June 12, 2011

~Kesilapan Hidup~

Semua manusia pernah melakukan kesilapan dalam hidup dia...tak kiralah kesilapan itu kesilapan yang maha hebat ataupun sekecil zarah...tapi isunya kat sini bukan se'giant' mana ataupun se'cinonet' mana kesilapan yang korang buat tu...tapi cara korang counter balik silap tu...dah sah2 bila kita labelkan sesuatu itu sebagai satu kesilapan maknanya kita tau yang benda tu salah...satu pencapaian yang patut korang banggakan jugak tu kalau korang tahu korang buat silap..jangan tak tahu yang dekat muka bumi yang serba indah dan nyaman ni wujud jugak manusia yang amat jahil dengan diri sendiri dan menyangkakan ape yang dia buat adalah semuanya betul..kira mcm budget diri dia sendiri tu Mr. Perfectionist or Mrs. Perfectionist la...

chumell kan...?:))

Terlalu besar untuk kita nyatakan yang manusia ini sempurna..kerana kesempurnaan itu masih hak mutlak Tuhan kita..Allah s.w.t..kita manusia ni sentiasa melakukan kekhilafan atau dalam bahasa mudahnya kesilapan...macam aku kata tadi la...xkira berapa size kesalahan atau berapa volume kesalahan yang korang buat tu...tapi cara nak counter balik...bukan ulang balik kesalahan yang korang buat tu kerana alangkah ruginya seorang manusia tu kalau dia ulang balik kesilapan yang dah pernah dia buat...setiap kali kita sedar kesalahan apa yang kita buat tu sebenarnya Tuhan nak bagi peluang untuk kita berubah...Niat untuk berubah saja tak cukup ye kawan-kawan...mestilah disertakan dengan keazaman dan komitmen yang maha tinggi bagi merealisasikan satu perubahan itu.berbekalkan keazaman dan komitmen tu korang kena lakukan anjakan paradigma untuk buat benda tu...kalau berazam je tu sama la macam hangat2 tahi ayam...kalau macam tu baik tak payah berubah kan...:))

Oleh itu, aku sebagaimana manusia biasa melakukan kesilapan-kesilapan yang tak dapat nk tolerate gak cara aku counter kesilapn-kesilapan aku suatu masa dulu...tiada keazaman yang maha tinggi..tidak letakkan paras komitmen pada tahap yang sepatutnya dan juga anjakan paradigma yang terbantut..jadi keputusannya amatlah mengecewakan bukan saja bagi aku tapi bagi ibu bapa aku juga...apabila kekecewaan ibu bapa mengusai, tahap loser korang akan secara otometik bertambah dengan begitu mendadak sekali..masa tu la korang rasa korang tak patut lahir kat muka bumi ni...rasa macam nak bagi balik duit2 yang mak korang dah belanjakan sepanjang nak besarkan korang sume la...


ini adalah bapak aku..Siswadi bin Shariff..muka legend hati cute..:p

dan ini pulak mak aku..Zalillah bt Hassan..the greatest mom of all..:)

Jadinya hari ni, aku nak berkongsi kesilapan-kesilapan besar dalam kehidupan aku yang menyebabkan kekecewaan mak dan terutamanya sekali bapak aku pada tahap OTT...first and foremost, adalah hal yang berkaitan dengan pelajaran la of course...aku ni tak dilahirkan sebagai anak yang smart kepala otaknya...tak macam anak2 orang lain kalau dalam study tu seboleh2 result nak 80A (wah..melampau)...sume major2 exam lam hidup aku masa sekolah adalah sekadar average sahaja...cukup2 untuk menempatkan aku di sekolah menengah yang tak begitu best environment study dan juga melanjutkan pelajaran diperingkat tertinggi dengan kelulusan yang minima sahaja...namun pada peringkat persekolahan aku tak begitu mengecewakan mak dan bapak aku ke tahap se'ekstrem' mungkin..kisahnya bermula apabila aku berjaya menempatkan diri aku di Politeknik Sultan Abdul Halim Mua'adzam Shah(POLIMAS)..sekiranya aku menamatkan pengajian di sana sudah pasti kini aku pemegang Diploma in Architecture...sebab kawan kawan Sijil Senibina aku dulu kini mostly memegang Diploma Senibina dh..namun ada kisah menyedihkan berlaku di sana...kisah yang mengajar aku maksud kehidupan dalam erti kata yang sebenar...sememangnya kehidupan aku di POLIMAS amat indah kerana bertemu dengan rakan-rakan yang boleh aku katakan kawan sehidup semati...tapi bukan kawan yang aku nak cerita disini...macam ni...masa lepas SPM aku apply politeknik...pastu pilih course memang tak nak kalah...sekali pilih Architecture...amek kau..!masa apply memang tak fikir la segala kesengsaraan yang bakal dilalui...masa dapat pulak memang hapy tahap 7petala langit ni...tapi panas yang kusangka sampai ke petang namun ribut petir melanda tatkala aku sedang bersuka ria menikmati kehidupan sebagai seorang pelajar POLIMAS...kesusahan course ni memang tiada tandingan dalam muka bumi ni..nak cerita setiap kesusahan aku masa di sana rasanya tak cukup sebab niat aku nk light2 je dalam entry kali ni..maybe next time aku akan kupas secara lebih dalam lagi...jadi..kesilapan masa aku di POLIMAS ni adalah aku terlalu mengambil ringan dalam semua perkara termasuklah dalam hal2 menyiapkan drawing, submit assignment, sesi crit dan sebagainya lagi...dek kerana kealpaan aku maka pointer pun dah kelaut drawing semakin hari semakin teruk, design pun dah jadi macam ntah pape maka aku mengambil keputusan untuk apply UiTM dengan harapan aku akan melakukan perubahan kelak...dah tak mahu kelaut lagi macam masa aku di POLIMAS..dan kerana doa keluarga dan result SPM aku yang takdelah teruk bebenor aku berjaya diterima masuk ke UiTM...namun mendapat kritikan yang maha hebat la dari pihak keluarga sebabnya aku hanya tinggal satu semester saja lagi dekat POLIMAS tu..tapi apakan daya..aku sudah tidak mampu menghadapi tekanan demi tekanan di dalam men'complete'kan pelajaran aku disana...lalu aku tinggalkan la POLIMAS dengan rasa berat hati bersama kenangan yang amat memberi kesan pada aku...

Jadi kehidupan aku sebagai mahasiswa UiTM bermula pada tarikh 27.12.2007...detik dan ketika ini sejarah repeat2 paper macam masa kat POLIMAS dulu memang tak mahu aku ulangi lagi...di sini aku mengambil course Diploma in Business Studies (Insurance)..momentum aku pada semester pertama berjalan dengan begitu lancar sekali...tapi sekali lagi nightmare pada semester kedua dan berlanjutan sehingga ke semester keempat...aku hilang rentak dalam jangkamasa ini akibat daripada hanyut dengan hiburan dan kebebasan apabila hidup jauh daripada ibu bapa..mungkin aku alpa apabila aku berjaya menebus kesilapan pada semester pertama jadi aku kembali menjadi sambil lewa masa masuk semster kedua..nk enjoy sangat kan..?nak! amek kau ! enjoy la sangat kan ! tapi masuk semester keenam tatkala aku berada di luar kampus (tak boleh duduk hostel dah), hubungan aku dengan classmate menjadi sangat rapat dan semangat aku nak belajar menjadi bersemangat la balik..thanx gak kat classmate yang semakin nampak aku dan memberi semangat yang begitu jitu sekali...akhirnya kini aku berjaya la menamatkan diploma walaupun berdepan dengan kesukaran sangat..walaupun tak dapat nak banggakan mak bapak aku secara total tapi sekurang-kurangnya aku berjaya menamatkan pengajian aku...alhamdulillah...

sebenarnya banyak lagi kesilapan besar yang aku buat...tapi waktu aku dok cerita pasal ni aku rasa sedikit down menyebabkan semangat aku mendadak la pulak turunnya...tu la agak serius sikit tu..mungkin kesilapan yang lain akan aku kupas lagi untuk masa2 yang mendatang..apa yan g aku nak tekankan adalah bila dah tahu kita buat silap jangan ulang kesilapan yang sama...berubahlah untuk menjadi lebih baik kerana tak rugi berubah untuk jadi lebih baik tapi sangatlah rugi bila tak sedar apa yang kita buat tu adalah satu kesilapan...

*yang baik datang dari Allah s.w.t dan yang buruk datang dari diri aku sendiri...

No comments:

Post a Comment