December 21, 2011

~Tekanan Itu Sahabat~

Macam ni..

Aku telah menzalimi masa aku dengan mencurinya hanya untuk menulis entry ini...aku telah berlaku zalim !!! TIDAKKKK !! aku terlalu zalim !!! aaaaaaaaaaaaaaaaa !!!!!!!!!!

Amboi ! tak macam over sangat pulak kan...? hahaha

Kenapa aku sampai terpaksa mencuri masa untuk menulis entry ini..?

Sekarang kena bayar guna masa ke macam cerita In Time tu ?

Tak boleh ke kalau aku tak curi masa semata-mata nak taip entry yang takdak follower sangat pun ni ?

Apa titik persamaan antara 'Curi Masa' dan 'Tulis Entry' ?

Kenapa mukaddimah tak tally dengan title entry ?

Haa...itulah tu...masa Form 5 tak belajar KOMSAS eh ? Kalau belajar mesti korang akan familiar dengan terms isi tersirat kan..? hehehe

Okay, makin merepek nampaknya ni...apa ke sampai KOMSAS bagai ni..aku nak cerita pasal lain lah...okay, jangan terlalu jauh meyimpang sebab nanti lagi banyak kecurian masa berlaku...hahaha

Mungkin kali ini eloboration aku akan menjadi sedikit pendek kerana kesenggangan masa sudah ke tahap perlu ada limitasi..sungguh aku benci keadaan ini..

Aku cinta pada perasaan di mana batasan masa itu bukan suatu isu..
Aku sayang pada perasaan di mana batasan masa bukan suatu perkara serius..
Aku rindu pada perasaan di mana batasan masa itu tiada dalam kotak pemikiran yang satu ini..

Bukan aku tidak boleh mengikut rentak perubahan hidup..tapi, aku perlu keadaan yang relax-relax saja dalam melakukan apapun tugak hakiki aku sama ada sebagai pelajar, anak, manusia, hatta sebagai perempuan sekalipun..

Aku benci pada semua dateline..
Aku benci pada semua tanggungjawab sebagai pelajar yang semakin membebankan..
Aku benci pada satu benchmark yang terlalu tinggi untuk aku capai..

Aku bukan seperti orang yang sentiasa boleh buat biasa-biasa saja walaupun melakukan tugas-tugasan hakiki di bawah tekanan..aku tidak boleh perform..pasti akan wujud limitasi dalam peringkat pemikiran..minda aku kacau..AKU TAK AKAN BOLEH PERFORM ...

Kenapa aku bertukar menjadi serius dalam kaedah penyampaian aku ?

Kadang-kadang aku perlu serius dalam perjalanan kehidupan..aku pasti tentang itu...tapi, bila keadaan begini keseriusan itu menjadi perkara mustahil untuk aku dapat..

Apa yang tidak mustahil untuk aku dapat ?

Aku akan dapat segala negative energy yang tidak memungkinkan aku untuk jalankan kehidupan aku ke arah yang lebih sepatutnya...

Okay, interepretasi aku dalam TEKANAN ITU SAHABAT adalah tekanan itu sesuatu yang kerap berlaku pada kita sebagai manusia di dalam muka bumi Allah yang serba indah ini..amat mustahil untuk seseorang itu hidup tanpa tekanan dalam perjalanan kehidupan..A TOTAL IMPOSIBLE ! Tekanan itu boleh datang dari pelbagai segi..baik dari mental dan fizikal...jadi, tekanan itu biasa, cara nak handle tekanan itu perlu luar biasa..

TEKANAN 1 :: PELAJARAN


Allah sayang orang yang sabar kan .. ^____^


Most of my friends sekarang ni mengalami masalah inilah...masalahh yang satu ini...tatkala hanya tinggal seminggu lagi waktu untuk habiskan semester inilah ni...waktu-waktu macam inilah lecturer nak tergedik-gedik reject report..waktu-waktu macam inilah nak buat test..waktu-waktu macam inilah nak suruh buat presentation..waktu-waktu macam inilah...aku yang ambil 4paper inipun terasa apatah lagi yang ambik 7 8 paper kan...jadi, bila perkara-perkara macam ini berlaku aku tak akan boleh perform..aku akan asyik dengan tidur aku..asyik dengan FB aku..asyik dengan novel aku...

Dan bila dah terlambat dan aku mula sedar yang ada 7 8 assignment itu sebenarnya banyak dan submission date hari yang sama atau paling tidak pun dekat-dekat...dekat-dekat itu bukan selang 4 5 hari ye..takde selang hari nye pun...hari ini hantar MGT 417 besok pulak hantar LAW 416...tolong fikir la kalau subject yang macam itu submission date pulak macam itu..aku memang terus jadi down tahap bila khinzir punya kot...

Tak masuk lagi bab yang aku dah rasa relieved bila satu report dah hantar tiba-tiba kena reject padahal minggu depan nak present dan besok ada test campur dengan dua test pada hari lusa lagi...nah !! lecturer...!! tolong la paham buleh tak?? jangan expect kami ambik satu subjek saja satu sem...kami ambik banyak lagi subjek sem ini..banyak lagi dateline kami..tolong bagi kerjasama please...

Bab test pulak memang terbaik la...aku ni mungkin yang buat konon-konon teruk sangat ni tak merasa sangat sebab ada dua test SAJA next week...DUA TEST SAJA PUN...yang budak-budak ini ada berapa test lagi aku pun tak tahu dah..dah lost track dah aku pun..

Okay, cukup lah aku mengomel pasal pelajaran...13 muka surat pun aku tak habis kalau nak cerita satu-satu pun kan...jadi, bagi yang pernah merasa student life itu pasti pernah merasa saat-saat menghampiri final bagaimana...tak perlu aku menulis lagi rasanya kot...

yang semakin menjadi minima itu kesabaran ... -_________-


TEKANAN 2 :: USIA 

tertekan..pressure..pressione..nixus *sumpah sebijik ambik kat google translate


Aku tahu benda ini klise..memang banyak kali dah pun isu ini ada aku bincangkan pun..so what ?? belog aku kot ! punya pasai la kan...! huh ! *ayat emo ini bukan sengaja tapi dah mood tekanan pulak kan...paham jelah ~~

Apa yang aku tekanan kan sangat dengan usia ini ? banyak sebenarnya...kau sedikit tak banyak pasti akan berasa inferior jugak la dengan usia yang menginjak angka 24 ini..sangat inferior...bila clasmate kau mostly under 20 kau mesti akan rasa macam ini..bila tgk kawan sekolah kau banyak dah kerja kau mesti akan rasa macam ini..bila tengok kawan PLKN kau dah bersuami beristeri pasti kau akan rasa macam ini...dan paling ultimate tekanan adalah bila BFF kau dah beranak pinak kau akan rasa sangat-sangat over inferior..

Tak..bukan aku nak blame fate aku di usia aku yang macam ini aku tak ikut jejak langkah diorang...TAK !! Cuma kadang-kadang benda-benda macam ini buat aku terfikir je..normal la kalau kita nak berfikir kan...bukan ada salah apa pun...fikir je pun..then habis setkat tu jelah..tak pun aku nak pergi nangis-nangis pegang kaki mak aku cakap nak kahwin jugak..sebab nak bagi ada baby...bila mak aku tanya kenapa, boleh dengan innocent jawab "Sue dah ada baby ?"..memang taklah kan...!! 

Aku lebih nak salahkan diri aku saja dalam hal ini..memang aku yang bersalah la pun sebab hanya diri aku sendiri yang bertanggungjawab dengan apa yang jadi dalam hidup aku ini kan..

Sapa suruh kronologi pelajaran aku tersangku-sangkut..?

Sapa suruh aku tidak belajar bersungguh-sungguh ?

Sapa suruh aku tidak menjaga hubungan percintaan dengan sebaik-baiknya..?

Sapa suruh aku tidak matang dalam membuat keputusan ??

Itu kan..?semua kesalahan terletak pada diri aku sendiri...bukan ada sesiapa pun yang menentukan hala tuju hidup aku...kesalahan-kesalahan ini semua membuatkan aku lambat dari segala segi..apa yang aku buat sekarang tidak begitu seiring dengan perkembangan usia aku ini..sepatutnya sekarang aku perlu bekerja..hantar mak dengan pergi haji...sponsor Sarah study...complete apa yang Tok nak..buat rumah kat mak dengan bapak..DAN...DAN...DAN...settle hutang PTPTN....

Itu yang patut aku buat pada usia aku sekarang ni...bukan terkedek-kedek buat degree ni..

Mungkin sampai sini dulu rasanya kot..aku akan update lagi jika stress aku itu semakin reda dari semasa ke semasa...
Waktu sekarang mungkin aku perlu masa untuk menyelesaikan tugasan-tugasan ilmiah, tangungjawab-tanggungjawab peribadi dan sebagainya...

^___^

*Doakan final aku okay je...
**Aku rindu mak, bapak and Sarah...

November 10, 2011

~Persoalan Pasal Kenapa~

Okay...

Mukadimahnya macam ni...aku selalu fikir tentang pasti orang akan tertanya-tanya kenapa aku tak buat itu dan tak buat ini...ke aku je yang budget orang lain tertanya-tanya padahal takde pun orang nak tertanya-tanya...?saya memang seorang yang budget hot...kalau awak rasa saya tak hot awak punya pasal lah kan...eh..?nak emo pulak tiba-tiba kan saya ini...hahaha

Sudahlah mukadimah ini...rasa macam makin lama makin out of topic pulak kan..?marilah kita sama-sama berkongsi tentang beberapa 'kenapa' dalam hidup aku ini...:)

Kenapa 1 :: Kenapa aku tak pernah buat entry pasal current issue ?

Apa ye current issue yang tengah up sekarang ni...?Seksualiti merdeka...?AUKU...?Chef Riz tipu CV dia...?? Rain pergi Military...?isu halal haram..?tudung Yuna macam paderi perempuan...?bla..bla..bla...bla...

Hurmmm...its just I don't have any interest on that lah....aku ini manusia yang biasa yang suka berfikir pasal biasa-biasa sahaja...some more aku kalau bercakap pasal current issue ini aku tahu aku akan salah fact dengan banyaknya..aku yakin aku tak mampu untuk menghuraikan sesuatu perkara itu dengan baiknya..aku lebih suka membaca dan mendengar tentang isu-isu semasa...bukan aku tak mau ambik port tapi aku rasa kurang yakin untuk memberikan eloboration yang meyakinkan...

Aku seringkali dilabel cakap macam orang tak de agama lah, tak sensitive dengan sesuatu isu lah, tak sensitive dengan agama sendiri lah, mind aku dah corrupt lah, dan segala macam lagi yang aku rasa tak sedap aku nak dengar...

Aku cakap pakai tudung macam Yuna tu kira okaylah daripada yang tak pakai tudung sana tu...apa masalah dia kalau dia nak pakai macam tu...?Ustaz mana-mana tak dak pun kata haram segala bagai..kenapa people terlalu judgemental nak cakap dia macam-macam...?bukan sebab aku minat kat Yuna aku cakap macam ini..tapi, I just can't take it when people concern for something that's nonsence...better la buat hal sendiri and don't bother about others...

Aku makan McD sebab McD sedap....tak de kena mengena aku payung Yahudi suruh tindas Islam dan segala bagai lagi....some more, makan Spicy Chicken Mcdeluxe boleh kenyang ape...lagipun, kalau nak kira boikot tak boikot ni susahlah...kau tak payah keluar rumah langsunglah kalau macam tu...kita dah tau kita dah pakai most of those 'stated' brands from kita jadi baby lagi...or perhaps since dalam perut mak kita lagi...so, tak adillah kalau baru sekarang kau nak boikot-boikot bagai...its apart of us pulak kot..huhuhu

antara product Israel....

Seksualiti Merdeka itu pada aku nonsense....Marina Mahathir ke, Ambiga ke, apa pun ke, I DON'T GIVE A DAMN ! aku tak kisah kau dan aku berbeza fahaman politik atau ape sekalipun...bila benda itu nonsense ia akan tetap jadi nonsense...takkan ada satu benda pun boleh mengubah perkara-perkara nonsense menjadi positif..daripada orang-orang yang terbabit dengan benda-benda nonsense ini buat benda-benda nonsense ini, aku rasa lebih baik kalau diorang fikir macam mana nak bagi Malaysia ni zero poverty ke, fikir macam mana nakmembaikpulih jalan-jalan yang rosak ke, fikir macam mana nak survive kalau tsunami jadi balik ke, fikir macam mana nak save orang-orang yang berada di kawasan-kawasan yang mungkin banjir ke, kan lebih baik...?daripada buang duit, buang buah fikiran nak fikir benda-benda nonsense ni...


Banyak lagi actually benda-benda yang orang cakap aku macam-macam kalau aku buat something...aku baca banyak pasal illuminati and freemason pun terus label aku ikut ajaran sesat...aku main angry bird cakap aku tak sensitif dengan agama aku sendiri lah...aku pakai crocs cakap aku tak percaya Allah lah...macam-macam lagilah..

Aku bukan jenis yang baca and immediately nak tergedik-gedik share kat facebook...aku bukan jenis kalau baca satu article pasal satu isu terus nak budget macam tahu semua...aku tak suka begitu...aku tak suka terlalu judgemental...

Aku suka berfikir kenapa begitu dan kenapa begini...

Aku suka berfikir kenapa ada yang bersetuju dan kenapa ada yang tak bersetuju...

Aku suka berfikir kenapa dia cakap macam ini dan dia yang lain cakap begitu...

Aku suka berfikir kenapa timbulnya isu itu dan kenapa isu yang lain tidak timbul..

Tapi, aku suka berfikir semua ini secara simple...tidak perlu terlalu into it sangat....:)

Sebab itu, aku tak nak update tentang current isu..sebab aku akan mengambil masa untuk mendigest sesuatu benda...aku mengambil masa untuk mengetahui pendapat orang lain tentang isu itu...aku mangambil masa untuk compare view aku tally ke tak dengan orang lain..kalau tak tally, kenapa tak tally..kenapa dia berfikir begitu dan kenapa aku berfikir begini...

Kenapa 2 :: Kenapa aku lagi suka Facebook dari Twitter ?

Apa...??? Kau pakai FB lagi...? Tak tahu macam mana nak tweet tweet...?eh ! tak urban la kau ni...pakai tweet tweet je lah weyy....kampung kot kalau setakat dok FB lagi....mak cik cleaner nak cari kawan sekolah boleh la dok facebooking lagi weyyyy !!!

Begini ye...korang guna kebijaksanaan korang berfikir ye...

Setuju tak kalau aku katakan orang yang setiap sepanjang masa bertwitter itu sebagai orang tak dak life...?

Setuju tak kalau aku kata orang yang setiap sepanjang masa bertwitter itu sebagai manusia yang duduk dalam kingdom dia sendiri di mana kingdom itu nama dia Kingdom Burung Biru Tweet Tweet...?

Setuju tak kalau aku cakap kalau orang yang setiap sepanjang masa bertwitter ini sebagai manusia bodoh yang nak selalu update dia kata mana...buat apa....dan sebagainya setiap selang 5 minit....?

Tadi aku buka twitter...kebetulan aku memang follow Yuna...yes...aku pun ada twitter..namun aku tidaklah seaktif mana...celik mata tweet...pejam mata tweet...dalam tidur pon tweet..takde maknanya...berbalik kepada cerita Yuna...tadi siang ini lah duk jadi benda ini...boleh dia tweet mana toilet kat Bukit Jalil...? 3 4 minit lepas tu tweet lagi dah jumpa toilet...habis kes toilet update lagi tengah dok bersound check segala...padiiiaaaa.....?

Aku tak suka buat benda-benda begitu...terasa nampak benar takde ruang sosial yang lebih efektif....hanya life di laman maya sahaja nampaknya kan....:)

Aku lebih prefer Facebook sebab aku rasa Facebook lebih efektif kalau nak memberitahu tentang apa-apa...aku rasa Facebook lebih senang nak berkomunikasi...aku rasa kalau nak share tentang apa-apa issue lebih efektif di situ...aku dapat compare view aku dengan orang lain mostly dari Facebook...dan aku tak mampu buat macam itu dengan Twitter....

Mungkin rakan-rakan aku tak macam rakan-rakan kau yang 24-7 hadap twitter...lalalalalalala

aku lebih prefer Facebook....:)

Kenapa 3 :: Kenapa diploma buat lain, degree buat lain ?

Aku pemegang Diploma Pengajian Perniagaan (Insurans) dan sedang menyambung pengajian dalam kursus Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan (Kepujian) (Pemasaran)...

Banyak sudah aku dengar yang kenapa tak ambil sama dengan diploma...?kenapa ambik marketing...?kau suka sangat membaca ke...?kau bukan lagi power calculation ke...?kau yakin ke kalau kau tak buat Insurans kau akan better dengan Marketing ni..?kau tak letak insurance first choice ke masa kau apply degree...?kau rasa kau ada masa depan ke dengan Marketing ni..?

Banyak sangat la soalan-soalan yang tak serupa soalan keluar dari mulut manusia-manusia sekitar aku ini...

Jawapannya, aku yang nak belajar...jadi biarlah aku nak belajar walau apa-apa pun kan...ye...most of my friends pun memang buat degree insurance pun...salah ke kalau aku nak keluar dari circle yang aku dah bersama masa dulu ini lagi...?aku tak mau hanya life aku dalam insurance sahaja...aku suka variety...aku dah lihat how insurance was...dan aku sangat excited untuk tengok marketing itu pula bagaimana...

Tentang Marketing ini banyak membaca dan bagai-bagai lagi itu aku tak boleh nak kata apa lah...insurance dulu pun aku rasa sama saja...banyak Law lagi kau... Engineering lagi susah kot !! Architechture lagi susah kot !! Art and Design lagi susah kot !! ah !! semua susah lah...jadi sebab itulah kena belajar...nak bagi yang susah itu jadi tak susah...:)

Kenapa 4 :: Kenapa umur dah 23 tahun tapi tak de someone special lagi ?

SEBAB TAK DAK JODOH DAN JODOH AKU DULU TAK PANJANG DAN AKU LEBIH SELESA UNTUK HIDUP BERSENDIRIAN BERSAMA DENGAN KENANGAN-KENANGAN LAMA AKU.....-___________-


*letih update...entry panjang kali ini...malas nak check balik...kalau ada typo tu i'm sorry...^_^

November 08, 2011

~Dia Bukan Untuk Aku Lah Tu~

Dari title di atas ni macam obvious sangat tak apa yang aku nak cerita hari ni...?? Agak-agaknya semua boleh agak tak ape yang aku nak cerita ni...?? Dan daripada agak-agakan semua orang tu rasanya klise tak ape yang aku nak tulis ni...??

Hurrrmmmm...klise tak klise...aku nak cerita jugak...so, apa aku nak cerita hari ni...?? apa benda klise yang aku nak cerita ni...??

Obviously LOVE la kan...:)..ke tak obvious sangat..?hmmmm

Tapi aku bukan nak bercerita tentang keindahan cinta tu walau kita semua dah tahu yang perasaan cinta itu adalah satu perasaan yang amat indah..ada jugak yang tak indah tu...jadi, aku nak bercerita tentang cinta yang tak berapa nak indah sangat tu....

Cinta kita sesama manusia bernama lelaki dan perempuan yang menemui titik kegagalan..

Okay, mukadimahnya begini ye...

Cinta itu satu kurniaan perasaan yang terindah rasanya bagi aku...dan semua orang yang pernah bercinta akan agree dengan aku...

Perasaan di mana seseorang mengambil berat pasal kita...

Perasaan di mana ada orang risaukan kita..

Perasaan di mana bila tiap-tiap kali tengok message or even miscall pun terus rasa nak senyum sampai telinga...

Perasaan di mana terus rasa nak dressup cantik-cantik setiap kali nak dating dengan dia...

Perasaan di mana bila kita sedih ada orang akan comfort kita..

Perasaan di mana bila kita ada girls fight akan ada orang backup kita...

Bla...bla..bla..bla...bla....

TAPI ...


Tak semua benda kat dunia ni indah-indah belaka...life kita ni reality..ada benda yang kita suka dan ada benda yang kita tak berapa nak suka..kalau nak 'happily ever after' sangat boleh masuk pi masuk dalam Fairytopia...sebab kat sana semua love story ending dia 'happily ever after'...

Waktu-waktu kita keseorangan ditinggalkan atau meninggalkan inilah selalunya kita akan rasa satu perasaan yang semua benda kita nak shift the blame untuk pihak yang lagi satu itu..even air milo tumpah atas notes Law pun nak salahkan that particular someone jugak...ish..ish..ish...

Benda ni salah actually...even aku pun selalu buat benda-benda ni tapi bila aku dah kembali kepada kewarasan norma pemikiran aku fikir yang sebenarnya aku agak bodoh bila buat macam tu...yelah...sepatutnya aku lebih matang dalam menerima segala apa yang Allah dah tentukan...mungkin dia bukan untuk aku lah tu yang sampai situ je relationship aku tu...

Tak kiralah kau bercinta sepuluh tahun pun kalau dah dia bukan untuk kau so bukan untuk kau lah jugak..tak payah kau nak ber'emo' bagai lah...benda bukannya end of everything pun...

Bagi aku, there's a huge different between stupid and ability to face the fact..seriously..so, sama-sama la kita fikir apa rasionalnya aku cakap macam tu kan..

Sebelum kita jumpa yang betul kita kena experience benda-benda yang salah dulu..take on a bright side la...yang mana jumpa yang dah betul tu alhamdulillah...yang aku nak cerita ni yag jumpa salah sebelum bertemu yang betul...

Jadi, dari sudut kematangan dan pengalaman, sudah terang lagi bersuluh la mereka yang pernah mengalami kegagalan dalam perhubungan itu dapat merasai perkara itu...tak rugi pun lah...boleh enhance diri supaya lebih tahu macam mana nak handle diri lagi..there's always a reason in everything...:)

Aku ini dulunya seorang yang amat suka buat teruk dalam semua benda...sebab itulah sekarang ini pun ada kalanya kadang-kadang aku terbuai oleh emosi dan menjadi over sensitive...macam masa aku tengah taip entry inilah ni...but, sekarang ini, waktu ini, most of the time aku rasa aku perlu relax dan chill sahaja...semua benda mesti ada cara macam mana nak handle... 

Regarding perihal cinta tak sampai ini, hujan di tengah hari ini, kasih terhalang ini, dan semua-semua yang ada kaitan dengan ini aku rasa semua orang pun janganlah terlalu frust sangat kalau benda ini jadi...lebih baik clash sekarang dari clash nanti-nanti ni...nanti ni lagi banyak buang masa...

So, nak buat macam mana...?

Take a deep breath and move on...percayalah...kalau benda-benda macam ini terjadi...tenangkan fikiran dan cakap pada diri sendiri..."Dia bukan untuk aku lah tu..I deserve someone better...definitely !" (nak lagi best, cakap sambil terlompat-lompat..for sure effect dia lagi best kot...;P)

And you will smile all way through...seriously ! :D

*Relationship kat sini aku refer kepada relationship yang korang dah plan future semua tapi hubungan tu tak panjang...

*Relationship kat sini aku refer kepada relatinship normal antara lelaki dan perempuan...tak masuk hubungan-hubungan terlarang dalam konteks islamiah...

*Ada mixed feeling when I wrote about this...teringat kenangan lama maybe..:"(

November 03, 2011

~Tentang Beberapa Kisah~

Serasanya, aku lama lah jugak tak memberi sepatah beberapa kata dalam ruangan yang aku rasa menjadi teman setia aku masa cuti 4 bulan hari tu kan...?bukan apa...tak terdetik langsung di hati nak meminggirkan terus blog ni dari kotak fikiran aku...namun kesibukan aku dengan perkara-perkara rutin membuatkan masa aku agak terbatas untuk menaip dengan sepenuh konsentrasi..

Jadi, aku mengambil keputusan untuk compile ja cerita-cerita yang aku rasa nak cerita...so, enjoy...:)

Kisah Pertama :: Istiadat Konvokesyen UiTM Kali ke-75

Diploma Pengajian Perniagaan (Insurans)

Setelah aku berpenat lelah dan bersusah payah, pada tarikh 25/10/2011 bertempat di Dewan Agung Tuanku Canselor, Universiti Teknologi Mara, Kampus Shah Alam, aku berjaya bergelar Graduan Diploma Pengajian Perniagaan (Insurans)..sesungguhnya sangat la banyak liku-liku kehidupan yang terpaksa aku tempuhi sepanjang tempoh pengajian aku itu...sebab tu la aku tersenyum lebar tatkala pengambilan scroll (temanya dalam benda tu takdak pape pun..esoknya baru aku dapat transkrip segala) itu berlaku..

Masa kat Shah Alam tu aku terasa kerdil la sekali sebab sekali gan budak2 degree (Degree Masscomm belaka to be exact) dan kebetulan la pulak kawan baik aku masa sekolah pulak konvo hari yang sama...weyyy ! dia dah habis degree dah ! siap nak pi buat Master kat oversea lagi !! pasaipa aku baru part 1 degree !!!! aku sudah mula merasakan stress sebab sepanjang kehidupan dua puluhan aku dihabiskan dengan belajar !! macam mana nak round the world ni !! ish !

Takpe..takpe..aku tak stress pun..langsung tak...aku langsung langsung tak stress...sikit pun tak...ini serius....:)

Kisah Kedua :: Perkahwinan Akhirnya 

Johan dan Nurlyana

Ini lagi satu kisah gembira dalam keluarga...kami menerima ahli keluarga baru..tapi dia mai package 5 sekali...hik3...joking okay....hurrrmmm...setelah mengharungi liku-liku kisah percintaan terhalang akhirnya mereka bersatu juga...alhamdulillah...:)

Sekarang ni, dua-dua ketoi ni sedang sibuk mempersiapkan diri mengharungi alam perkahwinan yang bakal menjelma...semoga mereka bahagia bersama...insyaalah...

Tak senang untuk depa sama-sama mengharungi percintaan...kira teruk jugak la...tapi alhamdulillah semua berjalan lancar...

Makanya seorang lagi sepupu aku yang mana lebih muda dari aku telah mendirikan rumah tangga...diulangi...lebih muda dari aku...lebih muda dari aku...

Takpe..takpe..aku tak stress pun..langsung tak...aku langsung langsung tak stress...sikit pun tak...ini serius....:)

Kisah Ketiga :: Pertambahan Yang Aku Nanti-Nantikan

Ikwan Salleh dan Nadia Farina bersama pengapit di hari perkahwinan..

Ini lagi satu khabar gembira yang aku dapat kira-kira jam 1pagi buta 2 hari lepas...berita yang membuatkan mata aku dari nyawa-nyawa ikan terus bersinar megah kerana aku bakal lagi mendapat seorang 'anak' hasil perkongsiaan hidup dua manusia yang bernama BFF di atas ini..hehehe...

"Cepat dan tangkas sunggih depa buat kerja.." sambil ketawa besar mengilai tatkala girls talk dengan Ned...hehehe..

Ned or Nadia ni actually kawan aku since sekolah rendah lagi...dia ni nampak je macam berlagak tak berlagak...tapi kepala mau dok gila-gila macam aku jugak la...antara BFF yang aku sayang sangat la..dulu masa aku still study kat Melaka kan, tiap kali aku balik kampung mesti aku ber'girls day out' dengan dia..tak pernah miss langsung...

Tapi, semenjak dia bergelar isteri ni kami masih belum bertemu lagi...masing-masing sibuk dengan tugasan hakiki masing-masing...dia sibuk bersama suami tercinta..aku pula sibuk dengan pelajaran yang tiada perhujungnya ni...

Dia umur sama dengan aku...dia dah mendirikan rumah tangga dengan lelaki yang dia paling cinta...dan dia bakal mendapat anak...dia umur sama dengan aku...diulangi..umur sama dengan aku...

Takpe..takpe..aku tak stress pun..langsung tak...aku langsung langsung tak stress...sikit pun tak...ini serius....:)

Cukup rasanya perkongsian kali ini sebab ni pun dah agak lewat ni...esoknya ni aku nak balik rumah..apa satu tak packing lagi ni..kedengarannya seperti pagi buta esok juga mereka-mereka ini mahu bergerak....aku takut sungguh kalau-kalau tak bangun...almaklumlah...hari jumaat pula kan...marilah kita tidur..

*Aku nak berkemas dan terus tidur...tidak mahu bertelefon-telefon lagi...lagha semua itu Anis Siswadi..jangan...jangan...tak mau..tak mau... :)

*Good Night..:)

October 07, 2011

~Tentang Satu Keindahan~

Keindahan yang aku nak bincangkan kali ini adalah mengenai perihal kecantikan...sebenarnya aku pun dah lama nak elaborate pasal ni...title pun selalu tukar-tukar..tapi entahlah...dok biaq jadi pekasam kot draft tu pon tak tau la pasaipa...hehehe..mana nak hanky panky lagi..mana nak facebook lagi..mana nak korea lagi..mana nak assignment bagai-bagai lagi..mana nak macam-macam lagilah...lalu idea untuk bercerita perihal tentang cantik ini semakin lama semakin pergi dibuai angin lalu dan menjadikan aku semakin terlupa..(mak aku cakap aku memang selalu lupa...)

Jadi, apa definition cantik pada aku...?

Cantik pada aku adalah seorang yang bila kita tengok muka dia aku akan tersenyum sambil dalam hati kata "cantik gila dia ni!"...cantik pada aku adalah bila betapa pleasantnya seseorang tu pada pandangan mata aku..cantik pada aku ialah bila dia asyik tersenyum kepada sesiapa yang melihat pada dia..cantik pada aku adalah betapa sederhananya dia meriaskan wajah dia...cukuplah definition tu dan korang pon rasanya dah paham kot...

dia ni pada aku cantik...

Okay..terpengaruh dengan Korea lagi...aku tau..tapi, first time tgk dia ni pun aku dah kata cantik...and even dalam cerita Oh! My School ada yang diorang semua kena buang make up pun dia still cantik jugak pada aku..

takde make up pon dia tetap cantik di mata aku...:)

Aku adalah manusia biasa yang sukakan kecantikan yang biasa-biasa saja...tak perlu terlampau memaksa diri untuk kelihatan lawa dan cantik pada pandangan mata...jangan sampai nak cucuk tang sana..cucuk tang sini...hanya untuk nampak cantik...Jadi macam Kim Kardashian baru padan muka...tidakkah ianya nampak bertambah buruk...?biar biasa-biasa saja dan biar diri kita mengalami penuaan yang normal tanpa kita mengubah apa-apa...maksud aku tanpa mengubah apa-apa tu bukanlah bermaksud orang takpayah pakai cleanser, takpayah pakai deodarant tu sume...hanya keperluan asas sahaja...jangan terlampau beria-ia hanya untuk kelihatan cantik..

'Less is more"

Aku rasa qoute tu sangat boleh untuk di'relate ' dengan perkara ini..selalunya kalau kita lihat perkara yang sederhana itu yang paling sedap mata memandang...aku lagi suka tengok Catriona Ross makeup light light je daripada make up ye2 sangat..

Kecantikan seorang isteri itu hanya untuk suaminya...

Aku bukan against benda ni tapi aku berpendapat yang sememangnya kecantikan itu untuk dilihat dan kita sebagai manusia fitrahnya amat sukakan perkara yang cantik..yang sempurna..

Metaforanya begini...kalau korang pergi Tesco...katakanlah korang nak beli barang yang ada dalam kotak la contohnya...lepas korang belek-belek barang tu korang mesti akan cari balik barang yang sama tapi dari kotak yang berlainan namun kotak itu pastinya lebih sempurna dan elok mata kita nak tengok betul tak...?korang takkan ambil barang yang kotaknya dah orang buka dan barang tu dah keluar dari kotak dia betul tak...?takpun tak payah barang dalam kotak la..barang yang tak dalam kotak pun korang akan seboleh-boleh ambik yang dia duduk kat belakang-belakang kan...?seboleh-boleh korang keluarkan yang depan-depan and ambik yang belakang punya kan..?

Sebab apa...?

Sebab mindset korang dah kata nak yang cantik elok dan sempurna...kan..?

Lain orang lain pendapatnya...dan aku berpendapat begini..

Cantik itu satu keindahan....Dan keindahan itu untuk dilihat..

Simple kan..?

Mungkin sebab rupa fizikal aku yang tak berapa cantik kot membuatkan aku berpendapat sebegini..mungkin kerana rupa fizikal aku yang tak berapa cantik kot membuat aku suka melihat benda-benda yang cantik..mungkin kerana rupa fizikal aku tidak berapa cantik membuatkan aku suka melihat kecantikan..

Itu sahaja .

September 25, 2011

~Aku Suka Justin Bieber~

*Entry ini tak dak motive dan sekadar untuk menjawab persoalan rakan-rakan..terima kasih...

Kenapa Justin Bieber...?

Sebab dia comel laa...

Kenapa Justin Bieber...?

Sebab Usher jumpa dia laa...

Kenapa Justin Bieber...?

Sebab lagu dia best laa...

Kenapa Justin Bieber..?

Sebab dia tak dak buat masalah apa pun dengan aku laa....

Okay..sudah dengan persoalan pasal Justin Bieber...aku menaip di sini bukan untuk mengulas tentang hubungan percintaan dia dengan Selena Gomez even rata-rata kawan aku bagitau diorang dah clash (mostly kawan aku tau aku suka Justin Bieber)...mahupun tentang kisah-kisah dia splurge duit dia dengan tak berhemah atau segala bagai lagi lah...

Aku hanya ingin menulis AKU SUKA JUSTIN BIEBER...

Itu sahaja...

Purplicious !

Jadi, kritikan-kritikan 'membina' yang aku dapat sangatlah banyak ye rakan-rakan sekalian...terlalu banyak dari terlalu ramai orang...

Bila dengar lagu 'That Should Be Me' dalam kereta mak kata "Budak ni tak baligh lagi ni..."

Bila beli kasut Nike colour purple kat Al Ikhsan, Fatin kata "Awat hang takdak colour lain dah ka...?"

Bila post kat FB 'I Love Justin Bieber', Wan akan comment "Eeeuuuuwwww..!"

Jadi kenapa aku tetap suka Justin Bieber...?

Sebab kebebasan kita nak suka apa-apa pun adalah terletak pada diri kita sendiri...kita tak perlu nak sangat-sangat suka kat Hujan semata-mata nak bagi satu gang dengan Anwar Hadi mahupun Matlutfi...

Tak perlu aku rasa semua itu...tak perlu sama sekali..

Secara peribadinya, pada awal kemunculan Justin Bieber itu sendiri aku mengaku aku agak kurang gemar dengan dia...tapi bila aku ambil masa berfikir...cari mencari sebab musabab manusia-manusia dok condemn dia..dengar-dengar lagu dia..

Aku rasa dia ni NOT BAD AT ALL....

Bukan jadi satu masalah yang besar sangat pun kalau korang cakap suara dia macam budak tak cukup umur lagi...

Album dia tetap sold out...

Dalam twitter, dia tetap dalam list Top 10 twitter trend...

Dalam Youtube, dia tetap dapat berjuta-juta viewers...

Dia tetap dapat banyak duit..

Dia tetap dapat bagi Selena Gomez macam-macam..

Dia tetap buat konsert gempak-gempak gila...

Selagi dia boleh mencari duit dengan suara dia yang macam tu biarlah dia cari duit...pandailah dia kecik-kecik dah dapat duit billion-billion...kau ada...?

Aku buat entry ni takde niat pun nak suruh korang suka dekat Justin Bieber macam aku suka...suka-suka aku pun tak delah melampau-lampau sangat..suka sekadar suka...beli kasut purple tu pun sebab purple cantik..don't you think so...?hehehe

Kita tak boleh paksa orang untuk suka apa yang kita suka...dan kita pun jangan terlampau prejudis dengan apa yang orang lain suka...sebab subjek kesukaan itu adalah subjektif..

Cumanya kita kena yakin dengan apa yang kita suka dan kita tahu apa yang kita suka...kalau kita tak tahu jangan pandai-pandai buat kepala tau pulak...tanya dekat orang yang tau...so that nanti tak delah nampak macam stupid sangat kan...

Hurmmm...so, kawan-kawan yang dengan riang gembiranya mentertawakan aku jangan la gelak dengan rancaknya lagi bila aku kata aku suka Justin Bieber...korang cuba ambil masa seminit dua try dengar lagu dia...okay je..

Mana la tahu kot-kot nanti dia jadi macam Anuar Zain ke...masa kanak-kanak riang dulu suara dia pun tak semenggah mana..at last dah besar-besar ni sedap pulak kan...*aku pun suka dengar lagu Anuar Zain jugak..:)

Aku dah ulas sampai biru mata-mata dah pasal kebebasan memilih dalam INI..so, kalau nak tahu dengan lebih detail tentang kebebasan untuk memilih ni sila la baca...

Aku taknak cerita banyak-banyak sebab aku nak bagi isi entry ni tally dengan title entry...takdelah cikgu BM aku dulu marah sebab keluar tajuk...hahahaha

Okay, kelas pagi buta besok jadi aku kena beransur la ni...kang esok tersengguk pulak dalam kelas kang..dah la kelas LAW...azab hoiii !!

So..assalamualaikum...

p/s :: aku suka Justin Bieber tapi kalau dia mai Malaysia ni tak dak makna pun aku nak pi Konsert dia...minat tu berpada-pada..bukan dia aku la nak bawak banner sambil jerit-jerit nama Justin Bieber tu..nampak benor bodohnya lah !! hahahah

p/s :: aku stress study kat sini TIAP-TIAP HARI kelas pagi buta hokayyyyy ! nyampah ! huh !

September 23, 2011

~The Blaming Game~

Okay..macam ni....

Sebenarnya dah banyak kali aku nak elaborate pasal ni pun...tapi, kadang-kadang tu aku lupa dan terlupa..biasala...macam mak selalu cakap...aku memang selalu lupa...hehehe

Kenapa pasal ini...?

Sebab aku rasa aku perlu untuk bercakap tentang ini...salah menyalahkan orang lain padahal puncanya datang dari kita sendiri...kesalahan itu kita sendiri yang mulakan...kita bukan maksum macam Nabi Muhammad s.a.w yang Allah s.w.t pelihara dia dari melakukan segala kesalahan-kesalahan dan dosa-dosa...hatta Allah s.w.t pelihara pun Nabi Muhammad s.a.w sentiasa memelihara diri dia dari melakukan kesalahan jugak apatah lagi kita ni kan....?

Aku mengaku aku tak pandai dalam hal beragama...tapi hal-hal general ni aku tau lah...:)

Begini...isu ini sebenarnya never ending pun...even kadang-kadang dah terang lagi bersuluh..dah clearly transparent pun...punca satu perkara negatif tu datang dari diri kita sendiri, tapi kita still nak shift the blame tu kat orang lain...

Kenapa ye nak menyalahkan orang lain...?

Sebab kita takboleh nak terima kekurangan diri sendiri...sebabkan ego kita nak nampakkan kita ni sentiasa perfect di mata orang lain...sebab kita tak boleh terima kalau orang nak kritik kita...sebab kita akan jadi down kalau nampak orang tengok kita with skeptical looks..sebab kita akan rasa orang akan ada double perception kat kita...sebab kita rasa kita akan jadi tak seiring sejalan dengan orang orang lain..sebab kita rasa kita tak layak nak compete dengan orang lain...Sebab kita inferior dengan diri kita sendiri..

Perkara-perkara macam ni tak sepatutnya berlaku...kita kena belajar terima hakikat yang kita adalah manusia biasa yang sentiasa melakukan kesalahan...manusia fitrahnya amat rapat dengan kekhilafan...sesuatu yang kita semua tak boleh elak...perkara-perkara normal la tu...cuma bezanya kecil atau besar salah tu..tapi tak kisahlah..bukan kecil besar kesalahan tu...tapi apa yang kita dapat belajar dari kesilapan yang kita buat...

In stead of kita cari sapa yang salah dari sesuatu musibah yang jadi, alangkah baiknya kalau kita cari cara nak positive kan balik benda tu..memanglah bila sesuatu musibah itu terjadi kita tak boleh nak elak dah...tapi, tak salah kalau kita nak usaha pun...so..kalau dah musibah tu nak jadi so jadilah...

Kadang-kadang aku rasa kita sendiri perlu evaluate diri kita...tahu kelebihan dan kekurangan diri kita la..with that, i guess all this blaming game akan dapat kita kurangkan sekaligus orang-orang yang melakukan kesalahan ini akan cuba memperbaiki diri untuk menjadi lebih baik dan baik dan baik...

Aku bagi satu contoh...mungkin perkara ini boleh buat korang berfikir sejenak kot...

Aku ada seorang kawan...dia fall in love dengan student dia...kawan aku berusia early 30's and budak lelaki itu 22 years old at that particular time..they were like so in love with each other...as far as I concern la...:)...so, as the time passes by budak lelaki tu macam berubah sedikit..setelah diselidik dengan begitu mendalamnya, barulah kami ketahui yang budak lelaki itu ada seseorang yang lain dalam hidupnya..yang lebih muda dari kawan aku ini..mungkinkah dia sudah bosan dengan kawan aku yang aku lihat agak sedikit clingy pada mulanya...?ataupun sebenarnya lelaki itu sedar yang dia sebenarnya tidak suka perempuan yang agak lebih berusia daripada dia..?tapi aku rasa bukan isunya kot sebab sampai sekarang pun diorang still together jugak even aku tak boleh nak define apa relationship diorang tu...masuk tahun ni dah tahun ketiga kalau aku tak silap...

So, kawan aku ni pergi la bercerita kepada beberapa orang yang dia 'konon' percaya dan perkara itu menjadi sedikit chaos...tapi, bukan chaos tu yang aku nak ketengahkan..tapi, persamaan opinion beberapa orang itu..mereka lebih menyalahkan yang lelaki..di samping itu, kawan aku jugak ada dipersalahkan...atas sebab yang aku rasa sedikit mengaibkan...

Apa yang aku dapat conclude dari perkara di atas...?bila aku fikir dengan mendalam sedikit aku dapat buat kesimpulan yang bilamana kita asyik menyalahkan orang dalam sesuatu perkara, ianya tidak sama sekali akan menyelesaikan masalah...dapat aku lihat yang setelah 'chaos besar' terjadi yang berpunca dari this blaming game, aku dapati yang perkara ni langsung tak selesai sampai sekarang...terus tergantung tanpa ada sebarang kata penyelesaian ataupun kata putus yang menyatakan perkara ini selesai...kan...kita tak dapat apa-apa dari kes salah menyalahkan orang lain ini...


Masa aku tengah-tengah buat entry ini mata aku terus terpaku depan tv..aku tengok Chris Rene ni nyanyi..kisahnya sangat membuatkan aku touching...

Lagu ini bertajuk Young Hommie...dia buat sendiri lagi ni...cerita tentang hidup dia...dia ni sebenarnya involve dengan drugs which all we know yang benda ni boleh buat life kita jadi kelam kabut kan...so..before masuk cerita ni which is X Factor ni, dia baru je masuk rehab and at that particular time dia dah clean untuk tempoh masa 70hari..amazingly, dia tak blame sapa-sapa pun dia jadi macam tu...dia blame diri dia sendiri dan jadikan his son satu anjakan paradigma untuk dia terus berubah menjadi lebih baik...orang pun tak judgemental dengan dia...all those 4 judges pun bagi peluang kat dia untuk dia prove yang he's change...tak salah kita bagi peluang untuk seseorang itu berubah despite all this blaming stuff...tak bawak kemana pun...

Persepsi masyarakat pun memainkan peranan yang agak penting jugak aku rasa...jangan terlalu judgemental dan tolong orang yang nak berubah ni..sebab macam aku cakap tadi..kita manusia sentiasa melakukan kesalahan...cuma beza kesalahan tu besar dengan kecil...hari ini kita nampak dia macam tu..tak mustahil kalau esok-esok kita pulak yang jadi macam tu..zaman sekarang kan Allah s.w.t bayar cash...apa ada hal kan....

So...fikir-fikirlah...okay....:)

p/s :: dengar lagu young hommie tu sangat la best..relax je melody dia..:)

September 19, 2011

~Ordinary Itu Biasa...Perubahan Itu Ordinary~

Suatu malam tu, aku berbicara tentang masa lalu dengan seseorang dari masa lalu aku..sebetulnya sudah banyak kali perkara-perkara itu dibincangkan oleh kami berdua...entah sama ada aku buat-buat takpaham atau aku memang takpaham aku pun tak berapa pasti..katanya diri aku masa dulu dan masa kini amatlah berbeza ketara...

Semalaman aku berfikir-fikir tentang perkara itu...benarkah..?begitukah..?

Sehingga terkadang aku menjadi sedikit blur..sebenarnya agak normal aku menjadi blur pada malam hari...tapi entah mengapa malam itu aku menjadi terlampau pulak..lalu aku terfikir dan terfikir..hatta ketika bercakap dengan seorang sahabat ketika malam itu juga membuatkan aku terfikir tentang perkara yang satu ini..

Sememangnya seseorang dari masa lalu aku itu sungguh pandai membuat aku berfikir-fikir..lalu setelah mata aku hampir terlelap aku berjaya merungkai mengapa seseorang dari masa lalu itu membuat staement yang sedemikian rupa..sekaligus aku membuka mata yang nak tutup tak tutup tu...

AKU INI MANUSIA BIASA..

Itu adalah jawapannya...bila kita menjadi manusia biasa maka kita akan sering berubah-rubah kerana itu adalah fitrah manusia...ada kala kita inginkan begitu dan ada kalanya kita inginkan begini...dah manusia begitu..nak buat macam mana lagi !

Jadi aku nak bincangkan tentang inilah...tentang perubahan...tentang kita manusia ini takkan pernah lari dari perubahan...perubahan in a terms to be better..kita perlu berubah..

Perubahan dari baby menjadi tennagers...

Perubahan dari anak dara menjadi mak budak...

Perubahan dari seorang student menjadi seorang yang ada kerjaya..

Perubahan dari seorang childish menjadi yang lebih matured...

Perubahan dari suka makan McD menjadi suka makan KFC dan bagai-bagai lagi...

Kalau kita tak berubah dan stay macam tu je maknanya kita takkan grow up la...eh hello ! tubuh badan ni pun berubah mengikut peningkatan usia ye....bayangkan lah kalau korang tak ubah-ubah dari korang masa kecik-kecik dulu...masa tu korang mesti suka gila-gila makan gula-gula kapas yang jual kat cashier Shell tu kan..?takpun kat tepi-tepi highway mahupun R&R di seluruh Malaysia ini..:)

So..bila korang dah besar gajah ni takkan nak makan gula-gula kapas kanak-kanak riang tu lagi kan...?paling tak pun mesti korang hadap marshmallow (ntah betol entah tidak aku spell menatang kejadah ni)  kan...?baru la urban siket...ade ke nk makan gula-gula kapas dah besar remaja ni...ye2 pakai Blacberry Torch 9800 tapi tanya feveret food --->> gula-gula kapas...speaking meaking bagai tapi suka gula-gula kapas ! LAME ! 

Perlu ke satu perubahan itu...?

Bagi aku perlu..sebab bila kita berubah kita takkan duduk statik kat situ je..memang la sebelum ni kita dah okay...complete semua..tapi tak menjadi kesalahan untuk kita menjadi lebih baik...kita boleh motivate orang lain supaya beat kita...tapi dalam terms PERSAINGAN SIHAT la...kalau semua ambil pendekatan macam tu aku rasa semua orang boleh jadi macam Albert Einstein (sila ketepikan penyakit Dyslexia beliau)..genius genius belaka dan dapat menambahkan innovation innovation yang lebih padu dan jitu...haa...amek ! padu dan jitu la SGT ! :p

mesti Donald Trump tiru rambut dia ni kan...?

Kalau tak berubah boleh mati ke...?

Memang la kalau tak berubah tu tak mati..TAPI, takkan nak duduk kat situ je..?tak mau jadi manusia yang berguna atau lebih berguna...?bukannya kena masuk MLM AC Mizal pun untuk satu perubahan yang minor..ye..MINOR! tak perlu nak rancak rancak sangat berubah sebab yang MINOR itu pasti akan jadi MAJOR satu hari nanti kelak..sedikit-sedikit lama-lama jadi bukit..percayalah...so..jom kita berubah ! kalau dulu gosok gigi satu hari sekali apa kata hari ini kita gosok gigi 3 kali sehari !!! yay !

Dalam hidup ni sekali je ke kena berubah...?

Depends jugak la...kalau berkali-kali berubah untuk menjadi lebih baik apa salahnya..tak dak jadi masalah apa-apa pun lah...yang dok jadi salahnya, berubah dari baik jadi tak baik kemudian baik sekejap dan jadi tak baik balik and benda tu dok rotate sampai la korang tua esok ni..haa..macam tu kalau, bagi aku salah la..tak dak value pun la perubahan itu kalau kita tak learn from mistakes..

Kalau berubah banyak-banyak kali orang tak annoyed ke dengan kita..?


Aku selalu berpegang kepada qoute ini yang entah dari mana aku dapat tak tau.."Kita tak hidup sebab orang suka kita dan kita tak mati sebab orang suka kita.." Jadi, kadang-kadang kalau aku teringat pasal qoute ini bila aku buat something, aku akan proceed je dengan apa yang aku nak buat..sebab kalau kita nak fikir apa yang orang akan fikir tentang kita mesti kita takkan kemana-mana dan akan statik kat situ dan tak mampu nak lakukan satu anjakan paradigma dalam hidup...hamboiii ayat ! tak macam panjang sangat pulak kan...:)..so berbalik kepada apa yang kita dok cakap tadi ni...kita buat je apa kita nak buat...orang nak annoyed ke tak tu masalah diaorang..kalau diaorang kritik okay..kalau dorg condemn then remove diorang dari life korang...hahahaha (gelak evil)..:D

*kritik bagi aku benda-benda yang positif dan yang negative tu aku panggil condemn..sekian..

So, sampai sini sahaja...aku dah sakit kepala..nak makan Pringles Original Flavour sebab semalam mimpi dok makan...boleh ?? hhahahaha

p/s :: emotion semakin boleh di'neutralize' selagi tidak memijak lantai Rumah Jitra...hehehehe

p/s :: harap-harap kali ni takdelah typo...fuh ! fuh ! fuh !

September 17, 2011

~A Total Breakdown~

Entry kali ini basically menjurus kepada luahan perasaan sahaja...sebab aku tengah TOTAL BREAKDOWN sekarang...terlalu breakdown sehingga aku terfikir untuk terus tidak mahu menyambung pengajian aku ke peringkat degree...ingin sahaja aku memanjat tangga HEP di Uitm Sungai Petani, Merbok sana dan memohon untuk menamatkan pengajian...ingin saja aku terus mengangkat kaki terus dari rumah ini dan pergi tanpa perlu untuk aku kembali melihat muka bapak aku lagi...

Bapak, kalau-kalau bapak ada terbaca blog ini, kakak nak cakap satu benda ja...

BAPAK JANGAN HARAP APA-APA DAH DEKAT KAKAK...KAKAK TAK MAMPU NAK BUAT BAPAK PROUD DENGAN KAKAK SO JANGAN HARAP APA-APA LANGSUNG DAH DARI KAKAK..APA-APA PUN BAPAK HARAP DEKAT SARAH SORANG JA..KAKAK TAK BOLEH BUAT MACAM SARAH BUAT...KAKAK TAK BOLEH BAGI STRAIGHT A's DALAM UPSR, PMR DAN SPM KAT BAPAK...KAKAK TAK BOLEH BAGI DEAN LIST KAT BAPAK... KESIMPULANNYA KAKAK TAK BOLEH NAK BAGI APA-APA LANGSUNG KAT BAPAK...ITU SAHAJA KAKAK NAK CAKAP...HARAP BAPAK TAKKAN ARGUE APA-APA DAH..KALAU BAPAK RASA TAK MAU SUPPORT KAKAK STUDY NI DAH, BAPAK BOLEH BAGITAU SO THAT KAKAK BOLEH QUIT...ANYTIME WITHIN THESE THREE YEARS..JUST JANGAN HARAP APA-APA DAH DARI KAKAK...I CAN'T MAKE YOU PROUD..TERIMA KASIH..

Okay..aku memilih medium ini sebab aku tak tahu nak cerita kat sapa dan aku positive yang kalau aku cerita secara lisan mesti nanti pakej dengan air mata...even menaip ni pun aku dok nangis apatah lagi kalau aku bercerita segala lisan..

At the moment, sememangnya apa sahaja yang aku buat memang akan jadi ULTIMATE SALAH kat mata bapak aku...even nak guna motor pergi ambil buku dekat kawan aku pun jadi macam salah besar macam nak kena hukum penjara 39 tahun ataupun mati mandatori..aku tak pasti sama ada ada perubahan hormon dalam badan aku ataupun seiring dengan peningkatan usia maka emosi menjadi terlalu sensitif tapi bila dia mangamuk masa tu aku boleh menangis dengan begitu teresak-esak sekali sampai boleh terlepas kat mak aku cakap nak balik Sungai Petani masa itu juga..

Sememangnya, sesiapa yang mengenali aku secara rapat, aku bukan jenis yang akan menjadi terlalu emosi walaupun perkara-perkara yang agak serious berlaku..and even, perkara-perkara bapak aku berperangai macam ni dah pernah berlaku...pernah dulu sampai satu semester aku di Melaka dia langsung tidak bercakap atau bertanya apa-apa kepada aku..aku masih boleh buat biasa-biasa tanpa ada apa-apa perasaan ataupun putus semangat seperti sekarang..aku tak pasti apa yang membuatkan aku menjadi fragile macam ini..terlalu fragile aku rasa kali ini..selalunya aku relax dengan semua ini..aku boleh buat muka blurr dengan semua benda ini...kenapa kali ini aku tak boleh...?I wonder why...

Maafkan aku kalau aku terlalu beremosi..terlalu banyak dugaannya pada aku untuk memulakan pengajian kali ini...terlalu banyak perkara berlaku dalam hanya tiga hari ini...aku tetap dengan perangai aku..akan bergelak ketawa bersama rakan-rakan...aku fikir dengan itu aku akan lupa dengan segala yang terjadi, namun aku tak mampu untuk membuang masalah ini ketepi sebab bila aku duduk sorang-sorang aku akan tetap ingat ini-ini semua..

Aku takboleh begini ! aku kena clear sume benda-benda parasit ini sebelum hari Isnin bermula..aku nak start kelas dengan mind yang kosong so that aku boleh lebih focus...aku kena figure out macam mana nak buat benda-benda ini serta merta hilang...

Hurrmmm...aku rasa sudahlah kot mluah-luah perasaan ini..nanti kot kalau-kalau aku tiba-tiba browse balik entry-entry lama tatkala entry baru mengambil tempat terus aku jadi emosinal balik...takmau..takmau..takmau...

mode :: emotinal !

p/s :: INI ENTRY EMOSIONAL AKU..TERIMA KASIH ~

September 13, 2011

~Aku Rindu~

Temanya aku bersiaran langsung dari Sungai Petani kali ini..ini adalah entry aku yang pertama dari Sungai Petani ini..aku sedang men'digest'kan diri aku dengan environment Sungai Petani...aku cuba sedaya upaya melemparkan senyuman yang paling manis setiap kali mengenangkan keadaan aku di tempat baru ini..yang akan aku habiskan sisa-sisa degree aku di sini...dan aku melihatkan persepsi pertama aku tentang 'tempat' ni semakin hari semakin berubah...ini bukan entry sengaja buat teruk tapi lebih kepada entry menceritakan perihal perasaan aku di tempat baru ini...tatkala pertama kali aku menjejakkkan kaki di sini, satu-satunya perkara yang buat aku excited ialah wujudnya satu makhluk ciptaan Allah yang bernama Anwar Hadi di bumi Sungai Petani ini..(taktau sapa dia...?google p sendiri..aku takmau letak link biru-biru sebab asyik dok loading dari tadi)...so satu benda tu ja yang aku excited weyyyy ! lain-lain sume aku lebih selesa meng'compare' Kampus London (Lendu) dan Kampus Melbourne (Merbok) ini...dan semestinya Kampus London yang menang tanpa bertanding hokayyy...

Namun, apa yang aku nak ceritakan ni bukan pasal Kampus-Kampus ni..mahupun pasal Anwar Hadi..apatah lagi pasal Sungai Petani...aku ingin berkongsi perasaan aku mengenai siapa yang aku paling rindu di Melaka..

kenapa banyak-banyak tempat, aku gedik gak nak capture kat toilet ?

Okay...aku tau aku sentimental sekarang...tapi nak buat cam ne...dah aku sentimental..biaq laaa....ntah kenapa sejak-sejak life aku bermula kat sini aku rasa rindu pulak kat minah2 senget di atas ini..rasa lost pon ada...yelah..dah xd sape-sape nak btau aku apa yang patut aku buat and tak patut buat kan Atun kan...?takde sape dah aku nak refer kalau takpaham apa-apa kan Hawa Naziera..?tak de sape dah aku nak panggil mak kan Mak..?tak de sapa dah aku nak tarik rambut masa dalam kelas kan Sharifah Rosliana...?tak de sapa dah kan nak cite pasal korea-korea kan Ana Lina...?takdak sapa dah nak pong pang pong pang cakap kedah gan aku kan Fary kan..?takde sapa dah aku nak panggil Selemah dah kan Sal kan..?and takde sapa dah aku nak ngusik2 kan Erni kan..?kan..?kan..?kan...?aku sedih weyyyy korang...

Okay...aku rasa macam sekarang ni aku nak berkongsi tentang tabiat mereka-mereka ini...ingin berkongsi rasa dari perspektif aku tentang mereka ini..

Maheratun Rahim

Gadis ini adalah best student kelas kami...dia bertanggungjawab dalam segala hal yang melibatkan kelas...even ada satu sem tu "Babi Hijau" jadi clas rep pon dia still jugak berperanan sebagai clas rep sebab semua orang pun akan refer kat dia tentang apa-apa hal..even sekarang pun aku stil refer dia dengan hal-hal berkaitan Uitm serta PTPTN even tak sama Uitm..entah la...tak tau kena aku kena refer dia jugak...gedik kot..?ke sebab aku rindu nak cakap gan dia so sengaja cari alasan cal dia jugak ??? hahahaha

Hawa Naziera

Dia ni pon antara best student jugak la...cepat sangat pickup dalam kelas..heran aku ! otak dia buat pada apa pon xtaw...dok jadi pandai sangat ni...hahahaha...even aku tua setahun dari dia tapi aku respect dia la sebab dia pandai..entah..dah dia pandai dan aku suka..so aku suka la..hehehe...sekepala pon sekepala jugak...best la..masa buat ETR dengan dia dulu pon best..banyak dapat belajar..kan bagus kalau dari Part 1 aku rapat dengan dia....?mesti jadi top student kan..?ceeettttt ! berangan !! hahahaha

Sharifah Rosliana

Budak ni aku suka tarik rambut dia masa dalam kelas..sebab tu aku selalu port belakang dia kalau dalam kelas...tengah-tengah dok mengantuk tu tiba-tiba tarik rambut dia...memang terus tak mengantuk la..dia pun semenjak ber'degree' ni dah makin jadi macam artis dha kau...! tapi best dia ni..suara pun manja-manja...tak pernah lagi dengar dia nmengamuk-ngamuk tak tentu pasal...comel pun comel jugak...hehehe

Ana Lina

Sebenarnya Ana Lina ni terdiri dari dua orang manusia iaitu Ana (Farhana) dan Lina (Hazlina)..aku tak boleh nak pisahkan dua ketul manusia ni sebab memang diorang selalu berdua-duaan pun..kitorang pun terdorang nak panggil Ana Lina...hehehe....diorang dua orang ni memang baik sangat..macam belangkas..mana-mana pergi pun nak berdua je...masuk SIFE pun dua-dua ketul..pergi kelas pun dua-dua ketul...umah sewa pun satu bilik..hatta pergi konsert Super Junior pun dua-dua ketul jugak....dan jangan taktau handphone diorang pun model sama..beza cuma warna handphone je...Ana kaler biru and Lina kaler Merah...punya la berkasih-sayang dua ketul ni..hehehe...

Farihah Abdul Rahman

Dia ni adalah rakan senegeri aku...baik budaknya...sentiasa tolong kawan-kawan...selalu fikir tentang kawan-kawan...rasa macam lama betul tak lepak dengan dia..dulu aku serumah dengan dia...tu pun belas ihsan dia jugak..kalau tak aku memang takde rumah...pastu dia ni takde nak berkira sangat..give and tak je..bagus manusia macam ni...aku suka betoiii !! :)

Salmah Saidon

Ini pulah antara manusia yang aku suka usik jugak...aku suka bahan dia panggil Selemah...mula-mula dulu dia macam tak suka...tapi dah lama-lama dia pun dah malas nak layan...dia ni orang Johor...hurmmm....best kawan dengan dia..cerita-cerita dengan dia pun best jugak...nampak macam biasa -biasa je tapi DL okay....teruja aku berkawan..semoga berkat-berkat DL mereka-mereka ini akan datang kat aku masa degree  nanti okay...nak amek scrool pakai selepang..hahahaha..:)

Erniana Azizan

Baik budak ni..sopan santun je kalau tengok dia...baik la is the best word...ada orang minat kat dia..kawan sekolah dia..Idham nama budak tu..aku kenal Idham ni masa dia bawak kitorang pergi Putrajaya sebab nak siapkan assignment En Kamil..transport kot kalau tak silap aku...kena pergi kat site tu...bapak gila jauh ! Putrajaya ntu kot ! memanglah tak jauh mana tapi classmate yang lain buat kat Melaka ja kot...group Erynn lagi best..diorang ambik construction bangunan budak AD kat dalam UiTM tu je ha...sekangkang kera je dari kelas kitorang...siot kitorang sampai PUTRAJAYA tu...nak tunggu Idham pergi sembahyang Jumaat kitorang boleh pulak lepak kat Alamanda tu ha...pastu berbalik kepada cerita Idham dan Erni ni...aku difahamkan mereka ni kawan sekolah..Idham ni memang dok tangkap cintan dengan Erni ni dari sekolah lagi tapi Erni ni tak nak layan...tak tahu kenapa...yang si budak Idham ni pulak dulu asyik tanya aku eje si Erni tu buat apa...dah makan ke belum semua..ada la jugak aku dok kenen-kenen tapi Erni macam tak minat je..tak mampu dah aku pun...semoga nanti Idham berjaya mengorat Erni..nampak baik je budaknya..hehehe

Okay..cukup pasal depa...sebenarnya I miss Melaka so much...ada lagi kawan-kawan yang takde dalam ni..macam ifa, erynn ezureen, nieda, ella and all my classmates...nanti la kalau aku ada mood aku cerita pasal diorang....especially erynn ezureen...banyak boleh aku share pasal budak loading memanjang ni...in a way. she's a good friend...

Okay..angin sentimental aku dah nk habis and nak iron baju ni...assalamualaikum...:)

p/s :: mereka sangat baik..sayang mereka..muah3..love u guys...

August 27, 2011

~Semakin Hari Semakin Hilang~

Aku taknak letak tajuk klise "KURANG AJAR" sebagai title kat atas sebab aku tak nak nampak klise...tp klise tak klise aku tetap nak bercakap perihal yang satu itu...perihal yang semakin hari semakin menghilang dalam diri masyarakat kita sendiri..aku bercakap tentang masyarakat yang aku wakili sendiri iaitu Melayu...aku tidak mahu menyentuh mengenai Chinese atau Indian...sebab nanti kena cop racist lak..takpun orang akan kata aku ni "Melayu Tak Sedar Diri" pulak...hehehee...apa yang aku nak cerita ni baru petang tak sat ni dok jadi kat aku...bukan kat sapa sapa pun...kat aku sendiri...

Kisahnya bermula macam ni...aku sebenarnya nak pergi beli selendang dengan sepupu aku yang baru pulang dari  Langkawi...hari lain aku tak boleh pergi sebab aku sibuk dengan tugasan-tugasan seharian aku..nak dijadikan cerita aku telah terlupa colour baju aku tu jadi aku pun mengambil keputusan untuk pergi je ke rumah tailor mak aku tu untuk ambil sedikit contoh kain supaya aku boleh pi match dengan selendang mana yang aku nak beli tu supaya lebih accurate..takut nanti jadi awkward sangat pulak kalau colour selendang tak sama range dengan colour baju kan...perempuan ni kan cerewet sikit...dan aku pun taknak la jadi fashion victim OKAY ! hahahah

NAMUN....yang nak dijadikan cerita lagi adalah aku lupa pulak dah mana letaknya rumah tailor mak aku tu...aku pun tanya la jalan kat mak aku...so mak aku pun petua la jalan supaya aku lebih tahu..even aku pernah la jugak ikut mak aku pi rumah Kak Lela tu tapi aku manusia biasa..kadangkala agak terkhilaf la kan...jadi tersalah la rumah...some more rumah kat Taman Tengku Sarina tu rumah dia almost the same...colour sume nak orange je...pungkoq depa betoi dok pi cat bagi sama semua pasai apa...!!! tak pasai pasai ja !! huh !

Tapi, aku ala ala yakin la tu rumah Kak Lela sebab memang la rumah Kak Lela colour orange pun...(dan dan aku rasa nak benci dengan colour orange!)..so dengan tawadduk dan fathonahnya aku pun memberi salam la kepada sang empunya rumah...adat la datang rumah orang bagi salam kan...takkan nak main redah je...tapi, tuan punya rumah tak bukak2 jugak pintu rumah depa...jadi aku assume la yang maybe orang di dalam tak dengar ke, duduk kat dapur ke, bunyi bising tv ke...sebab rumah kat Taman Tengku Sarina ni dia agak memanjang ke belakang..so aku hanya melakukan kesimpulan yang logik...unfortunately, selangka dua aku menjejakkan kaki ke dalam kawasan rumah itu, tuan di dalam membuka pintu rumah...baru tergedik nak bukak bila nampak aku masuk...huh !

Aku :: Assalamualaikum...

Aku tunggu kakak tu jawab...tapi dia tak jawab pun..

Kakak yang tak dak budi bahasa :: Ada apa...?
Aku :: Nak tanya sikit, ni rumah Kak Lela ke...?yang buat baju tu...?
Kakak yang tak dak budi bahasa :: Takde..tak de....

Dia jawab sambil ye ye geleng kepala and tangan nak gawang..konon2 gesture nak habaq kata memang tak dak la manusia nama Kak Lela tu...sambil tutup pintu pulak tu...sunggup biadap dah tang situ....tapi, tiba2 dia bukak balik pintu rumah dia...

Kakak yang tak dak budi bahasa :: Tolong tutup pintu bagi rapat boleh tak...???
Aku :: Okay..okay..tapi kak takkan tak kenal kot Kak Lela tu..?dia sorang je yang buat baju kat sini kan....?
Kakak yang tak dak budi bahasa :: Takpaham ke orang cakap tak dak...?ni...diam boleh tak...?anak aku nak tidoq ???
Aku :: Eh..eh...aku tanya ja pun...apa masalah ang ni...?tak boleh jawab elok2 ke...?
Kakak yang tak dak budi bahasa :: Hang mai rumah orang jangan nak kurang ajaq sangat naa.....pffftttttt...
Aku :: Sapa yang kurang ajaq dulu...?hang ka aku...??

Dia tak jawab pun dan terus masuk dalam rumah sambil tutup pintu...aku pun masuk dalam kereta dan cerita la denkat sepupu aku apa yang terjadi...tapi mak aku pulak call..so, aku entertain call mak aku dulu..sambil tu aku dah nampak husband kakak yang tak berbudi bahasa tu keluar and tunjuk gesture suruh aku keluar...disebabkan aku tak keluar kerana bercakap telefon so dengan tak puas hatinya en suami yang konon sayang kat bini dia yang psyco tu pun keluar...aku tak ingat butir bicara aku, suami kakak tak berbudi bahasa, kakak tak berbudi bahasa dan sepupu aku sebab memang masa tu aku tengah panas hati orang tiba2 mai dok jerkah2 aku ! silap besar la nak cari pasal dengan aku...

Apa yang aku pasti sungguh sungguh dia kata aku bercakap kurang ajar dengan kakak tak berbudi bahasa...tapi, dia tiba yang aku rasa tak dapat melepaskan geram dia kat aku dan juga mungkin tekanan mendengar perang mulut antara aku dan kakak tak berbudi bahasa maka dia telah menepuk cermin kereta sepupu aku dengan agak kuatnya...sapa kurang ajar sekarang...?aku atau suami kakak tak berbudi bahasa...?diaorang siap tuduh aku ceroboh rumah diorang lagi dengan nak report polis bagai...?helo...?aku bagi salam kot...ceroboh ape jadah...?memang bodoh la kan Kakak tak berbudi bahasa dan Suami kakak tak berbudi bahasa....?macam sepupu aku selalu cakap la kan..bodoh tu jangan la banyak banyak sangat...sikit2 sudah la kan...heeee..kesian aku manusia macam ni..tak tau undang-undang tapi nak cakap undang-undang dengan aku...memanglah aku tak ambil Law tapi dalam course aku kami belajar kot undang-undang...dari part 4 sampai part6 ada je paper Law...

trespass = ceroboh
a wrongful interference with the possession of property (personal property as well as realty), or the action instituted to recover damages 



*in case kakak tak berbudi bahasa dan suami kakak tak berbudi bahasa baca blog ni, aku provide what is the real "ceroboh" means...okay...:)


Aku sebenarnya tak suka nak cari pasal ni..nak nak pulak kita dalam bulan ramadhan yang mulia ni...lagipun pulak aku kan saudara sesama Islam...tak elok nak gaduh2 ni...si suami kakak tak berbudi bahasa tu dah semua perempuan dok tengah panas bukankah lebih baik kalau dia tone down sikit...?tak delah aku nak bertambah marah sangat...ni tidak, dengan laju dan pantasnya dia berjalan menuju ke arah aku pulak...?wajarkah aku katakan lelaki itu dayus...?tak baik kan..?mungkin dia sayang bini dia sangat sangat la kot sampai takboleh berfikir guna logik akal dia...?takpelah...sayang sangat2 kan..?untunglah dia ada suami...aku pulak tiada...so..dia ada orang backup so au takdak backup...takpelah...


Tapi, as the time passes by, aku teringat la yang dia cakap jangan bising tak nak bagi anak dia bangun konon tidur la sangat kan...yang diorang laki bini keluar bising2 tu takpe pulak...?keluar2 maki aku dengan perkataan yang tak elok sesama kita saudara seIslam ucapkan boleh pulak...?aku yang bagi salam dengan suara yang lunak merdu ni pulak boleh bagi anak diorang tu bangun..mungkin anak dia immune dengan suara yang kuat2 kot...?tak boleh2 suara slow2 bagi salam...kalau tak mesti anak dia akan bangun and nak jawab salam tu kot..?...takpelah, satu hari nanti aku akan pesan dengan sesiapa nak pergi rumah diorang bagi salam suara kuat2 okay...:)

Aku bukan nak cakap aku betul dan kakak tak berbudi bahasa dan suami kakak tak berbudi bahasa tu salah...takde isu sape salah dan sape betul...tapi, alangkah lebih baiknya kalau dia jawab elok-elok sebab in the first place aku tanya dia pun elok-elok...so..kalau Kakak tak berbudi bahasa dan Suami kakak tak berbudi bahasa tak keluar rumah marah2 mesti tak kurang pahala puasa aku..kalau diorang nak bagi pahala puasa diorang kurang biar diorang buat sama2 la...tak payah la nak ajak aku sama bagi kurang sama...aku ni nak mengejar pahala...kalaupun pahala diorang dah banyak sangat dok dalam rumah tu gaduh dua2 orang...lagi bagus...ni nak ajak2 aku pulak..

kalau ada sepuluh rumah kat situ semua nak colour ala-ala sama macam ni...

Sebenarnya kisah-kisah manusia tak berbudi bahasa ni banyak je yang berlaku kat kita dalam kehidupan sehari-hari...deal dengan pegawai ptptn, deal dengan pembantu perubatan, deal dengan budak 7E, cashier KFC, mak cik kedai kucing, kakak jual tudung kat  bazar aidilfitri, mamat budget handsome jual roti john kat bazar ramadhan, kakak cashier budget hot kat mahani johari dan bagai2 lagi lah...cumanya kadang-kadang tu kita malas nak ambik port tegur yang sebenarnya tugas hakiki diorang tu tak membenarkan diorang untuk bersikap demikian...tak salah pun nak cakap kat customer dorang tu 'Terima Kasih' dengan manis muka..

So, apa kena mengena 'kurang ajar' dengan 'berbudi bahasa' ni...?bila kita belajar bagaimana nak berbudi bahasa jadi kita takkan mengalami satu perangai yang dinamakan dengan kurang ajar..bukan aku nak cakap aku tak kurang ajar..kadangkala aku pun terlepas jugak perkataan macam aku cakap kat Faizul dulu tapi kita kena la belajar dari kesilapan..jangan terlalu mengikut perasaan...pasal tadi tu memang aku mengaku aku terlalu mengikut perasaaan..cuma bagi aku, aku agak kurang senang kalau aku memulakan perbualan tu dengan berhemah tapi dibalas dengan kurang berhemah seperti itu..walau apa-apa pun kalau ada kesempatan sekali lagi aku berjumpa dengan pasangan suami isteri itu aku sama sekali tidak akan menoleh hatta untuk memandang sekali pun..kerana bagi aku apa yang Kakak tak berbudi bahasa dan Suami kakak tak berbudi bahasa lakukan is beyoond the limit and sama sekali tak wajar dilakukan oleh orang yang lebih tua dan bila seorang lelaki bertindak tanpa berfikir panjang dengan menyerang perempuan sedemikian rupa amatlah tiadak beretika..dan lagi satu..kalau kita tak belajar undang-undang janganlah kita bercakap perihal undang-undang..senang cerita kita janganlah bercakap benda yang kita tak tahu sebab kita akan menampakkan side diri kita yang kurang pandai itu...

Ini adalah ramadhan pertama aku bergaduh begitu teruk dan aku merasa amatlah tidak syok sekali..tapi, hari aku telah bertambah ceria setelah pergi berbelanja..betullah orang cakap yang shopping is the best therapy...

Hati bertambah riang gembira dengan make up baru beserta segala yang aku beli tadi..memang membolehkan niat aku bergembira dengan hanya melihatkan paper bag nya saja maka teruslah terhapus segala memory tak best yang berlaku pada awalnya tu...hehehehehe

my best ever therapy....)