okay..MANUSIA...definisi manusia daripada wikipedia bermaksud makhluk yang tidak sempurna..aku ambik ni dari konteks Islam sebab aku sendiri beragama Islam...memang banyak yang aku tak tahu dalam Islam walaupun hakikatny muallaf macam Ustaz Ridhuan Tee atau Ustaz Ravi tu..jadi berbalik kepada manusia tadi tu kita menjurus kepada ketidaksempurnaan sebenarnya..dalam Islam itu sendiri dah cakap yang kita adalah manusia yang kita berada jauh dari kesempurnaan...dan dari kecik2 masa kat sekolah agama lagi ustazah dah bagitahu yang hanya Allah s.w.t sahaja yang sempurna...kita tidak boleh menidakkan perkara yang benar ini kerana hanya Pencipta kita dalam saentero galaksi atau kata mudahnya dunia la, yang layak kita katakan sempurna...namun begitu, (nape rasa skema lak ni bila sebut perkataan ni..hehe) penyempurnaan manusia tu boleh didatangkan dari pelbagai aspek..bukan maksud aku sempurna secara total la..tapi lengkap melengkapi la maksud dia tu...ehehe..aspek tersebut hanya dari pandangan mata kasar dan benak fikiran aku...bukan nak kena mngena dengan tipah, joyah, mahupun semah ye...PANDANGAN ANIS BINTI SISWADI sahaja (fobia orang salah paham dalam tagged ari tu cakap aku budget bagus..heheh)...salah satu dalam aspek kehidupan untuk mencapai kesempurnaan walaupun tidak secara totalnya adalah melalui PERKAHWINAN..
kenapa aku tergedik2 nak cakap pasal perkahwinan....?ye..sebab mostly kawan2 aku banyak yang dah kawen..yang nak kawen pun ada..aku ni..?ntah la...sabo je lah tipah oiii....mak aku pun tak de nak rushing2 aku soh kawen ke ape...msih belajaq pulak katanya kan...:))..jadi dari perkahwinan ni kita menjadi saling melengkapi...apa yang kurang pada pasangan kita ada pada kita..dan apa yang kurang pada kita ada pada pasangan kita..analoginya begitulah...jadi bukankah itu maksudnya melengkapi...?dan melengkapi itu bukan ke lebih kurang sama dengan kesempurnaan...?jadi aku xde la nk obses bagai gan kesempurnaan ni...cuma aku rasa dari pemahaman aku ni bila perkahwinan (atau perakad nikahan lebih tepat..ok merepek..:p) kita memang lebih kepada benda yang aku cakap kat atas ni la..musim2 cuti sekolah ni pulak banyak yang nak mnyempurnaakan diri kan...?jadi alhamdulillah la...berpuluh kenduri pulak dok attend since start cuti sekolah ni kan...?ntah2 barisan ex2 aku pun dah ada yang menyempurnakan diri masing2...alhamdulillah la fasa2 percintaan mereka melalui fasa indah...dah nk start emo la ni...ok...mari kita cakap lagi pasal Perkahwinan Itu Kesempurnaan bg mengelakkan aku terus dari berbicara tentang hati dan perasaan...ehehee
okay...berbalik kepada Perkahwinan Itu Kesempuranaan..perkahwinan yang aku maksudkan disini masih lagi dalam konteks Islam ye...Jewish ke, Buddist ke, Christian ke xmasuk ok lam konteks ni...tapi mungkin cara nak apply mungkin sama la kot..sebab kita memerlukan individu yang lain untuk compliment kita...kita xboleh compliment diri kita dengan diri kita sendiri je..xyah nk jadi superwomen or superman sangat la nak independent konon! hakikatnya tidak boleh ! sebab tu la namanya SALING MELENGKAPI...bila dah wujud perkataan saling tu pasti akan ada 2party involved...dh kata pun perkahwinan kan..dalam kad2 kenduri dah sah2 tulis penyatuan dua hati bagai...hehehe
Penyatuan dua hati yang mengaplikasikan terms Kesempurnaan dekat sini adalah suami sebagai ketua dan isteri sebagai pengikut..(xdapat cari terms lebih formal..hehehe)..jadi ape yang ada pada lelaki tu selalunya perempuan xde...amek dari aspek leadership...Guys are born to be a leader...walau gempak macam mana pun seorang perempuan tu tapi fitrahnya dia harus menjadi pengikut kepada suami tu selagi apa yang suami lakukan tu xbercanggah dengan pemahaman Islam...(mami idah dok brief kat dapur tadi...ehehehe)...dan suami tu haruslah lelaki ye..jadi kot mana yang dok mai kesempurnaan daripada tadi ni..?ish2..xpaham lagi ka...?bila ada ketua mesti la ada pengikut..bila ada pengikut mestilah lahirnya ketua tu...dah xkan tetibe ketua nk jadi ketua sorang2 kan...?jadi bukan kah benda itu melengkapi namanya...?'helo..melengkapi bukan kesempurnaan ye..' penampaq mau?dok tanya pasaipa ni..?xbaca kat atas ea..?kan dah brief dengan jayanya melengkapi itu salah satu aspek kesempurnaan...SELAGI LAGI AKU TEKANKAN...INI SEMUA DARI ASPEK PEMAHAMAN AKU SAHAJA...jgn nak pandai2 sembur aku bagai k...kalau nk suarakan pandangan korang and cakap aku ni salah you'll free to do so...aku sedia mendengar sebarang pendapat yang membina SAHAJA...nk kutuk2 sory ea...xlayan ye...xhadap pun dengan sebarang kutukan...hurrrmmmm...emosi lagi sejenak...ish2..back to Perkahwinan Itu Kesempurnaan...
okay..kalau katanya lelaki(suami) dan perempuan(isteri) itu saling melengkapi kan macam mana lak Elton John tu..?sape ntah la pulak orang yang kawen dengan dia tu...lupa la nama dia...tp dia tu susah cakap la...gay pulak kot...aku cakap tadi dalam konteks agama yang indah lagi mulia iaitu Islam...sebenarnya apa yang aku cakap tadi tu kira boleh je kalau nk apply kat semua...apply konsep je la..analogi dia sama kan..?Elton John kawen tu sebab dia nak melengkapkan diri dia la...ape yang kurang dalam diri dia mungkin ada pasangan dia...jadi bukan ke tadi dah kata saling melengkapi yang memerlukan 2party involved...?jadi konsep sama...cara macam mana dia apply benda tu mungkin berbeza..ye..mungkin nampaknya aku agak western thinker dengan membicarakan perkara2 yang berkaitan dengan akidah manusia...tapi...itu cara mereka beragama...kita tak paham bagaimana cara agama mereka diaplikasikan dalam kehidupan seharian mereka...xkan aku nak p jihad sampai aku paksa semua umat sekalian alamnya memeluk agama Islam ni...?xpatut la kan macam tu...kalau ye2 sangat aku p jihad bagai tapi kalau Allah s.w.t tak mau bagi hidayah kat depa tak guna jugak kan..?cuma yang aku tahu masa aku belajar dulu semua agama meminta penganutnya melakukan kebaikan dan bukan kejahatan...jadi apa pun agama mereka biarlah...benda ini terlalu sensitif untuk dibicarakan...aku pun bukannya tahu semua benda dalam Islam 100% tapi alhamdulillah pegangan aku masih Islam...hidup ni as a learning process...jadi dalam learning process tu aku belajar tentang kehidupan,agama dan bagai2 lagi kan,,,xsalah kalau kita mengaku kekurangan kita sebab kita tahu apa kekurangan kita dan berusaha untuk menjadi yang terbaik dalam mencari kesempurnaan...aarrrrggghhh.....beremosi lagi !!
okay...bagi mengelakkan emosi menguasai diri wajarlah aku untuk mengundurkan diri...diharapnya apa yang aku kongsikan ni x memberi persepsi negatif pada sesetengah umat manusia dan jika aku tersalah sila betulkan aku...kita hanya manusia yang diciptakan oleh Allah...kesempurnaan itu bukan pada kita..hanya pada Allah s.w.t...jadi yang baik adalah dari Allah s.w.t dan yang buruk datangnya dari aku insan yang hina dan kerdil ini...ceeetttttt ! emosi lagi !
p/s :: entry ini entry emosi..tataw pasepa nak emosi...aku pun pelik..tapi bace jelah ea untuk tatapan kita bersama...nak2 dengan byk majlis kawen ni...eh..?tetibe..?:))


No comments:
Post a Comment