January 28, 2012

~Twitter Is Now My BFF~

Okay ...



Title agak macam tak masuk akal sikit kan ? Haruslah . dah sungguh-sungguh aku kutuk TWITTER last-last nak BFF segala bagai..memang kau ludah kau jilat balik la kan ! huh !

Okay, sebenarnya aku lambat menyedari yang Twitter ini lagi best dari Facebook..indeed Facebook still enjoy bagi aku cuma lately ni aku rasa Facebook itu dah tak relevan lagi..bukan statement bias sebab aku dah in love dengan Twitter but korang sendiri tengoklah Facebook macam mana sekarang ni ?

Entah apa-apa makcik-makcik dan pakcik-pakcik sekalian dok share dalam Facebook tu ? Naik rimas la aku kadang-kadang tu..sebab kadang-kadang benda yang di share itu tak membawa faedah sangat pun..benda merepek..benda yang ditokok tambah..aku tak campur bab politics lagi..hadoy !

Seriously, aku tetap dengan stand aku yang semua manusia (including me!) yang involve dengan Twitter ni still takde life..

Haruslah..sekarang ni ape-ape sikit aku memang akan terpaku dengan handphone je nak ber'tweet' bagai..before this takde masalah pun kalau tertinggal phone dalam kereta..takde hal lah..biar je phone tu duduk diam-diam dalam kereta tu...

Sekarang jangan nak harap kau ! sanggup aku jalan jauh pergi kat parking depan Queensbay meredah panas even aku dah ada dekat atas GSC tu...punya la scary aku sekarang ni..addicted Twitter sangat lah ni..seboleh-boleh tak nak putus connection kot..Ifa pon siap gelak-gelak kat aku..tak pernah dia tengok aku bersungguh sampai macam tu sekali..

And, since hidup aku sekarang dah ada stalker kat Facebook bagai dan membawak mulut yang bukan-bukan aku dapati Twitter adalah tempat yang lebih privacy di mana takde sesapa pun nak bother ape aku buat..even bapak aku pun takde Twitter so, I get my total freedom la dalam kingdom burung biru itu . Haha

So, aku rasa Twitter ni tetap the best place untuk express what I'm feeling la... sebab lagi best . You should try though ! It's fun actually . ^__^

Until then..See yaa....

*Aku ddicted dengan twitter..seriously..
**Orang yang bertanggungjawab ni adalah Maisara Anuar..
***Follow me on twitter peeps ! @AnisSiswadi .

January 26, 2012

~Aku Perempuan Fragile~

Macam ini..

Maafkan aku jika hala tuju blog ini tertalu kasar atau terlalu emo..mungkin akan sikit serius dan takda joke langsung sebab hati tengah kacau..fikiran tengah buntu..

Basically, aku nak cakap pasal cinta..sebab these past weeks, perihal cinta terlalu mengganggu gugat sikit perasaan halus aku ini..lagi aku cuba jauh lari, lagi gedik 'Cinta' itu menghambat hati kecil aku..



Bukan aku tak pernah cuba..I did try ! Cuma perasaan itu terlalu kuat sampai begitu kuat melekat dengan diri aku...aku tak pasti sampai bila..sehari ? dua hari ? sebulan ? setahun ? Tak pasti !

In stead of aku cuba lupa, baik aku simpan kemas dalam benak hati.. Tapi sampai bila ? Orang yang hidup dengan sejarah orang yang bodoh !

Ya ! Tiada sejarah tiada hari ini .

Ya ! Sejarah mengajar .

Tapi sejarah ini sejarah sial ! Sejarah ini sejarah ini sejarah bodoh ! Sejarah ini sejarah ... arrghhhh !

Kenapa ada harapan bangang ini ? Kenapa mengharap pada 'Dia' yang sia-sia ? Melihat pada jangka masa perpisahan itu, aku rasa amat sangat wajar untuk aku lebih move on sekarang...

Aku gembirakan hati..Aku riangkan wajah..Aku kosongkan fikiran..Tapi, sebenarnnya aku tipu diri aku..

Aku perempuan fragile..

Di mana aku meletakkan harapan cinta itu terlalu tinggi..itu silap aku..terlalu percaya pada cinta dunia..cinta manusia yang tak immortal..

Dah lambat aku nak menyesal rasanya...aku tak boleh kata tidak pada apa yang aku belajar dari 'Dia'.

Cinta.Bahagia.Rindu.Sayang.Kasih.

Banyak..terlalu banyak yang aku lalui..benda-benda inilah yang buat aku susah nak terima realiti..hidup dalam khayalan..hidup dalam dunia aku sendiri yang kisahnya sudah lama dapat title 'FIN' !

Lebih kepada tak boleh terima hakikat..aku tak boleh jadi tepu macam ni..Mulut aku kata aku move on tapi hati aku statik..tidak berubah..statik sahaja..hati aku tipu otak aku..otak aku tak tally dengan hati aku..

Otak kata nak lupa..

Hati kata masih rindu..

Bullshit .

Masalah sudah cukup banyak ini..masalah ini masih tak selesai..masih tergantung..? Kenapa ?

Tadi, aku bercakap dengan 'Dia'..cuba mencari titik habis hubungan yang tergantung ini walaupun sudah lama perasaan aku dan 'Dia' dikuburkan..berpisah memang berpisah..tapi, banyak hal tak sudah..terlalu banyak sampai betul-betul mengganggu fikiran..

Cuba grab attention 'Dia' untuk bercakap bukan lagi perihal hati..lebih kepada penyelesaian yang pasti..
cuba guna bahasa seindah mungkin..cuba seceria mungkin..tapi sambutan amat dingin dari pihak satu lagi..bahasa sial 'Dia" bagi aku..aku tidak ingin membalas lagi..berputus asa mencari konklusi secara pasti..pakai assume-assume sajalah aku nampakya selepas ini...

Lagipun, bukan mudah kumpul semangat mencari kekuatan untuk sekadar berkata 'Hai' dengan tona suara mahupan gesture mesra..cukup di situ..mungkin penyelesaian secara baik itu patut pergi 6 kaki bawah tanahlah saja..

Demm !! tapi, kenapa layan lagu berkisah kepada perpisahan sahaja ?? cinta kecundang sahaja ?? Hmmm...dekat di hati mungkin..

Mencari yang baru itu, pasti tidak mungkin..biar semua ada titik nokhtah dulu..lebih baik begitu..Hidup baru dengan cebisan lama akan menghala bencana..aku tak mahu itu..aku mahu satu ketetapan..aku mahu yang pasti..aku mahu commit...tidak mahu random pilih..nanti random clash..sekali lagi lalu perasaan semacam ini..huiii ! tak mau aku .

Hidup bukan sentiasa bahagia macam dalam novel..ada benda-benda palat akan jadi dalam life cycle...benda-benda yang sedikit sebanyak menghala kepada kematangan hidup yang pasti..

Love life . Love yourself . Love family . Love Allah . Inshaallah .



*Begitu ironic 'Love Allah' bila mana aku baca balik banyak bahasa 'indah' aku letak.
**Blogging does make me better.
***Masih akan terus mencuba untuk mencari konklusi sendirian.

January 24, 2012

~Tak Suka, DIAM~

Macam ni ...

Banyak dah situasi ni aku tengok...even aku kadang-kadang pun buat..tapi, bila fikir balik memang tak patut la kalau nak buat pun kan..sebab nonsense..NO GOOD ~

Apa dia situasi itu ? Kenapa no good ? Kenapa tak patut ?

Macam ni lah..

Aku tengok..aku lihat betul-betul..aku amat-amati satu persatu..aku rasa aku macam dah boleh come up with one conclusion lah aku rasa..

What is it ?

Bahawasanya, masyarakat kat Malaysia ni memang tak boleh duduk diam..terlalu amat mengambil berat..orang ni salah tegur..orang tu salah tegur..

Betul..ye...tegur tu tak salah...cuma kadang-kadang cara tegur tu yang salah..jangan tegur suka hati..tegur secara intelektual lah..inteklektual kat sini aku tak refer kepada bahasa seelok mungkin..kasar pun takpe janji kau ada point..kasar aku kat sini langsung tak bermaksud gunakan perkataan yang kurang enak telinga nak dengar..kau ada kasar yang kau boleh tolerate..

Betul..ye..sekarang ni kalau nak tegur elok-elok memang tak makan saman la..tak masuk dalam kepala langsung..tapi, ada banyak cara lain yang lebih baik in stead of kau guna bahasa-bahasa kuarang sopan tu..niat kau tu dah baik..tapi cara kau tu dah salah so semua jadi salah lah..

Kalau kau sendiri pun kau tak nak ambik port kalau orang maki kau itu ini..buat tambah panas hati kau tu lagi adalah kan ? So, apply dulu diri kau in the particular person shoes then kau tak buat lah benda-benda yang kurang cerdik itu semua.. Kan ?

Okay, dari apa yang mata kasar aku lihat sekarang ni adalah sedikit yang aku nak konsi tentang satu dua isu yang semakin hari semakin menjelajah pemikiran aku yang tak suka fikir banyak sangat ini..

Isu 1 :: Adam Adli

Pic ni time MalaysiaKini interview dia regards beberapa isu yang  dah jadi .

Ya..Adam Adli lagi aku kali ini..Haruslah..sebab musabab aku tulis kali ini pun sebab aku membaca banyak wacana-wacana kurang masuk akal di alam maya ini...

Aktivis Mahasiswa katanya beliau ini..begitu berani sekali dalam setiap tindakan..malahan hujah-hujah yang disampaikan kedengarannya agak meyakinkan..sebagaimana rancak pergerakan beliau bersama rakan-rakan aktivis mahasiswa yang lainnya, rancak jugak pergerakan manusia-manusia di muka bumi Malaysia ini melemparkan kata-kata kurang enak untuk dia..

Okay, aku baca balik ayat di atas ini aku rasa macam skema sangat pulak...haha..

Aku tak nak ulas apa yang dia dah buat..apa yang jadi kat dia..mahupun pandangan peribadi aku mengenai apa yang dia dan rakan-rakan dia dah buat..semua sudah tahu mungkin..

Apa yang aku nak perkatakan adalah comment-comment kat youtube, blogger-blogger yang cakap itu ini, apa orang cakap kat twitter dia..semua lah..

Aku ada pernah baca status kawan aku kat Facebook..Muhammad Hafas bin Azmi nama dia..

Aku boleh bercakap dengan sepuluh orang bijak . Tapi aku akan kalah dengan seseorang yang bodoh sebab apa yang aku cuba sampaikan dia xkan paham . *ctrl-V dari FB betoi2 ni..:)

Apa Adam Adli dan rakan-rakan dia nak buat itu masalah dia..so, kalau kau tak suka sudahlah..dia ada kacau kau orang ke..? ada dia ajak kau orang untuk pegi buat ape dia buat ke ? takde pun kan ?

Jadi, tak payahlah terlalu marah sangat kot..kau orang yang kutuk-kutuk dia tu kata benci sangat kat dia konon-konon tu lah kan dok bagi dia dapat pahala pasai apa..?kalau dah tak suka, DIAM..bukankah diam itu lebih baik ?

Ni tidak..rajin pi baca artikel-artikel pasal dia..rajin tengok youtube video dia semata-mata nak condemn dia..kejadah..?dude, don't you have your life ?

Kita masyarakat Malaysia ni ada budi bahasa..masa sekolah dulu kan kita ada belajar Nilai-nilai Murni...?tak de pun aku rasa cikgu-cikgu BM ajar Nilai-nilai Tak Murni...so, apa kita belajar kita apply lah..

Lagipun, kau orang tak kenal pun dia personally..so, tak boleh judge dia sesuka hati...in fact, nak judge sesiapa pun sesuka hati amatlah tidak patut...

Aku follow twitter dia..so, aku nampak macam banyak sangat orang dok kata itu ini kat dia..tak masuk lagi comment-comment kat youtube..blog-blog lagi..NO GOOD MEH...

Pandangan aku dengan kau orang-kau orang ini, adalah adalah lebih baik kalau kau tak suka kau diam je..tak de masalah pun kan ?

Aku sendiri ada pandangan peribadi aku dengan semua yang dah berlaku ini...tapi, kalau aku cerita kat sini dah macam keluar tajuk pulak kan..:)..aku bagi statement backup budak ini bukan sebab aku bias nak sokong dia segala..it's just, aku percaya benda yang betul dan tak percaya benda yang tak betul..

Dan, pada firasat aku, memaki dia macam-macam itu tak betul..ok, sekali lagi aku tegaskan..niat kau orang nak tegur dia tu dah betul..cuma cara kau orang itu yang salah..fikirlah sebelum buat apa-apa..

Ada banyak cara lain lagi dari maki segala macam ni..aku rasa Adam Adli itu sendiri akan terima teguran kau orang dengan berhemah kalau kau tegur elok-elok..cara dia pun aku tengok bukan lah cepat melatah macam 'Panglima Ludah' tu..eh ? >,< ..

Aku yakin dia boleh terima an intellectual comments from an intellectual people using an intellectual approach..

Isu 2 :: Ustaz Azhar Idrus (UAI)

Background pun dah tau yang dekat ICity . ^___^

Ini lagi satu masalah ini..semakin menjadi-jadi pulak..dengan title Ustaz yang dia pegang seharusnya kita menghormati dia sebab ilmu agama yang dia ada itu haruslah lebih banyak dari kita yang tak seberapa ini bukan ?

Jadi, kenapa kita ni begitu lancang mulut nak kutuk dia itu ini ?title Ustaz yang dia pegang itu dah menunjukkan dia golongan terhormat..kenapa kita perlu nak kutuk golonga terhormat ini..?

Kaedah penyampaian dia dalam setiap ceramah dia adalah cara dia.kalau tak suka refer Ustaz lain..Senang! Yes, aku admit...dalam setiap ceramah dia ada terkeluar perkataan yang kurang sedap nak dengar tapi, aku hairan kenapa crowd dia still ramai..sebab apa dia cakap ada isi..benda yang dia cakap itu ada yang boleh masuk dalam logik akal..

Macam kes Adam Adli tadi, kau orang cakap kasar ada value tak dalam comment kau orang ? takde kan ? dapat dosa kering lagi adalah .

Balik kepada UAI ni..

Aku banyak dengar ceramah dia...dan boleh aku cakap kat sini yang most of apa yang dia cakap dia refer banyak kitab dan dia bagi reason yang kita boleh terima untuk setiap apa yang keluar dari mulut dia..

So, apa perlu kau orang cari negative yang sedikit itu bila positive itu lebih banyak ?

Kalau tak selesa dengan cara dia, boleh refer Ustaz-Ustaz lain kat Malaysia ni..banyak lagi Ustaz lain kat Malaysia ini..You'll free to choose..kata Malaysia negara demokrasi (oh, demokrasi lah sgt!).

Bagi aku senang sahaja..yang betul aku ikut, yang tak betul aku tolak tepi..lebih mudah begitu rasanya..

Benda simple macam ini tak payah aku nak bagitahu kot..kau orang pun boleh fikir sendiri..

So, Tak suka, DIAM . Lebih baik begitu dari terus menerus menyalak macam hanjeng . ^___^

Happy CNY !

Tak terlambat lagi rasanya aku nak wish Happy Chinese New Year 2012 . Tahun Naga kali ini . Tak kisahlah naga air ke, naga api ke, naga laut ke, naga pasir ke or even naga gurun sekalipun ianya tetap NAGA . So, aku tahun Naga . Itu yang best itu . Hehe

*Tegur tak salah . Cara tegur pun kena bagi tak salah jugak lah .
**Nak throw comments, boleh fikir-fikir dulu kot .
***Ada otak, guna . Ada akal, pakai . Ada knowledge, apply .

January 18, 2012

~A Total Pissed Off Comes From A Total Bullshit~

Kau cakap keling
Kau janji pun macam keling
Kenapa buat benda keling ?
Kenapa tak jadi keling terus ?

Janji sana janji sini
Nak buat itu nak buat ini
Tapi kalau dah semua foundation kau tipu
Kejadah apa semua janji-janji tu ?

Orang nak berbini kau nak berbini
Orang nak bercinta kau pun nak bercinta
Orang nak berscandal kau pun nak berscandal bagai, tak nak kalah
Tapi kau jadi bangang pi random pilih orang pasai apa ?

Bodoh kau tu satu benda yang memang dah nampak
Tapi jangan bagi obvious sangat
Dok buat sial dengan aku
Tak dak orang lain dah ka nak pi dajal ?

*Cukup la kot . Tiba-tiba dengar azan Asar ni ada suara keinsafan pulak dah . Haha
**Aku rasa title macam overly panjang pulak ? huuurrmmmm
***Aku tgh pissed off . So, lenggok bahasa tak berapa manis la sikit . Nanti aku counter balik pakai ayat A    Samad Said okay . :)

January 06, 2012

~Beza Aku Dengan Kau~

Okay...

Aku ? Siapa aku ? Aku Anis binti Siswadi..Berumur 24 tahun..Masih bujang..Masih belajar a.k.a menghabiskan duit mak bapak..Suka perkara yang simple-simple...Tak suka complicatedkan perkara yang simple..Suka everything yang ikut flow..Taksuka changing..Aku suka benda yang sama ja..Yes..I know I'm boring..But, guess what ? I don't give a damn !

Pre Graduation Lunch at Equatorial Hotel, Melaka. Oh, I miss Malacca so much ! 

Aku suka berfikir ikut logik akal dan bukan ikut logik kau..kalau aku rasa kau betul aku ikut..kalau aku rasa kau annoyed aku tak ikut...aku buat apa aku rasa nak buat..kalau aku rasa apa kau buat betul aku ikut..aku baca apa aku suka baca..kalau aku rasa apa yang kau baca best aku ikut baca dengan kau..aku pergi mana aku rasa nak pergi..kalau aku rasa tempat kau pergi best aku ikut...aku fikir apa aku rasa nak fikir..kalau apa yang kau fikir itu aku rasa betul aku ikut fikir..

DAN

Aku akan kahwin bila aku rasa nak kahwin...kalau aku rasa perkahwinan itu perlu dalam kehidupan aku sekarang aku kahwin..kalau kau nak aku kahwin sebab kau dah kahwin dan sebab kau dah dapat anak dan sebab kekonon hidup berumah-tangga itu seronok aku taknak ikut...

Kenapa ?

Sebab aku bukan kau...

Simple..Senang..Mudah..Padat..Padu..Jitu..

Kau tak boleh nak expect semua orang sama macam kau..kau takboleh nak expect boyfriend aku macma husband kau..kau tak boleh nak expect aku akan dapat anak comel macam anak kau..kau tak boleh nak expect hubungan rumahtangga aku nanti bahagia macam rumahtangga kau..

Okay...

Bukan aku nak kata perkahwinan itu tak indah..Indah pada aku..Terlalu indah sangat-sangat...In fact aku dah cakap pasal perkahwinan dalam INI..

Sapa yang tak suka perkahwinan..?

Cuma kadang-kadang situasi itu membuatkan kau rasa perkahwinan itu tidak akan dapat menemui titik penyesuaian dengan apa yang kau tengah buat...

Menolak takdir ??? OH, TIDAK SAMA SEKALI ...

Perkahwinan itu satu pelengkap kehidupan pada aku...Sebab dengan perkahwinan kau boleh menjadi seorang isteri yang solehah, seorang ibu yang mithali...dengan hanya memegang tangan suami pun kau akan dapat pahala..

Yes, I am aware of that...

Bukan disebabkan aku selalu melihat gambar-gambar perkahwinan ataupun terlalu ghairah membirakan tentang perkahwinan bermakna aku nak berkahwin..TIDAK...

Sometimes, you should have priority in your life..As for me, wedding is not yet my priority...

Memang matlamat sebuah hubungan pada usia seperti aku adalah perkahwinan..cuma seperti yang aku cuba sampaikan..It is not yet my priority..

Aku perlukan tumpuan yang optimum untuk menghabiskan pengajian aku ini...aku perlu masa untuk aku mengenali diri aku dan diri dia...aku perlukan masa untuk mengejar cita-cita aku..aku perlukan masa untuk menunaikan tanggungjawab aku sebagai anak secara keseluruhannya...

AND THAT IS MY PRIORITY...

Yes, I know you are my sweet little best friend who always want me to get the best...I know you were getting married at your very young age and you seems to be very happy...I'm aware of that...But, we're just not the same...We're have a slight different that makes I am not you and you are not me...

Aku tak akan menolak takdir sekiranya jodoh aku itu datang awal daripada apa yang aku jangkakan..tidak mahu lah aku bercakap besar dan riak sebab ada possibility nanti aku akan kunyah balik what I was saying...

Cumanya, perkahwinan itu masih tidak relevan dengan cara kehidupan aku yang sekarang ini..

Perkahwinan itu satu perkara terbesar dalam kehidupan seseorang...aku rasa kau tahu pasal itu...betapa besar tanggungjawab itu aku rasa kau dah nampak kan ? Kau perlukan komitmen yang bukan sedikit untuk kau menyempurnakan perkahwinan kau supaya menjadi lebih bermakna..

Sebab itu aku tidak mahu mengikut cara kau sebab komitmen aku telah diberikan secara mutlak kepada pelajaran aku dan jika aku menjengah ke alam perkahwinan itu aku rasa tidak banyak yang dapat aku contribute untuk menyempurnakan ikatan suci perkahwinan itu sendiri...

Biarlah aku bersedia dengan komitmen itu dahulu supaya apa yang bakal aku hadapi itu nanti lebih bermakna..bagi aku 24 tahun ini agak terlalu muda untuk sebuah perkahwinan..

Thanks for your concern my little sweet friend..I'm saying all this here because I don't have any guts to say all this in front of you since you were asking me so many times regards this marriage stuff...While you were introducing the 'husband material' for me, I was just smiling and didn't say a word to just say it's not the time yet..It's just because I can see how sincere you want me to at least date them...I could not do that my dear even though I know your pure intention..It just not the time yet okay babe...Let me just get some love from your son then..It's does make me happy by just looking his face...

Until then..

I rest my case ! ^__^

sumpah wedding dress ini lagi style dari wedding dress Kate Middleton . :)

*Mood aku sangat serius buat entry ini...
**Benda ini duat tiga hari lepas dah...cuma baru hari ini aku nak share..
***Jodoh itu di tangan Tuhan..kita buat apa ? doa jelah... :)

January 03, 2012

~A TOTAL PISSED OFF~


Macam ni...

I supposed to at least wrote about New Year or Azam Baru or 2012 or and what so ever...BUT, I take a different approach to at least expressing my 'pissed off'ness in this luvvy duvvy blog that have A Piece Of Me in it since I can't freely expressing it in my Facebook like I normally did..

Why ? 

Firstly, it is because the person that I want to story the morry in my 'Pissed off 1' is in my friend list in my Facebook and I can't even block him...PATHETIC !

Secondly, lately, not less than 10 people were asking me what is really wrong with me since most of my status indicate that I am not okay...So, since I am a bit tired to answer the same question all time through, so I decided to write all my thoughts here...Btw peeps...I'm overly fine ! damnly fine ! freaking damn fine ! Seriously...thanks for those who concern about me !! you guys are the greatest person I've ever had !! Peace yawww !

Since I was trying to calm down or at least chilling with what was happened this morning,(kalau pagi kau dah mood tak ok, the whole day you're not gonna be okay.trust me) but it's end up with I've becoming more pissed off ! Even when I am listening to Chris Rene !!! OH MY !!! even my sayang Chris Rene can't make me any better ! OHHHH.......

But, what is really happened Anis ? Why are you like this ? 

Okay...

Macam ni....

PISSED OFF 1 

Im dealing with someone to buy something...since he is someone that I know so aku taknak lah terlalu skeptical judge dia..some more, that particular something was something that I love so much...even though before this memang diketahui umumlah yang beliau ini amatlah sangat suka cakap pandai tapi macam aku cakap tadi lah..aku tidak mahu terlalu skeptical sangat...tak baik kot judge orang ni..NO GOOD ~ :)

Sebenarnya, dia ini agak banyak jugak la cakap keling dengan aku...one of them, when he was asking to repair one of 'my stuff', dia cakap macam semua boleh lah, kacang simple lah, sat ja boleh buat ni lah and what so ever saying that annoyed me lah kan...but then, end up with he did NOTHING !! nothing at all man !! seriously....then my father asked his friend to fixed those and guess what ? 'My stuff' was just fine within seconds ! PHHEEEWWW !!! aku annoyed + pissed off + irritated !! 

Okay..back to the story lah..

So, after dealing with him which was on Monday, until today I didn't get it and suddenly this morning he's telling me via text that he wont sell those ??? The excuse was obviously LAME and LAME and LAME !!!!!!

Actually, I don't even mind pun kalau dia tak nak jual in the first place...aku boleh ja terima hakikat since aku dah pernah mintak dia jual kat aku tapi dia tak nak..okaylah...tapi yang dok bagi aku dok letak harapan ni pasaipa...?kot sat gi tiba-tiba nak jual pulak masa tu aku dah tak dak cash dah macam mana ???

Aku bukan kaya macam hang...tak jugak berkahwin dengan orang kaya like one of your family members...aku manusia biasa-biasa yang hidup biasa-biasa dan diberi allowance yang biasa-biasa sahaja oleh bapak aku..mana la layak nak compare dengan hang...tak jugak layak nak hidup kat town yang membangun macam hang..aku student lagi..ambik paham la kat situ...bukan cukup bulan duit masuk dalam akaun macam orang lain...

Aku cuba gunakan bahasa seenak mungkin ini untuk tidak membuatkan diri aku seperti dirasuk syaitan seperti yang aku pernah aku buat sebelum ini...2012 should be my chilling year...but awal-awal tahun ni dah kena macam ini..sangat la pissed off !! A TOTAL PISSED OFF !! huh ~

PISSED OFF 2

Adam Adli Abdul Halim ... (betul ke nama dia..?)

Isu para aktivis-aktivis mahasiswa ni...Seriously before things getting worse macam sekarang ini I'm just fine with this issue...let's see...apelah sangat setakat turunkan bendera Najib tu kan..and one more thing, I don't give a damn pun pasal AUKU or even Akta 174  itu...ada pun takpa tak dak pun takpa...

Aku ceritakan kronologi pemahaman aku tentang perkara ini ya...

Memang mula-mula aku agak menyokong cara mereka-mereka ini semua..yelah aku pun tak berani buat apa yang Adam Adli itu buat...I don't even have any guts to do what he did..aku salute cara dia provoke kerajaan..pada aku dia just nak bagi government nampak apa yang dia nak buat..apa yang diorang cuba nak sampaikan..itu sahaja..aku siap like 'We are all Adam Adli' kot !...mungkin masa ini aku tak tahu yang diorang boleh bertindak sejauh ini...

Di tambah pula dengan video 'Panglima Ludah' yang tersebar dengan meluasnya di Youtube serta Facebook serta Blog serta Website segala maka aku pun agak terpanggil untuk mengikuti isu ini dengan secara total...aku tengok youtube-youtube yang berkaitan dan baca blog-blog berkaitan ditambah pula dengan website-website yang memaparkan isu ini dengan meluasnya telah akhirnya membuatkan minda aku sedikit terbuka...

Aku masih dengan stand aku menyatakan tindakan Adam Adli yang menurunkan bendera Datuk Seri Najib Tun Razak dan menggantikan dengan bendera panji Academic Freedom selama 5 minit itu di PWTC itu tidak bertentangan dengan norma-norma kemanusian...bukan isu cerdik ke tak cerdik tapi pada aku, ini hanya satu cara dia nak provoke government..aku tetap stand dengan benda ini...UPSI panggil pergi tatatertib sebab dia turunkan bendera Najib sekaligus memburukkan nama UPSI aku tetap taksokong...buat report polis pasal dia turun bendera Najib tetap tak relevan pada aku..polis nak buat serangan fizikal kat dia pun aku taksokong...pak cik UMNO yang cakap dia kurang ajar tu pun aku taksokong..(maruah la sgt..balik beribadat kat rumah ok pakcik) 'Panglima Ludah' tetiba nak meggelabah ludah-ludah mahasiswa bagai pun aku taksokong..keyboard-keyboard warrior yang menyalak macam anjing kat laman maya ini pun aku taksokong jugak...

Yang aku tak sokong cara mereka-mereka ini menangani masalah-masalah ini..pasaipa yang nak pi buat perhimpuanan malam-malam sampai jadi gaduh semua..?? sampai ada dua orang teruk kena belasah semua...? In the very first place aku sangat lah meminta mereka-mereka ini chill dulu lah...

Aku tak pernah masuk tatatertib...tapi yang aku tahu kalau masuk tatatertib tu, orang-orang dalam council tatatertib itu akan provoke kita just hanya nak kita mengaku apa yang kita buat or even psycho kita untuk mengaku apa yang kita takbuat...I guess ? ^__^

Okay, aku nak cakap simple ja benda ni..

Aku ada tengok video Adam Adli yang kata dia mahasiswa pendidikan dan tak pernah belajar terms LAW...dalam video tu dia clarify kenapa dia turunkan bendera tu...malas nak cari balik..korang google lah ye...dalam video tu jugak dia kata dia mencari sendiri terms-terms LAW untuk dia memahami what actually LAW is..jadi aku rasa dia tahu macam mana nak handle provokasi yang bakal dia hadapi pada 9 Januari 2012 ini..yang lain-lain itu janganlah cepat melatah...focus exam lah abang-abang dan kakak-kakak mahasiswa sekalian...take it easy sudah...tak perlu nak menggelabah sangat..

Apa yang membuatkan aku pissed off dalam benda-benda ini...? Sesungguhnya benda-benda ini sangat LAME untuk aku ambik port pun...

Seperti yang diketahui umum...mostly student sekarang ini sedang nak menghadapi exam...FINAL EXAM I MEAN . rasanya dalam soalan exam nanti tak tanya pun kenapa Adam Adli turun bendera kan...?serta takde jugak soalan apa tuntutan aktivis-aktivis ini terhadap kerajaan..dan tak jugak tanya pasal PR mahupun UMNO sekalipun...soalan final jugak takkan nak tanya sinopsis 'Tentang Dhia',,,,eh...? tetibe....terlebih sudah !!! hahahaha

Okay, tanggungjawab kita sebagai mahasiswa adalah belajar...AUKU atau Akta 174 (aku student uitm jadi masa orientasi diploma dulu ni dapat buku photostat pasal Akta 174..^__^)  hanya sebagai guideline untuk kita sahaja..setiap manusia kena ada peraturan untuk kepentingan sejagat..yes..ada qoute berkata 'Peraturan dibuat oleh manusia untuk dilanggar oleh manusia'...tapi, pernah fikir tak kalau kita hidup takde peraturan kita hidup macam takde tamadun...?kita ada batas-batas norma kemanusian yang kita ada untuk kita follow...dalam Islam sendiri pun ada guideline yang kita kena ikut..mana boleh main langger je semua...jadi, kita-kita yang bernaung di bawah institusi pengajian ini follow la apa yang kita kena follow..sama ja kan..?

Dalam kes-kes yang dok semakin menjadi-jadi ini adalah disebabkan mereka lupa tanggungjawab mereka ke institusi pengajian tinggi itu untuk apa....kita masuk IPT untuk apa kawan-kawan mahasiswa sekalian ?? 

BELAJAR !!!

Berapa ramai lagi yang dah keluar Uni dengan menanamkan mindset 'I don't give a damn' dengan isu yang tak patut di isukan ini pun...Depa tak dak masalah apa pun kan...

Ada banyak lagi benda yang kita boleh buat selain dari benda-benda ni..contohnya sekarang ni study la..GRAD ON TIME ! Itu matlamat kita...lebih bagus...

Aku ada teringat Tun Dr Mahathir kata yang 'Kalau nak politik sangat, habis belajar nanti politiklah...tak dak sapa nak larang..'

So, fikirlah sendiri...jangan kita lupa tanggungjawab...nak bagi bagi mak ayah proud dengan kita..harapan diorang kat kita macam mana ?? takkan nak tolak tepi ja kot...takde nya dia nak pesan...

'Nak, kau pergi belajar ini bagus-bagus pakej dengan buat demonstrasi sekali okay !'

Takde macam itu kan...?so, aku fikir la apa kau patut buat okay...

Dan. kepada pengomen-pengomen kurang sopan dan pengupload-pengupload tegar laman maya..

Common man ! Get a life...!! kalau korang tak pandai-pandai mengata itu ini benda ini takkan menjadi sebegini GIGANTIC !! Kau buat relax dah la kalau benda tak de kena mengena dengan kau..tak payah nak menyalak maruah segala bagai la...pasal Melayu Islam buang bayi kau tak nak menyalak pulak ? pasal Melayu Islam buat seks bebas kau taknak menyalak pulak ? pasal Melayu Islam minum arak kau taknak menyalak pulak ? pasal Melayu Islam murtad kau taknak menyalak pulak ? Pasal Melayu Islam syirik kau tak nak menyalak pulak ? pasal Melayu Islam buat benda-benda khurafat kau tak nak menyalak pulak ?

Jelas tak dalam setiap patah perkataan aku kat atas ni ? Nampak tak apa yang aku nak sampaikan ?

Aku bukan bias nak sokong Adam Adli je..Bahkan kawan-kawan dia sekalipun..cumanya kita manusia yang ada tamadun...kepada aktivis-aktivis mahasiswa sekalianya aku nasihatkan kita semua ada pelajaran kan ? jadi elok kita bertidak macam orang yang ada pelajaran lah..kalau kita cakap diorang bodoh tak payah la menyalak sama-sama dengan diorang sebab kita akan end up sama bodoh dengan diorang jugak and the issue will never end...

So, conclusion nya apa ? 

Conclusionya kita belajar untuk final ni la...PREPARE ! PREPARE ! PREPARE ! ^_______^

Azam tahun baru aku :: Menjadi Mukmin yang berjaya dan dilimpahkan kurnianNYA dengan banyaknya !

*Sumpah aku rasa english aku semakin worse! Ifa !! Help me !!!
**Ini hanya sekadar pendapat...
***Taknak pun cakap isu pasal Adam Adli ni...tapi marah tehadap Pissed Off 1 semakin berkurang jadi        takde idea plak...tertulis bab Adam Adli tiba-tiba jadi panjang .. :)
****Aku berjaya cakap pasal current isu..walau pun tak mantap mana tapi mampu la jugak..yay !