nanti...sekarang ni aku sentiasa mendoakan kebahagian kepada rakan2 yang berumah tangga dan bakal mendirikan rumah tangga even aku rasa inferior sgt sbb sorg2 dah kahwin...plg menyayat hati time cuti sekolah r..byk sungguh jemputan kahwin..but...i should pray for their happiness kan...? :)
ini adalah gambar anak kawan aku yang aku anggap macam anak sendiri..:)
jealous yang terakhir adalah jealous dalam hubungan percintaan..haruslah ada elemen jealous kan dalam hubungan..tapi aku kira elemen ni dalam diri aku terlalu la banyaknya sehingga menyebabkan kesemua hubungan percintaan aku layu bak teratai layu di tasik madu (aku lupa macam fauziah latiff nyanyi lagu ni..:P)...elemen ni memang aku nak btaw patut ada dalam setiap pasangan sama ada bercinta, bertunang hatta berkahwin pun..namun amat2lah dinasihatkan supaya tidak berlebih2 lebihan sehinggakan suami korang buat OT sebab nk simpan duit bawak korang vacation kat Paris pun korang cakap dia pegi 'bersama' perempuan lain...biar berasas sikit tuduhan tu supaya korang tak mnyesal dikemudian hari..gunakan akal dan fikiran yang waras dalam membuat keputusan..
macam ni la keadaan aku tiap2 kali breakup...(currently dok taip sambil dga lagu kisah hati by alyah..:'(
kita bercakap pasal pengalaman dan aku bercerita melalui pengalaman aku...semoga pengalaman aku menjadi pengajaran hidup aku dan kepada sesiapa jugak yang membaca ini..kerana pengalaman itu mendewasakan kita..dan kesilapan itu bukan sesuatu dosa tetapi kesilapan itu mengajar kita untuk menjadi yang terbaik dan semestinya lebih baik dari hari semalam..
mungkin entry kali ini a bit boring sebab aku pun tersengguk2 baca masa nak edit ni tapi kadang2 kita perlu serius untuk bercakap benda yang serius...adakala kita leisure kita akan lebih santai...:)
so..jawapan kepada soalan diatas sama ada perlu atau tidak jealous tu korang decide la..:)
p/s :: nape masa browse nak cari pic pasal problemetic couple nk attach dalam blog ni aku tjumpe byk pic2 drama korea..?rsenya kat korea banyak masalah cintan cintun kot..kan..?:p

No comments:
Post a Comment